Pages

Wednesday, 3 April 2013

Berpolitik dengan penuh adab mengikut tuntutan Islam !!!




Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha hari ini menasihati semua  pihak supaya berpolitik dengan penuh adab dan sopan mengikut tuntutan Islam.

Dalam satu kenyataan, beliau meminta semua pihak sentiasa sensitif dengan kenyataan yang diberikan apatah lagi isu yang boleh  dikaitkan dengan agama.

"Saya menasihati semua pihak khususnya (pemimpin) parti-parti politik walaupun tengah ghairah dengan pelbagai emosi, jadilah  orang politik yang tahu beradab dan sopan.

"Mengaitkan baginda Rasulullah dengan rakaman video seks adalah menyalahi adab seorang Muslim. Perbuatan secara lisan atau  ertulis amat tidak wajar kerana ini boleh dikategorikan semacam menghina, merendahkan dan mengaibkan Baginda," katanya.

Othman mengeluarkan kenyataan tersebut berikutan tindakan Penolong Setiausaha Satu Dewan Pemuda Pas Pusat Khairul Fahmi Mat Som yang menghina Nabi Muhammad S.A.W. melalui twitter beliau baru-baru ini.

Pada 11.58 pagi 27 Mac 2013 Khairul Fahmi yang menggunakan akaun twitter @fahmipkg mengeluarkan kenyataan: "Kalau Nabi Muhammad S.A.W. masih hidup sekarang ni, mungkin video seks Baginda pun UMNO akan keluarkan...jahanam UMNO."

Kenyataan tersebut disifatkan sebagai menghina Rasulullah dan dikecam banyak pihak.

Mengulas tindakan Khairul Fahmi,  thman berkata dalam urusan politik, semua pihak diminta tidak menimbulkan kontroversi semata-mata kerana mengikut emosi tanpa memikirkan akibatnya.
"Tindakan mengaitkan baginda Nabi Muhammad S.A.W. dengan perkara-perkara negatif adalah (perbuatan) tidak  bertanggungjawab dan tentulah satu fitnah dan penghinaan yang boleh menimbulkan kegelisahan dan kemarahan.
"Janganlah kerana marahkan orang lain sehingga sanggup mengaitkan Rasulullah dengan terminologi yang negatif," katanya.

Ini penting bagi mengelakkan masyarakat memandang sinis kepada Baginda dan mencerminkan kejahilan seseorang yang mengeluarkan kenyataan sedemikian, kata Othman.

Katanya umat Islam mesti menjauhi penggunaan terminologi seperti ini kerana ia boleh menjejaskan akidah dan membatalkan pahala.

"Semua orang (Islam) mengakui Rasulullah adalah junjungan, qudwah dan ikutan sehingga menjadi contoh kepada sejarawan dan intelektual di segenap lapisan tamadun.

"Sebagai ummah yang mencintai Rasul sepatutnya kita sentiasa menisbahkan selawat, salam dan doa kepada Baginda serta meminta syafaat," kata beliau. 





No comments:

Post a Comment