Pages

Saturday, 4 May 2013

AHLI PAS DAH MULA BUAT GILER PADA PETI UNDI !!!




Apa Muslihat Petugas PR Kunci Peti Undi

Macam-macam hal yang berlaku bila hampir hari pengundian PRU-13, paling jelas kelihatan di pihak PR yang seperti menggelabah tak keruan jadinya sehingga ada yang bertindak di luar dugaan semasa proses pengundian awal baru-baru ini.

Di Negeri Sembilan umpamanya, seorang wakil calon PAS tanpa berfikir panjang telah mengunci sembilan peti undi di Pusat Mengundi Dewan Hangar, PUSASDA Telok Kemang dengan mangganya sendiri meskipun peti undi tersebut telah dimeterai oleh petugas SPR.

Berikutan tindakannya itu berlaku sedikit kekecohan dan selepas siasatan terperinci oleh pihak berkuasa akhirnya lelaki itu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Port Dickson atas dakwaan mengganggu kelancaran proses pengundian.

Dalam kes yang lain di Serdang, Selangor seorang wanita berusia 54, Susan Lee Pek Sim wakil calon DAP bagi Parlimen Serdang juga melakukan aksi serupa mengunci dua peti undi menyebabkannya terpaksa berdepan tindakan undang-undang.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda tidak lebih RM5,000.00 atau hukuman penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 3(1) Akta Pilihan Raya 1958.

Kedua-dua wakil calon dari PAS dan DAP itu bagaikan sepakat sehati sejiwa apabila enggan mengaku salah atas tuduhan yang dikenakan meskipun amat jelas tindakan yang dilakukan itu di luar bidang kuasa mereka selaku wakil calon.

Mereka mungkin jahil mengenai proses perundingan dan gagal memahami peraturan pilihan raya, tapi ada kebarangkalian di sebalik tindakan bodoh itu terselit muslihat dan agenda jahat misalnya untuk menimbulkan persepsi buruk terhadap SPR.

Kebarangkalian itu agak logik memandangkan pemimpin PR sering kali melakukan serangan terancang terhadap SPR yang bermaksud untuk menjejaskan kredibiliti badan rasmi pengendali pilihan raya itu. Lagi pun dalam bab merekayasa kisah haru biru sebegini memang sudah sinonim dengan PR.

Ketika proses pengundian awal pun mereka sudah melakukan tindakan sedemikian tak mustahil kejadian yang mirip sama boleh juga berlaku semasa pengundian 5 Mei 2013 nanti, barangkali ada yang bawa mangga bersaiz gajah pula.

Apa pun muslihat atau kejahilan di pihak PR, ianya tidak berupaya menolak kemaraan BN dalam PRU-13 ini yang terus menerus memacu di hadapan berikutan sokongan yang semakin kukuh dari majoriti rakyat negara ini.




No comments:

Post a Comment