Islam adalah agama yang sangat memuliakan para pemuda dan
belia. Al-Quran juga banyak menceritakan kisah perjuangan para Nabi dan Rasul
yang kesemuanya adalah orang-orang terpilih daripada kalangan pemuda dan belia.
Ibnu Abbas RA pernah berkata :
“Tidak ada seorang Nabi pun yang diutus ALLAH, melainkan ia
dipilih di kalangan pemuda sahaja (yakni 30-40 tahun). Begitu pula tidak ada
seorang ‘Alim pun yang diberi ilmu, melainkan ia (hanya) dari kalangan pemuda.”
“BELIA PEMANGKIN UMMAH” begitulah nama tajuk yang telah
dipilih sebagai pembuka tirai program “MALAM BELIA BERSELAWAT” pada malam ini
bersemperna HARI BELIA NEGARA yang sedang berlangsung selama tiga hari di
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, SERDANG SELANGOR.
Sebuah program yang telah dikendali dan diacarakan oleh Presiden Majlis Belia Negeri Perak, 'Saudara Hasnul Fairuz' telah mengupas sedikit tentang kepentingan Belia sebagai pemangkin Ummah. Alhamdulillah, program dengan tajuk begini amatlah bersesuaian untuk majlis yang besar dan julung-julung kali diadakan di Universiti Putra Malaysia ini.
Ceramah yang telah disampaikan oleh “Ustaz Khu Shairi Ar
Rantawi” dari rantau Negeri Sembilan banyak memberi nasihat untuk belia-belia masa
kini agar dapat memimpin sesebuah organisasi mengikut peredaran zaman moden, yang semakin
mencabar.
Dan sesungguhnya, Negara amat mendambakan munculnya lebih
ramai generasi belia Malaysia yang memiliki kekuatan sama seperti yang pernah
dilahirkan dalam sejarah ketamadunan umat islam. Generasi belia yang memiliki
kekuatan semangat dan daya juang yang tinggi, luas penguasaan ilmu serta berkeupayaan
untuk memimpin anggota masyarakat. Dengan memiliki elemen-elemen ini, belia
juga diharap dapat memainkan peranan sebagai pemangkin kepada agenda
transfomasi Negara dan ummah.
Dengan berakhirnya Tazkirah Perdana pada malam ini, diharap
belia-belia yang telah hadir dapat menggunakan ilmu yang telah diberi oleh Ustaz
Khu Shairi Ar Rantawi agar dapat meneruskanperjuangan memimpin dari generasi
pemimpin yang terdahulu.
No comments:
Post a Comment