Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahalan berkata, ini kerana kesibukan Guan Eng berpolitik 24 jam sehingga gagal menyediakan rumah berkenaan bagi keperluan rakyat negeri ini yang boleh diterjemahkan melalui undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh 7 Mei ini.


Beliau berkata, cadangan kerajaan Pusat untuk membina 10,000 rumah mampu milik di negeri ini juga tidak dapat dilaksanakan kerana beberapa syarat ketat yang dikenakan Guan Eng kepada agensi kerajaan Pusat di negeri ini.
Katanya, kerajaan Pusat boleh membina rumah untuk rakyat negeri ini jika kerajaan negeri tidak mampu membina rumah mampu milik.

"Saya dapati kerajaan negeri mengenakan pelbagai syarat yang ketat kepada agensi kerajaan Pusat, menyebabkan pembinaan rumah tidak dapat dilaksanakan.

"Kebenaran merancang dan membina rumah di atas tanah negeri ini adalah bidang kuasa kerajaan negeri untuk mendapat kelulusan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran Program Bomba Komuniti di Bandar Perda di sini hari ini.

Abdul Rahman berkata, kegagalan kerajaan  negeri untuk membina rumah mampu milik menyebabkan permintaan terhadap 30,000 rumah mampu milik bagi keperluan rakyat negeri ini tidak dapat dilaksanakan.

"Sudah tiba masanya kerajaan negeri duduk berbincang dengan kita dan menghentikan retorik bermain politik.

"Saya nak tanya Guan Eng harga rumah di negeri ini turun ke naik sehingga rakyat berpendapatan rendah dan sederhana tidak mampu membelinya?" ujarnya.