Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) hari ini mengucapkan terima kasih kepada Mahkamah Tinggi Shah Alam yang pagi tadi membuat keputusan yang adil dengan menolak permohonan Menteri Besar Selangor yang mahu membatalkan saman air yang difailkan oleh 700 rakyat negeri Selangor.
Sambil menyifatkan mahkamah sudah memahami denyut nadi rakyat marhaen dalam isu air ini, pengerusinya, Hamidzun Khairuddin berkata, kini sudah dua kali Tan Sri Khalid Ibrahim kalah ditewaskan oleh gerakan rakyat.
“Sudah 2 – 0, dimenangi oleh rakyat. Minggu lalu Ibu tunggal menang, kali ini meter berpukal pula menang. Tahniah untuk gerakan Rakyat.
“GAPS akan terus menyokong tindakan rakyat yang mahu memfailkan saman lebih dari 30 janji Manifesto Pakatan PKR, DAP dan Pas dalam pilihanraya ke 12. Rakyat wajib mendapat pembelaan dan keadilan dari mana-mana parti yang menjanjikan bulan, bintang dan matahari dalam manifesto mereka. Janji kena ditepati bukan dicapati,” ujarnya mengulas perkembangan terkini isu air yang berlaku di Selangor.
Tambahnya, isu air bukan isu politik, GAPS juga mendesak Menteri Besar segera meluluskan pembinaan Logi Langat 2 bagi memastikan krisis air Selangor boleh diselesaikan secepat mungkin.
“Insaflah Menteri Besar, janganlah menzalimi dan menginiaya rakyat marhaen. Rakyat perlukan air, rakyat sudahbosan dengan politiking kerajaan negeri.
“Keputusan mahkamah hari ini juga memberikan gambaran yang sangat jelas bahawa kerajaan pakatan Selangor DAP, PKR dan Pas telah gagal. GAPS menuntut Khalid Ibrahim dan barisan EXCO nya agar dengan rasa hormat meletakkan jawatan. Rakyat sudah serik dan jelak ditipu oleh pembesar yang tidak bertanggungjawab,” ujarnya yang juga mantan Ketua AMK negeri Selangor
No comments:
Post a Comment