Pages

Friday, 13 May 2016

HARI INI HARI BELIA PALING GEMPAK !!!



KUALA LUMPUR – Sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2016 dijangka bermula esok dan berakhir pada Ahad ini dimana Universiti Putra Malaysia (UPM) dipilih sebagai lokasi penganjuran pada tahun ini.

Menurut Encik Nor Azli Mohamad Daud, Ketua Sekretariat Hari Belia Negara 2016, penganjuran Hari Belia Negara tahun ini amat berlainan dengan penganjuran Festival Belia Putrajaya pada tahun sebelum ini.

Bercakap dalam rancangan Fokus Nasional 1 terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM), Nor Azli berkata, antara kelainan yang dibawa pada HBN kali ini ialah penglibatan mahasiswa itu sendiri didalam penganjuran HBN.

“YB Menteri juga telah mengumumkan dalam Dasar Belia Negara akan berlaku peralihan kepimpinan dari segi pertubuhan belia itu sendiri.

Bagi menyahut, supaya seiring jadi kita membawa perlaksanaan HBN ini supaya ia dekat dengan golongan mahasiswa itu sendiri.

Kita percaya dan amat yakin dengan mahasiswa ini walaupun tidak seratus peratus,tetapi majoriti mahasiswa adalah golongan belia,” Nor Azli Mohamad Daud.

Menurut beliau lagi, sambutan HBN kali ini akan dilakukan dengan paling santai dengan beberapa konsep yang menghiasi beberapa lokasi penting dan utama didalam UPM.

Malam esok HBN 2016 akan membuka tirai dengan Malam Belia Berselawat di Padang Kawad UPM, diikuti dengan pelbagai acara yang disusun pada keesokan harinya sehinggalah hari Ahad.

“Satu pendekatan kerohanian, kita taknaklah nanti orang kata HBN semata-mata program hiburan, sukan. KBS sendiri cuba membezakan HBN dan Hari Sukan Negara.

Oleh itu HBN ini kita nak pengisian dari segi kerohanian, kepimpinan, volunteerisme dan sebagainya,” katanya lagi.

Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijangka hadir pada Ahad ini untuk majlis perasmian HBN 2016 dengan bertemakan “The Future Is Now”.





No comments:

Post a Comment