Pages

Tuesday 26 November 2013

PUNCA PEMIMPIN PKR SABAH KELUAR PARTI BERAMAI-RAMAI DI DEDAHKAN !!!



Terlampau banyak campur tangan daripada kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pusat antara faktor utama pemimpin daripada 11 cabang parti itu di Sabah bertindak keluar parti dan menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional (BN).
 
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong, Datuk Jelani Hamdan berkata, tindakan itu bertentangan dengan kuasa autonomi yang dijanjikan kepada kepimpinan negeri termasuk dalam soal pelantikan ketua pembangkang dan jawatankuasa majlis pimpinan negeri parti itu.

Sebaliknya, kata beliau, kuasa pelantikan itu datang daripada seorang individu sama ada Ketua Umum parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Presidennya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Azmin Ali.

"Keputusan ini dibuat bukan soal pembangunan semata-mata, tetapi kita sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PKR peringkat pusat dan negeri.

"Harapkan nama parti itu sahaja keadilan tetapi apabila buat keputusan tidak melambangkan nama itu khususnya dalam soal autonomi untuk memberi kuasa penuh kepada Sabah bagi memilih pemimpin dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata demikian selepas pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato' Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.





No comments:

Post a Comment