Pages

Saturday, 4 May 2013

PENYOKONG PR TUMBUK MUKA KANAK-KANAK BN !!!




PR Telah Mulakan Bibit-bibit Huru-Hara

Melihat dari perkembangan semasa dalam kempen pilihanraya ini, kita semakin yakin bahawa huru-hara yang dijangka sudah hampir pasti akan berlaku selepas PRU-13.   Justeru, difahamkan di beberapa tempat, penyokong-penyokong BN telah pun mengadakan solat hajat memohon perlindungan Allah SWT dari segala bencana.  

Sungguh ironi sekali kerana di masa yang sama, pihak PR pula didoakan oleh pihak gereja Jerusalem di Israel.   

Pembangkang memulakan langkah pertama untuk mencetuskan dengan menimbulkan provokasi dengan mengumpan pihak Barisan Nasional bertindak balas.  Antara langkah yang diambil ialah:  

·         26 April – Seroang kanak-kanak 11 tahun cedera dibelasah pembangkang kerana mengaku menyokong BN di Felda Teloi Timur, Baling. 

·         28 April – Sofian Abidin dipukul pembangkang kerana memakai baju T berlogo BN dekat pekan Tanjung Dawai.

·         Pada 2 Mei - C. Padiapan, 50, bertugas mengawal khemah BN di Taman Halia, Lunas cedera parah dipukul penyokong pembangkang. 

·         2 Mei – Seorang ahli bomba sukarela di Taman Merak Jaya, Seberang Perai Tengah bakal hilang penglihatan mata kiri akibat dibelasah pembangkang.  

·         Selain belasah, pembangkang juga menggunakan bom  petrol untuk membakar Bilik Gerakan di Nibong Tebal dan juga Jelapang Perak.  

·         Mereka juga bertindak membakar khemah-khemah BN di Bakar Bata Kedah dan juga Batu.  

Walaupun mereka tidak jemu-jemu mencabar, Alhamdulillah, pihak BN tidak termakan umpan tersebut.  Malah, BN terus berkempen dengan cara biasa iaitu mewar-warkan janji yang pasti ditepati di samping mengingatkan rakyat akan siapakah pembangkang yang sebenarnya.  

Memandangkan mereka masih belum berjaya membuat BN bertindak balas, maka mereka meneruskan ke langkah seterusnya iaitu mereka-reka isu bagi mempersoalkan kredibiliti SPR.  Antaranya: 

·         menuduh warga asing yang sedang beratur di lapangan terbang sebagai ‘pengundi hantu’ yang dibawa oleh BN.  

·         mempersoal kredibiliti dakwat kekal yang sebelum ini diperjuangkan mereka.  

·         menyebar berita palsu dengan menuduh kerajaan akan menghalang mereka mengundi terutama kaum Cina dan menyuruh mereka mencetak semakan pemilih untuk disimpan sebagai bukti.  

·         mewar-warkan kepada pemberita dan kerajaan asing konon pilihanraya Malaysia tidak bersih dan merayu mereka menjadi pemerhati.  

Kesemua ini adalah bukti kukuh bahawa pembangkang yakin yang mereka akan kalah.  Sehubungan dengan itu, mereka giat merancang huru-hara bagi menolak keputusan pilihanraya.   

Apa yang dijangka ialah mereka akan menggunakan cetakan semakan daftar pemilih yang telah dipalsukan untuk menuduh SPR tidak telus dan seterusnya mencetuskan kekecohan.  Kekecohan ini akan berlaku di beberapa tempat sehingga bertukar menjadi pergaduhan dan seterusnya kecederaan.  Ini penting bagi memberi ‘impak’ kepada bantahan mereka.    

Dijangka juga akan berlaku satu kejutan yang melibatkan serangan ke atas individu yang berpengaruh di dalam pembangkang bagi meraih simpati dan bagi mengesahkan kononnya BN bermain kotor.  

Kemudiannya, Ambiga dan SUARAM akan muncul kembali membawa isu BERSIH dan Keadilan.  Pada ketika ini juga pembangkang akan meminta bantuan asing secara besar-besaran bagi memberi tekanan kepada kerajaan.  

Akhir sekali mereka akan mengumpulkan seramai mungkin penyokong mereka untuk membuat huru-hara menolak keputusan pilihanraya.  Ia akan dilakukan secara berterusan sehingga Bangsa-bangsa Bersatu memberi amaran kepada kerajaan.  

Sekiranya ia masih gagal menjatuhkan kerajaan, maka suntikan semangat baru akan diberi untuk terus menyemarakkan kemarahan penyokong mereka. Untuk itu, tidak mustahil mereka akan mengarahkan penyokong mereka berbuat sesuatu yang memaksa pihak berkuasa bertindak keras.  Tindakan keras pihak berkuasa akan diwar-warkan sebagai bukti kekejaman sehingga penyokong yang lain menjadi hilang kawalan akibat kemarahan yang meluap-luap.  

Kebencian dan perkauman akan terus disebar pada waktu ini sehingga negara lumpuh dan kerajaan menjadi lemah.   

Sebenarnya, langkah kejatuhan kerajaan dalam cara yang sama telah berkali-kali kita saksikan melalui ‘Arab Spring’.   Apa yang terjadi seterusnya adalah ‘klasik’ iaitu anak kehilangan bapa, bapa kehilangan keluarga, orang ramai kehilangan pekerjaan, hilang tempat tinggal, barangan asas sukar didapati, bank-bank ditutup, kedai-kedai diceroboh, kecurian berleluasa dan seterusnya.   

Jika selama ini kita hanya menontonnya di televisyen dan membacanya di akhbar dan internet, tetapi hari ini, senario ini sudah hampir pasti melanda kita.  Untuk itu, penyokong-penyokong pembangkang perlu bertanggungjawab kerana enggan mendengar nasihat kita agar tidak mempercayai pemimpin mereka.  Apapun, yang penting kita telah mencuba sedaya upaya untuk menyedarkan mereka.  

Maka apa yang dapat kita lakukan di saat-saat akhir ini hanyalah berdoa agar dijauhkan dari mala petaka angkara saudara-saudara kita di dalam pembangkang.  


No comments:

Post a Comment