Pages
▼
Monday, 31 October 2016
900 RIBU PENJAWAT AWAM BAKAL DIBUANG KERJA???
Tony Pua Kiam Wee berkata, jika Pakatan dapat memerintah kerajaan pusat satu cadangan akan kemukakan sebagai satu projek yang dinamakan “Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam” untuk mengurangkan bilangan kakitangan awam berperingkat-peringkat setiap tahun.- Sinchew Daily News m/s 91 November 2011 (Selasa)
Sekarang kita sedang berhadapan dengan pelbagai tekanan dan terus memperjuangkan apa yang kita harus perjuangkan. Begitu juga pada pihak pembangkang , mereka akan terus melakukan penafian dan bantahan walaupun ianya untuk kebaikan rakyat.
Kekejaman ini bukan setara lagi malahan ianya dilakukan bertali arus. Dan kita sedang melihat bahawa bukan kaum India dan Cina atau Kadazan serta Iban yang diserang akan tetapi , serangan dilakukan secara terangan terhadap bangsa Melayu.
Bangsa Melayu sekarang ini sedang berhadapan dengan kumpulan pembangkang bukan hanya untuk politik tetapi yang membawa fahaman liberal dan pluralism yang mana akan menghalalkan apa juga tindakan termasuk agama.
Bangsa Melayu adalah yang beragama Islam, setiap genap dan sudut sedang cuba mempertahankan apa yang dimiliki selama ini. Pemimpin Melayu juga yang berada didalam Pakatan sedang di”kaldaikan” oleh DAP agar melakukan serangan ini.
DAP sebagai big boss mereka hanya memberikan arahan dan perlaksanaannya dilakukan tanpa mempedulikan tindakan mereka itu akan memudaratkan bangsa mereka sendiri.
Sejak 1969-sekarang perancangan untuk melenyapkan budaya, penguasaan bangsa itu terus dilakukan terhadap bangsa Melayu. Ianya dilakukan dengan konsisten oleh DAP tanpa ada perubahan kecuali pertukaran slogan mengikut semasa dan matlamatnya tetap sama.
Serangan DAP serta beberapa pemimpin Melayu yang membantu DAP ini terus mempertikaikan hak-hak orang Melayu, hak keistimewaan orang Melayu, Agama Islam, Bahasa serta Raja Melayu tanpa ada sesuatu tindakan yang drastik melalui perundangan dilakukan untuk mempertahankan.
2011, Tony Phua pernah menyuarakan akan memperkecilkan kapasiti penjawat awam disemua jabatan dengan alasan ianya merugikan perbelanjaan kerajaan. Pada masa yang sama mereka juga menempelak kerajaan dalam isu pengangguran di Malaysia.
Pakatan Pembangkang dengan angkuh bercadang tidak akan gunakan budaya lama yang dilakukan oleh kerajaan membuat pengambilan graduan universiti untuk dimuatkan ke dalam sektor kerajaan, pada masa sama mungkin Pakatan akan buat penambahan kakitangan awam, tetapi penambahan itu perlu yang berkualiti tinggi, dan memilih kakitangan awam yang punyai daya saing
Saranan ini kosisten apabila Lim Kit Siang juga memperkatakan hal ini pada tahun 2013. Seterusnya cadangan-cadangan berkaitan penjawat awam di perkatakan juga oleh Penang Institut sebagai satu cadangan agar kerajaan melakukan pengurangan tersebut.
Perkara yang sama juga dibongkar oleh Setiausaha Lajnah Asas Tani & Alam Sekitar PAS Pusat, Huzir Sulaiman. Yang membongkar perancangan untuk mengurangkan penjawat awam seramai 900 ribu orang jika Pakatan dapat memerintah dengan sokongan PAN, PKR dan Bersatu pada PRU14 nanti.
Cadangan yang dibuat dari badan penasihat polisi kepada Kerajaan DAP Pulau Pinang ini sememangnya telah diketahui sejak dahulu lagi, Namun tahap kesedaran pemimpin dan penyokong DAP dikalangan orang Melayu hanya berkisar pada isu politik dan bukan isu bangsa dan kuasa orang Melayu dalam politik Malaysia.
Badan pemikir Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Penang Institute berkaitan dengan reformasi sektor perkhidmatan awam. DAP itu telah menggesa kerajaan supaya mereformasikan dan mengurangkan saiz sektor perkhidmatan awam, bagi mengurangkan defisit belanjawan.
Badan pemikir itu berkata terlalu banyak wang diperuntukkan untuk perkhidmatan awam yang dianggap satu pembaziran terlampau dan ianya merugikan kerajaan dalam perbelanjaan mengurus. DAP berpendapat belanjawan berimbang tidak mungkin tercapai dalam masa terdekat ekoran perbelanjaan untuk perkhidmatan awam yang besar.
Penang Institute memberitahu belanjawan kali ini memperuntukan RM214.8 bilion sebagai perbelanjaan mengurus, dimana RM77.4 bilion untuk emolumen dan RM32 bilion untuk bekalan dan perkhidmatan.
Perancangan yang dibuat oleh DAP ini bukan setakat kepada perkhidmatan awam malah, MARA, kouta ke Universiti terutama UiTM , dan berbagai lagi yang berkaitan dengan orang Melayu dipertikaikan. Pertikaian yang dilakukan hanya untuk mendapatkan apa yang dikatakan keadilan semua pihak.
Tetapi disatu sudut yang lain, DAP telah lupa apa yang terkandung didalam kontrak sosial yang mana beberapa perkara tidak boleh dipertikaikan dengan persetujuan yang telah dibuat oleh pemimpin dahulu.
Jika mereka iaitu penyokong pembangkang dikalangan orang Melayu merasakan pembangkang dapat membela nasib mereka, ternyata mereka silap. Belum berkuasa, DAP telah berani mengisytiharkan untuk mengecilkan saiz jabatan Kerajaan. Ini bermakna, makin ramai yang bekerja dengan Kerajaan terutamanya orang Melayu akan hilang pekerjaan.
No comments:
Post a Comment