Jumlah Pengunjung

Thursday 8 November 2012

RAJA MUDA PERAK KESAL DENGAN SIKAP NAFSU PEMBANGKANG !!!


Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah, perbuatan melanggar sempadan agama lain secara keterlaluan atau terbuka wajib dihentikan secara serta-merta dan dicegah daripada terus berlaku kerana dibimbangi mencetuskan tragedi buruk.
Titah baginda, sensitiviti agama tidak mengizinkan perkara agama diperdebatkan secara terbuka kerana yang kurang arif berkemungkinan terlajak kata sehingga memetik contoh-contoh yang jahil.
"Bara keagamaan jangan dinyalakan kelak nanti terbakar diri, kelak nanti terhangus negeri.
"Kebelakangan ini garis sempadan menyentuh agama Islam kelihatan semakin berani dilanggar malah ada di kalangan bukan Islam semakin lantang mencabar perkara-perkara berkaitan Islam melalui ucap kata, bernada mempersendakan syariat, memperkecil akidah umat Islam, merendah-rendahkan amalan Islam," titahnya ketika menyampaikan Syarahan Perdana Budaya: Institusi Raja Berpelembagaan: Kelangsungan Negara Bangsa", di sini hari ini.

Artikel Penuh KLIK DISNI...

No comments:

Post a Comment

Member BSK