Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah, perbuatan melanggar
sempadan agama lain secara keterlaluan atau terbuka wajib dihentikan
secara serta-merta dan dicegah daripada terus berlaku kerana dibimbangi
mencetuskan tragedi buruk.
Titah baginda, sensitiviti agama tidak mengizinkan perkara agama
diperdebatkan secara terbuka kerana yang kurang arif berkemungkinan
terlajak kata sehingga memetik contoh-contoh yang jahil.
"Bara keagamaan jangan dinyalakan kelak nanti terbakar diri, kelak nanti terhangus negeri.
"Kebelakangan ini garis sempadan menyentuh agama Islam kelihatan
semakin berani dilanggar malah ada di kalangan bukan Islam semakin
lantang mencabar perkara-perkara berkaitan Islam melalui ucap kata,
bernada mempersendakan syariat, memperkecil akidah umat Islam,
merendah-rendahkan amalan Islam," titahnya ketika menyampaikan Syarahan
Perdana Budaya: Institusi Raja Berpelembagaan: Kelangsungan Negara
Bangsa", di sini hari ini.
Artikel Penuh KLIK DISNI...
No comments:
Post a Comment