Pages

Wednesday, 19 December 2012

KEPUASAN SEKS...........!!!


                  Tips Supaya Isteri Klimaks Berulang-kali!

Pasangan suami isteri biasanya akan berusaha agar setiap pasangan mereka mencapai orgasme berkali-kali ketika melakukan hubungan intim. Namun, malangnya perkara itu tidak mudah untuk dicapai. Multiple Orgasme dapat dicapai jika kedua-dua belah pihak mampu berkomunikasi dan saling mengerti. Mencapai puncak kepuasan seksual adalah hal yang sangat didambakan oleh setiap pasangan ketika hubungan intim. Tidak semua wanita dengan mudah mencapai klimaks secara berulang-kali.


Mencapai satu kali orgasme sebenarnya sudah cukup oleh wanita, namun keinginan merasakan klimaks berulang adakalanya menjadi keinginan terpendam. Setiap wanita secara psikologi mampu mencapai orgasme beberapa kali. Namun tidak semua pasangan mahu melakukan orgasme berulang-kali.


Pasangan zaman sekarang, kesibukan sehingga kekurangan masa dan tenaga dalam melakukan hubungan intim. “Itulah alasan mereka tidak memikirkan untuk mencapai orgasme" berulang-kali. “Wanita merasa malu dan merasakan dirinya rakus jika menginginkan orgasme berulang-kali”. Padahal ini adalah sebuah kenikmatan yang boleh anda dapatkan. Bagi anda yang ingin menikmati klimaks berganda, beberapa tips berikut mungkin berguna.


Kenali tubuh anda. Sebelum mendapatkan klimaks berganda, pelajari cara mendapatkan satu kali orgasme. Carilah spot-spot tubuh yang paling sensitif yang mudah bagi anda mencapai orgasme.


Latihan. Banyakkan 'berlatih' dengan pasangan anda. Berfantasi dan apa-apa yang diperlukan. Selain itu, gunakan pelincir ketika melakukan hubungan intim untuk menghindarkan kekeringan.


Rileks. Setelah mendapat satu kali orgasme, biasanya datang godaan untuk tidur. Rileks dan beristirehatlah sejenak sebelum melakukannya lagi, namun jangan sampai anda terlelap.


Lakukan klimaks kedua lebih cepat. Setelah orgasme pertama, dapatkan orgasme selanjutnya dengan lebih cepat. Jika anda memerlukan15 minit untuk mencapai orgasme pertama, untuk yang kedua lakukan dalam masa lima minit dan ketiga hanya dua minit. Lakukanlah selama anda menikmatinya -Sentiasapanas.



No comments:

Post a Comment