Pages

Wednesday, 19 December 2012

KUMPULAN SHIRO KENA BUATAN ORANG !!!


Shahrol Maharaja Lawak


Sejak program Maharaja Lawak Mega 2012 keudara pada sebulan lalu, ahli kumpulan Shiro iaitu Shahrol dilaporkan sering saja keluar masuk wad kerana mengalami demam teruk.
Di atas sebab itu, ada yang menyifatkan apa yang menimpa Shahrol sedikit sebanyak mempunyai persamaan dengan kejadian bagaimana arwah Bob Kuman meninggal.
Ini kerana Bob Kuman turut menerima rawatan sepanjang arwah menyertai Maharaja Lawak Mega tahun lalu.
Menjawab soalan ini, Shahrol sedikit terkejut apabila memikirkan kejadian berkenaan.
Tetapi dia tidak mahu menjadikan hal itu sebagai halangan untuk dirinya melawan penyakit.
Malah menganggaP kejadian itu sebagai satu kebetulan saja.
“Sebenarnya, situasi saya dengan arwah Bob amat berbeza. Pada waktu itu, arwah Bob memang sudah pun disahkan mengalami sakit yang teruk.
“Saya pula hanyalah terkena jangkitan kuman dalam darah. Syukur, saya tidak mengalami sakit teruk dan demam yang saya alami pula semakin pulih,” katanya yang dipetik melalui Murai, di sini, kelmarin.
Meneruskan penjelasan, sebelum mengetahui sakit yang dihadapinya, Shahrol berkata, tidak sedikit pun tidak terlintas di fikirannya bahawa dia barangkali terkena sakit mistik atau pun buatan orang.
“Saya tidak terfikir sampai ke tahap itu. Bukannya saya tidak percaya terhadap sakit sebegini.
“Tapi, kalau boleh saya berdoa supaya janganlah terkena sakit yang sedemikian rupa,” katanya.

1 comment:

  1. Yang baik dan buruk itu adalah kehendak Allah SWT. Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Wallahualam

    Sapa kata DAP rasis adalah rasis Di Tendang Terajang

    ReplyDelete