Pages

Monday, 23 April 2018

SYAMSUL DEBAT CALON BARISAN NASIONAL DUN SIKAMAT N.9!!!


Penceramah motivasi popular, Syamsul Amri Ismail atau Syamsul Debat hari ini diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat.

Beliau merupakan salah seorang daripada 16 muka baharu di DUN yang dicalonkan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pencalonan beliau diumumkan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan semasa Majlis Penyerahan Watikah Kepada Calon-Calon BN negeri bagi PRU-14 untuk Parlimen dan DUN di kediaman rasmi Menteri Besar di sini sebentar tadi.

1 comment:

  1. Yang saya susah nak faham ialah kenapa ada bekas menteri cap ayam yang masih bertanding. Tak da ke muka baru di N9. Bagilah pemuda pemuda.

    ReplyDelete