Sekumpulan
18 penuntut kolej dan seorang anggota polis Bukit Aman ditahan selepas
mereka mengadakan pesta dadah di sebuah pangsapuri di Sungai Nibong,
kira-kira 8 pagi semalam.
Penahanan semua
kumpulan remaja yang berusia lingkungan 20-an itu dilakukan selepas
polis menerima maklumat daripada pengawal keselamatan pangsapuri
berkenaan yang mendakwa terdengar bunyi bising di sebuah unit kediaman
terbabit.
Polis yang tiba
di pangsapuri terbabit kemudian membuat pemeriksaan dan menahan 38
individu dan hasil ujian air kencing mendapati 18 daripada mereka
positif dadah jenis syabu dan ganja.
Difahamkan, mereka sebelum itu menghadiri satu pesta liar berhampiran pantai di Batu Ferringhi, di sini, sebelum berlarutan hingga ke pangsapuri berkenaan.
Difahamkan, mereka sebelum itu menghadiri satu pesta liar berhampiran pantai di Batu Ferringhi, di sini, sebelum berlarutan hingga ke pangsapuri berkenaan.
Kumpulan remaja
terbabit dikatakan mengadakan pesta liar berkenaan dengan menjemput
rakan secara eksklusif melalui laman sembang dan berkumpul
beramai-ramai.
Sementara itu,
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Nasir
Salleh ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan juga penahan
semua suspek.
Menurutnya, semua mereka sudah dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan reman hari ini.
Menurutnya, semua mereka sudah dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan reman hari ini.
No comments:
Post a Comment