Pages

Sunday, 14 April 2013

KES MUSTAFA ALI BUAT BUAT PEMIMPIN PAS BERTUMBUK SESAMA SENDIRI !!!




Para pemimpin PAS sedang menggelupur. Sebahagian daripada mereka mula menyorokkan kepala dalam badan. Ada yang pura-pura buat tak tahu, tetapi gelisahnya mengalahkan kucing nak beranak. Malah ada pula yang berlagak berani bagaikan panglima tebuan tetapi sangat berhati-hati apabila menyentuh tentang PKR.


Dan baru sekejap tadi, seorang pemimpin besar PAS di Kedah sudah menzahirkan kenyataan kepada para penyokongnya, agar Azizan tunduk kepada kehendak Anwar Ibrahim dan PKR untuk menyerahkan beberapa kerusi DUN selamat untuk PKR dalam PRU13.

Biarpun para pemimpin PAS sedang berusaha untuk menyalahkan UMNO berkaitan pengedaran dan penyebaran VCD serta klip video lucah Mustafa Ali, namun mereka juga sedar bahawa permainan berkenaan bukanlah permainan UMNO sebaliknya permainan yang amat digemari dan dipakari oleh PKR dan Anwar Ibrahim.

Politik mengugut dan mendesak adalah politik Anwar. Politik itu jugalah yang menjadi akidah utama PKR. Dalam apa juga keadaan, amat sukar untuk Anwar Ibrahim dan PKR bertindak matang serta bersih. Sebaliknya PKR dan Anwar Ibrahim yang sentiasa melihat PAS serta UMNO sebagai musuh utama mereka, mencari-cari jalan untuk melaga-lagakan kedua-dua parti terbesar orang Melayu-Islam itu.

Sudah terlalu acapkali PKR menjadi duri dalam daging apabila PAS cuba tunduk kepada ajaran Islam yang sebenar-benarnya. PKR dan Anwar Ibrahim menjadi penghalang terbesar apabila para pemimpin PAS kelihatan mulai berlembut dengan ajakan UMNO untuk bersatu biarpun bukan dalam satu saf politik. PKR jugalah yang menggunakan segala kesempatan dan kepakaran untuk terus menjadikan PAS sebagai balaci mereka.

Beberapa pertanyaan timbul, selepas Mustafa Ali, siapa lagi yang bakal menjadi mangsa PKR dan Anwar Ibrahim?

Mahfuz Omar? Salahuddin Ayub? Mat Sabu?

Modus operandinya amat mudah... keluarkan, sebarkan, kemudian cipta persepsi bahawa semua itu FITNAH UMNO dan persalahkan UMNO.

Nak lebih menarik, cari 'pekerja' UMNO seperti PAPAGOMO dan salahkannya dengan semua cara. Betul tak betul, itu belakang cerita. Selain daripada memburukkan lagi nama, tindakan undang-undang sekiranya diambil akan mendedahkan identiti sebenar PAPAGOMO atau mana-mana blogger pro-UMNO yang lain.

Dan melihat kepada KEKALUTAN PARA PEMIMPIN PKR menyalahkan PAPAGOMO dalam isu video lucah Mustafa Ali, memang jelas mereka sedang ketakutan dan sedang berusaha untuk melindungi perkara sebenar.

Alasan dan rasional apakah yang telah digunakan oleh para pemimpin PKR untuk menyalahkan PAPAGOMO sedangkan telah terbukti bahawa segala kejahatan di Malaysia, bermula dari PKR dan Anwar Ibrahim!!!



1 comment: