Pages

Sunday, 14 April 2013

HADI AWANG STIM TENGOK VIDEO BLUE MUSTAFA ALI !!!




Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan penglibatan Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali dalam rakaman video seks seperti yang tersebar secara meluas ketika ini.

Malah, Abdul Hadi turut menganggap video seks itu tohmahan dan fitnah yang tidak akan menjejaskan kredibiliti Mustafa selaku pemimpin Pas.
"Kita anggap itu satu fitnah dan beri pahala kepada Mustafa. Lagi lama dia (video itu) siar, lagi banyak pahala dia (Mustafa) dapat.

"Kita tidak anggap serius isu ini dan Pas tidak perlu bermesyuarat membincangkan perkara ini," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Rusila, Marang, di sini hari ini.

Abdul Hadi mengulas penyebaran rakaman video seks yang dikatakan mirip Mustafa bersama seorang wanita dalam sebuah bilik yang dikesan disebarkan menerusi laman sosial hari ini.

Video berkenaan sebelum ini dikatakan sudah disebarkan dalam bentuk cakera padat (VCD) di sekitar Besut di sini.
Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Hadi memberitahu, Mustafa juga tidak perlu membuat penjelasan berhubung isu tersebut.

"Kita akan buat solat hajat supaya Tuhan tunjuk bukti. Saya tidak mahu tuduh sesiapa. Tuhan sahaja yang tahu," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan ketika dihubungi menafikan pihaknya membuat tangkapan berhubung penyebaran VCD tersebut seperti dilaporkan beberapa blog hari ini.
"Setakat ini masih belum ada tangkapan dan kita masih menyiasat kes ini secara terperinci," katanya.


No comments:

Post a Comment