“Jangan macam ni bang, nanti mak saya marah,”
itu rayuan seorang pemuda awal 20-an setelah ditahan berdua-duaan
bersama pasangannya di sebuah hotel di Ayer Hitam, malam semalam.
Pemuda
berkenaan yang memberi banyak alasan turut merungut serta menyatakan dia
tidak melakukan kesalahan, cuma menemani kekasihnya di bilik hotel
sementara menunggu hari siang.
Timbalan
Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat, Saiful
Ariffin Mohd Sopah berkata, semasa serbuan, pemuda berkenaan dan
pasangannya mengambil masa untuk membuka pintu hotel.
Katanya, sebaik
membuka pintu berkenaan pemuda itu memberi pelbagai alasan termasuk
menemani ‘anak saudaranya’ yang takut tinggal di hotel itu seorang diri.
“Pemuda
berkenaan turut memberi pelbagai alasan lain seperti membeli makanan,
menemani pasangannya serta hanya singgah sebentar dan akan pulang
selepas itu.
“Pemuda
berkenaan turut mengaku menipu ibunya, di mana dia menyatakan akan ke
Segamat tetapi sebenarnya singgah di hotel di Ayer Hitam ini untuk
bersama kekasih.
No comments:
Post a Comment