Jumlah Pengunjung

Friday, 22 July 2016

ARTIS MALAYSIA DITAHAN KES TIPU HARTANAH ???



Kontroversi dan sensasi tidak dapat lari dari dunia artis. Pun begitu, ada sesetengahnya tidak mampu menangani kehidupan sebagai artis yang penuh dugaan dan cabaran sehingga menyalahgunakan kedudukan sebagai "artis popular" untuk kepentingan peribadi dengan cara yang salah.
Seniwati veteran Ruminah Sidek, 70, terkejut selepas dimaklumkan anaknya iaitu pelakon Adlin Aman Ramlie, 44, ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan hartanah.

“Saya tak tahu (anak ditahan). Wartawan telefon baru saya tahu. Maaf saya nak solat dulu,” katanya ketika dihubungi lewat malam Khamis tanpa mahu mengulas lanjut.

Terdahulu media melaporkan seorang pelakon lelaki bersama beberapa individu lain berpangkat Datuk telah ditahan polis kerana dipercayai terlibat dalam penipuan hartanah yang melibatkan kerugian hampir RM500,000.

Timbalan Pengarah Risikan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner, Roslan Abd Wahid dilaporkan berkata, seorang pelakon telah ditahan di rumahnya di Cyberjaya dekat sini kira-kira pukul 2 petang Khamis bagi membantu siasatan berhubung kes itu.

Artis berkenaan dikatakan direman selama empat hari di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dekat sini bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasaan.

Dalam pada itu Adlin iaitu Emelda yang dihubungi tidak mengaktifkan telefon bimbitnya.
SUMBER

VIDEO MAEL XPDC MAKI IZO XPDC KAW-KAW !!!


Mael XPDC mula mengamuk dan mula meluahkan ketidakpuas hatinya pada media berkenaan sikap IZO (pemain guitar XPDC) yang dikatakan telah meminggirkan tiga lagi anggota asal XPDC. Umum tahu, anggota asal XPDC adalah Mael (vokal) Amy (drummer) Zuar (bass) dan Izo (gitaris), namun setelah sekian lama, anggota XPDC pernah saling bertukar ganti.

Beberapa tahun yang lepas terdengar mereka mula bergabung atas dasar persahabatan dan kini mula mengejutkan peminat mereka bila kumpulan XPDC telah menjadi dua kumpulan. Mana satu yang original ni ? 

Aku juga merupakan salah seorang peminat XPDC sejak dari album "Darjah satu". Tak dinafikan aku dan kawan-kawan aku amat meminati suara Mael dari suara Ali. Tak kisah la suara siapa yang sedap pon.. (bukan boleh makan pon..) yang penting sekarang apa punca sampai Mael memaki hamun Izo sekarang ni ?

Lihat video dibawah dari "ABAH KAU.."



Monday, 18 July 2016

BUKTI SEBAB MAHADHIR MARAHKAN NAJIB !!!




Baru-baru ini TNB mencabar keputusan Suruhanjaya Tenaga yang mengarahkan TNB supaya menyambung perjanjian IPP dengan YTL Power. Umum mengetahui YTL adalah kroni Mahathir. Perjanjian berat sebelah yang dimeterai ketika Mahathir menjawat jawatan PM menyebabkan YTL untung berbilion ringgit. Keengganan TNB itu membuatkan YTL panas punggung.

Dulu Mahathir jadi tukang tekan, ketika arwah Ani Arope mengetuai TNB tidak mahu memeterai Perjanjian IPP. Beliau kemudian meletak jawatan dari menjadi pak turut Mahathir.

Sekarang Mahathir buat perkara yang sama, tapi beliau bukan PM, TNB tidak akan dengar cakap Mahathir. Jadi, Mahathir sendiri sekarang akan bentuk gabungan baru untuk cabar terus PM. Pembangkang pula jadi kuda tunggangan dia. Nampak?

Mahathir bukan mahu selamatkan malaysia. Dia mahu selamatkan lubuk duit dia dan kroni.
Mahathir tersilap satu perkara, kami tidak pernah lupa!



Tuesday, 12 July 2016

VIDEO RAJA BOMOH PENAMPAR ORANG DI HARI RAYA !!!



Video yang sedang Viral di media sosial memaparkan Raja Bomoh telah menampar seorang lelaki. Tidak pasti apa puncanya hingga beliau tergamak melakukan perbuatan di khalayak ramai sedemikian rupa. Namun lokasikejadian tidak dapat dikenal pasti.

hahaha.. ambik korang.. Jangan main-main sama dia..



