Pages

Tuesday 5 May 2015

SIAPA MELACURKAN HUDUD HUKUM ALLAH DI PRK PERMATANG PAUH !!!



ALOR SETAR - Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Kedah mengambil sikap berkecuali dalam isu hudud buat masa ini di samping mengambil pendekatan tunggu dan lihat sebelum menyatakan pendiriannya, berikutan isu ini masih menyebabkan Pas-PKR-DAP berperang mulut sehingga kini.

Pengerusinya, Tan Weng Fatt berkata, biarpun menjadi sebahagian daripada PR, namun pihaknya enggan terburu-buru membuat pendirian kerana tidak memperoleh maklumat terperinci berkaitan enakmen terbabit.

“Kita akan tunggu selepas Muktamar Tahunan Pas yang berlangsung Jun depan, untuk lihat perkembangan terbaharu dalam parti itu termasuk isu berkenaan. Kemungkinan selepas itu, pemimpin parti itu akan membuat satu rumusan baharu,” katanya.

Menurutnya, ahlinya yang kini mencecah 6,000 orang sejak diwujudkan 2008, tidak berada dalam dilema gara-gara pertikaman lidah antara tiga rakan pakatan itu, kerana mereka tidak terikat pada mana-mana parti.

“Ahli DHPP terdiri daripada masyarakat Cina, India dan Siam, tidak boleh menganggotai mana-mana parti sama ada PKR atau DAP, bermakna mereka hanya ahli DHPP. Buat masa ini eloklah kami ambil sikap berkecuali,” katanya.

Weng Fatt berkata, dalam Pas sendiri, seolah-olah wujud dua kelompok, di mana satu pihak menyokong penuh pelaksanaan hudud, manakala satu pihak lagi masih berbelah bahagi.

“Jika dalam Pas sendiri, isu itu belum dianggap selesai, eloklah kami tunggu perkembangan seterusnya,” katanya.

Menurutnya, secara umumnya bukan Islam menolak pelaksanaan hudud, namun kebanyakan mereka masih tidak mendapat maklumat tepat dan terperinci berhubung enakmen itu.

“Kita tidak perlu tergesa-gesa dalam perkara ini, biarlah muktamar berakhir terlebih dahulu dan pimpinan tertinggi akan berbincang semula isu ini,” katanya.

Isu hudud dilihat semakin melarat hingga menjejaskan kesepakatan PR dalam PRK Permatang Pauh sebelum ini, apabila Pemuda Pas Pulau Pinang mendesak AMK Pulau Pinang meminta maaf kerana mengeluarkan kenyataan biadab dan memfitnah Presiden Pas, Datuk


Seri Abdul Hadi Awang dua bulan lalu; selain kenyataan Ketua Urusan Ulama, Pas Permatang Pauh, Badrul Abdul Rahman yang mencetuskan kontroversi, bahawa haram mengundi calon yang menolak hudud, 22 April lalu.




SUMBER

No comments:

Post a Comment