Pages

Saturday 22 September 2012

KEMEWAHAN ANWAR DAN KUNCU-KUNCUNYA...

Kutip Derma Untuk Biaya Anwar Dan Gerombolannya Naik Jet Ke Borneo?

Menakjubkan minda saya, mereka ke sana menggunakan jet peribadi eksekutif yang kelihatan begitu eksklusif bergaya! Sudah tentu mahal harga penerbangan mereka itu, bukan?

Bukan calang-calang untuk mampu menaiki sebuah jet eksekutif sebegitu. Rasanya kalau golongan berpendapatan sederhana sudah tentu tidak mampu untuk menaiki pesa...
wat semewah itu. Yang miskin tak payah cakaplah, tengok di tepi lapangan terbang sajalah…

Saya benar-benar berkerut dahi melihat senyuman Anwar di atas pesawat tersebut, mungkin juga dia ketawa di dalam hati melihat beberapa orang kanannya yang kelihatan seperti “jakun” yang tidak pernah naik jet sepanjang hayat mereka.

Apatah lagi melihat Zuraidah “Mak Lampir” yang tersengih-sengih macam kerang busuk di atas jet itu dan mungkin gambar tersebut akan disimpan sebagai kenangan terindah seumur hidupnya. Harap-harap dia tidak jaja gambarnya itu ke hulu ke hilir di Parlimen Ampang nanti!

Selama ini memang Anwar berlakon di depan rakyat. Kononnya dia tidak kaya raya, dia hanya bergaji RM1 bila dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Selangor dan Pakatan Haram terpaksa kutip derma dari rakyat untuk berjuang.

Masih ingat Rafizi Ramli yang kini didakwa atas kesalahan melanggar BAFIA? Masih ingat lagi tentang Tony Pua yang mengadakan majlis makan malam amal untuk mengutip dana membantunya menghadapi kes saman di mahkamah?

Apakah wang derma yang diterima dari karung ceramah PAS, PKR dan jualan meja DAP itu digunakan Anwar, Tian Chua, Dr. Hatta Ramli dan Zuraidah sewenang-wenangnya untuk melaram melancong ke Labuan dan Sabah?

Hebat benar Anwar dan puak-puak penjilatnya bergerak ke sana ke mari. Belum berkuasa di Putrajaya pun mereka sudah tunjuk lagak bermewah-mewah sedangkan mereka sebok mencanang keliling negara bahawa mereka “kering kocek”.

Kalau “kering kocek”, rasanya naik Air Asia pun sudah memadai atau jika mahu membantu MAS, rasanya kos penerbangan kedua syarikat penerbangan itu tidaklah semahal menyewa sebuah jet eksekutif.

Saya tertanya-tanya, tidakkah Rafizi teringin untuk menyiasat segala perincian akaun kos rombongan Anwar dan pasukan gerilanya ke pulau Borneo itu? Atau Rafizi hanya pilih kasih menyiasat sebelah pihak saja? Teluskah begitu?

ANWAR.....Chinadoll & Shamsidar tak dibawa bersiar siar ke ??? hehehehe
See more

No comments:

Post a Comment