Pages

Friday 1 February 2013

Nizar Gelarkan Mayat Adik William sebagai Bangkai !!!


Ketika seluruh negara bersimpati dengan insiden malang yang menimpa William Yau Zhen Zhong, 6, parti pembangkang pula terus mempolitikkan isu tersebut sehingga pada tahap dilihat menghina kematian kanak-kanak malang itu.
Sebuah portal berita propembangkang, Malaysia Chronicle dalam satu artikelnya semalam menggunakan ayat dari kitab Matius 24:28 yang bermaksud 'di mana ada bangkai, di situ burung-burung hering akan berkumpul' bagi memperlekehkan belas kasihan pemimpin Barisan Nasional (BN) terhadap William.
Malah perasaan simpati yang ditunjukkan pemimpin BN digambarkan sebagai mengambil kesempatan meraih keuntungan politik dan menyalahkan kerajaan atas kematian tersebut.
Artikel itu kemudiannya dikongsi Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menerusi laman Twitternya berbunyi: The Carcass Gatherers: BN politicians rush to cash in on William's death (Himpunan bangkai: Ahli-ahli politik BN berkejar raih keuntungan politik atas kematian William)."
Pemimpin Pas itu turut berkongsi pautan artikel berkenaan dalam laman sosial tersebut.
Tindakan Mohammad Nizar itu bagaimanapun dibidas seorang pengikut beliau yang menyifatkan perbuatan tersebut sebagai tidak bertamadun.
"Showing sympathy is bad? You call William's remains a carcass. Uncivilized. (Tunjukkan simpati itu tidak baik? Kamu kata mayat William bangkai. Tidak bertamadun)," kata Rais Hussin seperti dipetik daripada akaun Twitter Mohammad Nizar.
Sementara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir ketika mengulas mengenai kenyataan Mohammad Nizar itu berkata, walaupun pemimpin Pas berkenaan berkongsi pautan portal tersebut, beliau sepatutnya perlu lebih sensitif terhadap perasaan keluarga William.
Zambry turut mempersoalkan adakah tindakan pemimpin BN melahirkan rasa simpati terhadap keluarga William dianggap sebagai sesuatu yang amat teruk.
"Ini amat keterlaluan kepada keluarga mangsa. Adakah kita tidak ada jiwa kemanusiaan langsung. Kalau ikut cara dia, seolah-olah tidak ada rasa simpati, tidak kira sama ada anda pembangkang atau kerajaan, kita semua manusia," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut Zambry, beliau tidak hairan dengan tindakan terbaharu Mohammad Nizar itu kerana pemimpin Pas berkenaan sememangnya merupakan seorang yang pelik.






No comments:

Post a Comment