Cakap banyak memang tak guna, kalau korang nak tengok sendiri macamana bekas suami abby di perlakukan dengan sesuka hatinya korang tengok video di bawah...
Kesan luka cakaran pada wajah dan lengan Muhammad Noor Farhan yang didedahkan kepada pihak media.
Pelakon Abby Abadi dan suaminya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar hari ini
sah bercerai talak satu setelah Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur
dekat sini mengesahkan lafaz cerai melalui khidmat pesanan ringkas (SMS)
di luar mahkamah yang dihantar suaminya, Mei lalu.
Teka-teki mengenai pergolakan rumah tangga Abby Abadi akhirnya
terjawab apabila bekas suami pelakon itu Muhammad Noor Farhan Che Bakar
mendedahkan didera secara fizikal dan emosi semasa mereka bergelar
suami-isteri.
Muhammad Noor Farhan, 24, memberitahu, Abby pertama kali
mencederakannya sekitar Januari lalu dengan membaling kunci motosikal ke
wajahnya sehingga mengakibatkan kesan lebam selepas Abby mendapat tahu
dia memberitahu seorang kenalan mereka sudah tidak mempunyai hubungan.
Dedahnya lagi, Abby sekali lagi bertindak
agresif mencakar muka dan lengan kirinya pada 17 Mei lalu selepas dia
enggan berbincang mengenai kes perceraian mereka yang dilafazkan
menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang sedang berjalan di mahkamah.
“Kecederaan fizikal dan emosi menjadi antara sebab utama mengapa saya menceraikan dia (Abby) dan sudah tawar hati untuk meneruskan perkahwinan ini yang memberi tekanan kepada saya sepanjang beberapa bulan ini,” dedahnya kepada mStar Online ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini pada Rabu.
Terdahulu, Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin memutuskan lafaz cerai menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dibuat Muhammad Noor Farhan pada 9 Mei lalu terhadap Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abd Manan, 37, adalah sah mengikut rukun dan syarak yang ditetapkan.
Dalam pada itu, Muhammad Noor Farhan turut mendedahkan bukti gambar kesan kecederaannya pada bahagian muka dan lengan kiri akibat dicakar oleh bekas isterinya itu kepada pihak media.
Malah dia erkenaan memberitahu telah pun membuat satu laporan di Balai Polis Ampang dekat sini pada hari sama dia dicederakan sebagai salah satu langkah keselamatan.
“Saya tidak ingin memanjangkan perkara ini dalam mahkamah tetapi
sekadar membuat laporan polis untuk melindungi diri saya sekiranya
apa-apa berlaku.
“Abby juga tahu saya buat laporan polis mengenai kejadian tersebut,” ujarnya.
Sementara itu, Muhammad Noor Farhan turut mendedahkan, pergaduhan di
antara mereka sering tercetus apabila Abby tidak mempunyai wang dan
sering mendesaknya sehingga membuatkan dia tertekan dan tidak pulang ke
rumah.
Jelas Farhan, dia kecewa apabila Abby tidak memberi peluang kepadanya
untuk membuktikan diri untuk menjadi seorang suami bertanggungjawab dan
Abby sering mengeluarkan kata-kata menguris perasaan kepadanya dan
menambah tekanan dalam rumah tangga mereka.
“Setiap kali dia tidak mempunyai wang dia akan menyerang dan mendesak
saya sehingga pergaduhan akan tercetus di antara kami malah dia sering
mengatakan saya tidak mendatangkan apa-apa faedah kepadanya.
“Saya tidak pulang ke rumah kerana ingin ruang untuk memperbetulkan
keadaan tetapi sikapnya yang sering memaksa dan mendesak membuatkan saya
tertekan,” katanya.
Bagaimanapun, Muhammad Noor Farhan enggan mengulas dakwaan kejadian
berlaku akibat sikap Abby yang mengawal hidupnya sepanjang hampir
setahun perkahwinan mereka.
Dalam perkembangan sama, Muhammad Noor Farhan berkata, dia sudah
tidak mempunyai perasaan sayang terhadap bekas isterinya itu dan tidak
melihat sebarang peluang untuk mereka kembali berbaik.
Malah dia lega apabila kes perceraian tersebut selesai dengan baik
apabila pihak mahkamah mengesahkan lafaz cerai yang dibuatnya menerusi
SMS terhadap Abby.
“Cukuplah… Saya tidak akan rujuk kembali dengan dia kerana dia telah
mencederakan saya dan perasaan sayang sudah tidak ada dalam diri saya,”
jelasnya.
Abby dan Farhan bernikah pada 9 Julai tahun lepas di Selatan Thailand dan mendapat pengesahan di Kelantan.
Pelakon siri Gerak Khas itu sebelum ini pernah melangsungkan perkahwinan dengan pelakon Norman Hakim dan dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata
Pasangan berkenaan berkahwin di Selatan Thailand pada 9 Julai tahun lalu.
No comments:
Post a Comment