Pages

Friday, 5 February 2016

RUMAH BN UNTUK BELIA HANYA RM300 BULANAN !!!



PUTRAJAYA - Ansuran bayaran bulanan pinjaman perumahan Rumah Bina Negara (BN) yang dibangunkan untuk belia luar bandar tidak akan melebihi RM250, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 

Beliau berkata kadar ansuran perlu rendah kerana golongan belia di luar bandar kebanyakannya bekerja sendiri. 

“Kalau ansuran berjumlah RM300 atau RM400, golongan belia di luar bandar akan sukar mendapatkan pinjaman perumahan,” katanya kepada pemberita pada majlis perhimpunan bulanan kementeriannya di sini hari ini.


Beliau berkata keutamaan untuk memiliki Rumah BN itu diberikan kepada anak pekebun kecil yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) serta anak peserta Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Persekutuan (Felcra). 

Sebanyak 4,000 unit Rumah BN iaitu 2,000 untuk Risda dan 2,000 untuk Felcra akan dibina mulai tahun ini, katanya. 

Pembinaan Rumah BN merupakan satu daripada enam fokus utama pembangunan luar bandar yang dibincangkan dalam mesyuarat Hala Tuju dan Aspirasi.

Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah yang berlangsung pada 23-25 Januari lepas.
Dalam ucapannya dalam perhimpunan bulanan tersebut, Ismail Sabri berkata harga jualan Rumah BN perlu ditetapkan dalam lingkungan RM50,000 hingga RM80,000 seunit. 

Dua model Rumah BN sudah dikenal pasti iaitu rumah teres yang dibina secara asas dan rumah yang berjubin dan memiliki sedikit aksesori.
“Pembeli boleh membuat pilihan bergantung kepada kemampuan mereka. Hanya belia yang bekerja di luar bandar yang (boleh) membeli rumah berkenaan. Belia yang bekerja di bandar dan ingin membeli rumah berkenaan untuk disewa tidak akan dibenarkan,” katanya.


No comments:

Post a Comment