Tidak menjadi kesalahan sekiranya ada dikalangan Mahasiswa yang mahu menjadi wakil rakyat dalam PRU13 nanti.
Tapi tindakan mahasiswa yang berhajat mahu mencabar Perdana Menteri di kawasan Pekan Pahang ibarat mencari nahas.
Kebebasan berpolitik yang diberikan kepada mahasiswa bukanlah satu jalan untuk mereka menunjukkan belang.
Mahasiswa dihantar ke pusat pusat pengajian tinggi oleh keluarga adalah untuk mencari ilmu pengetahuan dan ianya nanti menjadi panduan untuk memajukan negara.
Pembangkang akan sentiasa menghasut mahasiswa untuk menjadi batu loncatan mereka dalam usaha untuk menakluki Putrajaya dan menjadi kerajaan.
Harapan Sangkakala, adik adik yang masih lagi menuntut ini tuntutlah ilmu sedalam dalamnya untuk membantu keluarga dan memajukan negara di masa hadapan.
Janganlah menjadi balaci atau alatan kepada mana mana pihak hanya semata mata untuk kepentingan politik mereka.
No comments:
Post a Comment