Pages

Friday 1 April 2016

ROTIKAYA FITNAH ARTIS DAN DISAMAN RM 1 JUTA !!!



Penyanyi utama kumpulan Shades, Wan Shades mamfailkan saman RM1 juta terhadap pemilik blog hiburan, Rotikaya.com berhubung artikel yang mendakwa penyanyi itu merupakan suspek kes rogol anak tirinya empat tahun lepas.

Wan Shades atau nama sebenarnya Mohamad Faizal Mohd Ali, 43, memfailkan saman fitnah itu menerusi tetuan Mohd. Irwan Mohd. Mubarak di pejabat pendaftar, Mahkamah Tinggi Sivil disini semalam dengan menamakan Nor Hamzie Md. Hambali, 31, sebagai defenden.

Dalam penyataan tuntutannya, Muhamad Faizal mendakwa, pada 20 Feb 2012, Nor Hamzie telah menerbitkan sebuah artikel berunsur fitnah dalam blog tersebut yang mendakwa plantif merogol anak tirinya.

Mohamad Faizal mendakwa perkataan yang diterbitkan itu jelas merujuk kepadanya dengan nama sebenar dan gambarnya juga telah dimuat naik dan diterbitkan dalam blog itu, yang boleh dibaca oleh pengguna internet seluruh dunia.

Penyanyi itu mendakwa perkataan itu membawa maksud bahawa beliau merupakan suspek utama yang merogol anak tirinyasedangkan beliau tidak pernah mempunyai anak tiri seperti yang dinyatakan oleh defenden.

Mohamad Faizal mendakwa, beliau juga tidak pernah dipanggil untuk disoal siasat oleh polis atau didakwa dimana-mana mahkamah berhubung kejadian rogol seperti dinyatakan oleh defenden.

Menurutnya, defenden juga tidak pernah mendapat pengesahan daripadanya berhubung artikel itu sebelum ia diterbitkan. 

Justeru, beliau menuntut ganti rugi, teladan, faedah, kos dan relif lain difikirkan sesuai oleh mahkamah. 

Antara lagu popular kumpulan Shades ialah "JANGAN DIUCAP SELAMAT TINGGAL DAN MALAM"

SUMBER / KOSMO Jumaat/1April 2016 muka surat 16

No comments:

Post a Comment