Namun, hakikat nya pergerakan komunis masih belum menjadi sejarah, ia
masih lagi bergerak secara senyap bagai bara api yang enggan padam.
Akhir-akhirini, ia kembali memperlihatkan kepulan asap hitam yang mampu
mengancam negara apabila beberapa usaha dilakukan untuk menjadikan
komunis sebagai wira.
Malah, pada hari ini, ia dilakukan secara terbuka
melalui parti pembangkang.Justeru, kematian Chin Peng yang diraikan oleh
rakyat Malaysia menjadi tarikh perkabungan bagi pembangkang. Tidak
cukup dengan desakan untuk membawa balik abu mayat Chin Peng ke
Malaysia, HishamuddinRais blogger ‘tersohor’ mereka menobatkan Ching
Peng sebagai ‘pejuang negara’ yang setaraf Nabi.
Ini dilakukan melalui laman sosial peribadinya yang menyebut “16 September sebagai hari mengingati pejuang negara, ‘wafatnya’ Chin Peng”.
Hishamuddin adalah sampah sarap yang bersuara. Sampah sarap seperti beliau bukan sahaja tidak berguna kerana tidak boleh dikitar semula tetapi membawa kemusnahan kepada alam sekitar dan manusia sejagat. Beliau menghabiskan hidupnya dengan membuat onar kepada agama, bangsa dan negara tanpa tujuan yang pasti, sekadar untuk memuaskan hati sendiri.
Kepada Hishamuddin Rais, tiada apa yang dapat kita nasihatkan lagi. Jika Chin Peng sudah setaraf Nabi bagi nya, tidak mustahil beliau turut memohon syafaat Chin Peng dan berdoa akan ditempatkan bersama ‘pejuang’ itu di alam akhirat nanti…. Siapatahu, mungkin tidak lama lagi…
No comments:
Post a Comment