Pages

Saturday, 28 September 2013

MINYAK NAIK SEBAB KERJA RED BEAN ARMY !!!



Kerajaan akan menimbang untuk mengeluarkan kenyataan berkala tentang sebarang perubahan mengenai subsidi bahan api bagi mengelak spekulasi mengenai kenaikan harga petrol.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek berkata tindakan ini akan diambil bagi mengelak timbulnya spekulasi mengenai kenaikan harga minyak oleh sesetengah pihak.

"Kalau ada permintaan supaya kita buat berkala (kenyataan), kita akan usahakan sebab kita ini kerajaan yang berlandaskan sokongan rakyat. Kalau perlu, kita akan keluarkan kenyataan dari semasa ke semasa," katanya kepada ketika dihubungi di sini semalam.

Hasan Malek berkata demikian ketika mengulas serta menafikan penyebaran maklumat kononnya harga minyak RON95 naik sepuluh sen kepada RM2.20 seliter tengah malam semalam.

Beliau berkata akibat penyebaran maklumat palsu oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab itu telah menyebabkan pembelian panik di stesen-stesen petrol malam semalam.

"Sebenarnya, saya menghadiri mesyuarat Kabinet pagi semalam yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, namun kita tidak bincang pun soal harga minyak naik kali ini.

"Oleh sebab itu, saya sebagai Menteri, menafikan spekulasi itu, malah kecewa kerana masih ada segelintir orang yang hendak buat cerita tak betul ini. Bagi saya, mereka ini berniat jahat," katanya sambil meminta perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini dihentikan. - BERNAMA



Pstt... Apa2 pon aku percaya ini semua kerja Red Bean Army tajaan DAP yang telah menyebarkan berita palsu, gaji rm3000 sebulan, tugas mereka untuk menghuru harakan rakyat malaysia terutama melayu.



No comments:

Post a Comment