Tsunami Pilihanraya 2008, mengubah lanscape politik Parlimen Lembah Pantai apabila kerusi parlimen tersebut dimenangi oleh Nurul Izzah Anwar dari parti PKR yang menentang YB.Datuk Sharizat Abdul Jalil (BN).
Sepanjang kehadirannya di Lembah Pantai sebagai seorang wakil rakyat , tidak lah begitu besar sekali skala perubahan yang dibawa olehnya bagi memastikan rakyat Lembah Pantai berada didalam zon selesa.
Malah ada pulak rakyat lembah Pantai yang berasa tidak selesa dengan kehadiran anak muda "setahun jagung" ini ke Lembah Pantai untuk menjadi pemimpin masyarakat bagi rakyat Lembah Pantai. Lagilah pulak Nurul Izzah bukan anak jati Lembah Pantai.
Kini Nurul Izzah kelihatan seperti cacing kepanasan yang masih mempunyai "BIG QUESTION MARK" dalam kepala otak dia , adakah dia akan terus bertanding di Lembah Pantai didalam PRU-13 akan datang , atau mungkin memberikan sahaja kemenangan tanpa bertanding kepada calon yang diletakan oleh UMNO lembah Pantai iaitu Dato'Seri Raja Nong Chik yang juga Menteri Wilayah Persekutuan.
Nurul Izzah juga pernah menerima arahan daripada ayahandanya Anwar Ibrahim agar mereka tukar tempat untuk betanding , Anwar Ibrahim ke Lembah Pantai , dan Nurul Izzah pula bertanding di parlimen Permatang Pauh kubu kuat PKR untuk memastikan Nurul Izzah terus menjadi Ahli Parlimen. Ini membawa maksud bahawa Nurul Izzah pasti akan mengalami kekalahan yang teruk jika berdepan dengan Dato'Raja Nong Chik .
Pelbagai isu rakyat yang tidak mampu Nurul Izzah selesaikan sepanjang dirinya menjadi perlarian politik PKR di lembah pantai. Mana tidaknya , jika tiada sumber kewangan yang kukuh , malah berjanji pula dengan rakyat dengan pelbagai janji manis Pilihanraya.
Kini senario politik PKR di Lembah Pantai semakin kurang dan banyak ceramah politik yang mereka anjurkan juga tidak mendapat sambutan yang memberangsangkan oleh rakyat dan penduduk Lembah Pantai . Ini kerana , rakyat Lembah Pantai sudah pun membuka mata pemikiran mereka , siapakah yang bakal mereka pilih didalam PRU-13 akan datang.
Rakyat Lembah Pantai juga merasakan bahawa dengan pelbagai kemudahan dan bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada mereka contohnya seperti BR1M , dan lain-lain , meskipun tidak menyelesaikan masalah , tetapi "JANJI DITEPATI " masih giat diteruskan oleh YAB.Perdana Menteri Malaysia , bagi memastikan seluruh rakyat Malaysia merasai apakah yang dikatakan dengan Janji Ditepati serta DENYUT NADI RAKYAT .
TGGU DAN LIHAT JE....
ReplyDeletekerana undi adalh rahsia..