Pages

Wednesday, 3 April 2013

TIBA-TIBA NIK AZIZ JADI BISU !!!




Pemikiran Syiah dan Khawarij dilihat sedang berakar umbi dalam Pas apabila bukan sahaja pimpinan parti itu yang sering menyalahkan dan berburuk sangka terhadap pihak lain tetapi turut berlaku dalam pimpinan ‘junior’ melibatkan sayap Pas.
Timbalan Pengerusi Biro Agama dan Pendidikan Umno Terengganu, Muhammad Ramli Nuh berkata, kenyataan terbaru yang dibuat Penolong Setiausaha 1 Dewan Pemuda Pas, Khairul Fahmi Mat Som berhubung isu ‘video seks Nabi’ yang dikaitkan dengan Umno dan disifatkan sebagai keterlaluan itu jelas menunjukkan Pas bersangka jahat kepada Umno.



“Ini adalah tindakan keterlaluan, fitnah yang tidak berasas dan tidak munasabah. Pemikiran inilah dikatakan pemikiran Syiah dan Khawarij yang ada dalam kepimpinan Pas iaitu pemikiran menyalahkan orang lain. Kalau orang lain buat salah, dia besar-besarkan cerita. Kalau dia buat salah, dia salahkan orang lain.

“Inilah pemikiran yang menghukum orang, membuat tohmahan sampai begitu. Dalam bab Syiah, mereka kononnya membela Saidina Ali tetapi mereka sanggup hina Nabi,” katanya.

Beliau berkata, pemimpin Pas seperti Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini juga pernah membuat perbandingan tidak wajar apabila mengaitkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) seperti memberi hampas kelapa, padi dan jerami kepada ayam dan lembu.

“Kita faham apa dimaksudkan tetapi janganlah buat perbandingan sedemikian kepada rakyat miskin,” katanya.

Menurutnya, tohmahan tidak berasas itu tidak patut, seolah-olah Umno jahat sehingga sanggup berbuat perkara sedemikian terhadap Nabi sendiri.

“Mereka bersangka buruk kepada Umno sehingga membuat perbandingan sedemikian rupa.

“Sangkaan jahat ini berdosa sebagaimana yang disebut dalam surah al-Hujurat ayat 12,” katanya.



No comments:

Post a Comment