Pages

Tuesday, 11 August 2015

LELAKI FITNAH MBI DI FACEBOOK DAH KECUT TELOR !!!



IPOH - "Ketika itu saya sedikit emosi dan marah bila nampak makcik tu menangis, kerana itu saya kongsikan gambar di Facebook,” kata Nurrudin Abdul Mujid, 22, pemilik akaun yang mendapat perhatian sebaik memuat naik sekeping gambar seorang peniaga kacang putih yang didakwa dikasari anggota penguat kuasa, minggu lepas.

Nurrudin berkata, ketika kejadian, dia melihat peniaga wanita berusia 41 tahun itu menangis dengan barang perniagaannya bertaburan di kaki lima.
Menurutnya, turut berada di lokasi kejadian adalah beberapa anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

“Saya faham mereka (MBI) hanya jalankan tugas, tak nampak pun mereka mengasari peniaga itu, tiada niat untuk memburukkan mana-mana pihak, saya cuma sedih bila nampak makcik tu menangis,” katanya pada sidang media di Pusat Rawatan Harian Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat HRPB, Datuk Omar Ahmad dan Setiausaha Bandaraya, Mohd Zakuan Zakaria
Sebelum ini, pengguna laman sosial mengutuk tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang disifatkan kejam apabila gambar memaparkan seorang wanita India sedang duduk sambil memerhati hasil jualannya yang bertaburan di atas jalan raya, tersebar di Facebook.

Wanita berkenaan dikatakan menjalankan perniagaan makanan ringan tanpa lesen sah di bahagian belakang bangunan HRPB yang merupakan lokasi larangan berniaga.

Nurrudin turut menyatakan permohonan maaf kepada semua pihak sama ada secara langsung atau tidak langsung atas status yang telah menjadi ‘viral’ di laman sosial Facebook berhubung kejadian itu.

“Saya pun tak sangka, ia boleh jadi viral seperti ini,” katanya.
Dalam pada itu, Datuk Bandar MBI, Datuk Zamri Man tidak menolak kemungkinan gambar sedemikian sengaja diambil dan kemudiannya diviralkan oleh orang-orang berkepentingan yang berniat negatif ke atas MBI.
Menurutnya, laporan awal mendapati, barangan jualan yang bertaburan itu, dilakukan sendiri oleh peniaga terbabit.

“Kita sentiasa ambil pendekatan yang cukup mesra dengan semua orang, jadi apabila kita tengok sahaja gambar itu, kita tidak percaya pegawai kita ada melakukan hal tersebut.

“MBI ada menerima aduan daripada orang ramai yang menyatakan banyak perkara buruk berlaku akibat kewujudan peniaga itu termasuklah kesesakan dan sebagainya.

“Jadi kita hanya melaksanakan tanggungjawab selepas menerima aduan daripada orang awam,” katanya.

Wanita terbabit, S Selvajanaki, 41, turut tampil bertemu media dalam keadaan menangis ditemani Timbalan Pengerusi DAP Perak, V Sivakumar dan Ketua Wanita DAP Perak, Lim Pek Har  di sini, semalam.

Difahamkan, ibu tunggal yang tinggal di Menglembu itu mempunyai tiga anak yang ditempatkan di sebuah rumah kebajikan di Kuala Lumpur.
Dia meraih pendapatan melalui jualan makanan ringan dari satu tempat ke tempat lain bagi menampung kehidupan harian.

Sementara itu, Ahli Majlis MBI, M Veeran berkata, beliau sudah menghubungi wanita terbabit dan akan membantunya memohon lesen perniagaan bergerak.
“Kita akan bawa dia memohon lesen di MBI bagi membantunya meneruskan perniagaan,” katanya.


No comments:

Post a Comment