RUMAH HANGUS SEHARI SEBELUM RAYA !!!



Sambutan Aidilfitri sememangnya amat bermakna bagi setiap keluar pada setiap tahun, namun lain pula nasib yang telah dialami oleh sebuah keluarga apabila sehari sebelum menyambut syawal, rumah mereka hangus dijilat api. Hancur musnah harapan keluarga ini apabila persiapan yang mereka lakukan hangus dan hilang dalam sekelip mata sahaja.

Kejadian yang berlaku di alamat No83, Kampung Kumpulan A, Mukim Ulu Melaka, 07000 Langkawi Kedah telah membuatkan perasaan ketua keluarga ini  KHAIRUL BIN ROMLI terus menangis memikirkan nasib yang akan dihadapi oleh anak-anaknya untuk menyambut Aidilfitri. Hati siapa yang tiadak hancur, ditambah pula selepas kejadian mereka hanya tinggal sehelai sepinggang sehingga hari ini.

Untuk meringankan bebanan yang sedang dialami keluarga ini, kami ingin memberi peluang kepada sesiapa sahaja yang ingin menyumbang  dan menghulurkan bantuan bagi keluarga ini membina dan memulakan hidup baru ke Akaun “ KHAIRUL BIN ROMLI  ( 08140004211206 ) CIMB “
Untuk sebaarang pertanyaan anda boleh terus menghubungi ketua keluarga ini di talian : 012-5625625


“ SEDIKIT BANTUAN DARI ANDA SINAR CAHAYA UNTUK MEREKA “










Monday, 11 July 2016

ASTRO UGUT PELANGGAN ???



“ Astro buat hal lagi. Orang tengah rancak tengok Euro 2016, pelan-pelan dia hantar notis naik RM8 untuk pakej sukan. Saya pun dapat notis yang sama, esoknya jugak 29.6.2016 terus telefon Astro nak tukar pakej. Nak tukar pakej kena caj penalty RM120, dalam 4 tahun lepas RM20 je rasanya. Saya tukar fikiran, nak terminate terus. Lama operator buatkan saya tunggu, lepas tu dimaklumkan kena bayar lebih kurang RM360 untuk terminate. Saya tanya apa detail RM360 tu?

RM120 penalti
RM80 penalti
RM88 bil bulanan
RM70 1 bulan notis.

1 bulan notis pun ada cas jugak? Lepas tu saya kata ini unfair, dalam perjanjian takde pun. Selamba je operator tu jawab dengan gelak2 ramai dah orang komplen benda ni. Kalau encik tak puas hati encik boleh komplen dalam facebook. Ok fine, I take your challenge. Saya bayar RM360 skang saya nak tulis ni dalam facebook.

Jadi soalnya sampai bila kita nak biarkan Astro sentiasa buat hal? Kita plak cuma boleh jadi Pak Pandir. Orang kata bayar, kita pun bayar. Orang kata hari ni takde siaran sebab hujan, kita pun cakap ye lah, kami akur. Mana maruah kita selama ni? Ni bukan sekali dua ye, kalau ikut rekod entah berapa kali dah dia cari pasal. Time nak terminate bukan main susah, time hujan line tak dapat, bayar lambat dia potong, nak sambung balik punya lembap, bila telefon jawab lebih kurang. Apa lagi? Enough is enough la. Cuba pegi tengok dalam fb rasmi Astro tu, berapa ramai yang komplen dan macam mana cara Astro jawab? Irritating. Macam tu ke cara dia layan kita sedangkan dia perlukan duit kita untuk dia sendiri survive. Kenapa dia boleh pijak kepala kita sedangkan sepatutnya kita yang boleh pijak kepala dia? Kenapa? Sebab kita mungkin sudah faham hak pengguna, tapi kita tak pernah bersatu. Cuba kalau kita bersatu, korang tak teringin ke tengok ego Astro ni terjatuh macam Maxis dulu?

Rasanya kalau sebahagian besar pengguna Astro boikot untuk bayar bil Astro selama 3 bulan, katakan la JULAI, OGOS dan SEPTEMBER 2016 saya rasa cashflow diorang mungkin akan terganggu. Bila dah geng kapitalis yang hidup bertuhankan duit ni tak dapat sumber ‘oksigen’ macam biasa, baru la masa tu kau nak tergedik-gedik macam cacing kepanasan. Tak payah tengok contoh jauh2, sebab kita rakyat Malaysia pernah secara tak sengaja ‘memalukan’ Maxis dulu. Ye betul, diorang akan potong line. Anak-anak dan bini kita mungkin komplen boring takde tv, tapi kita kena sabar. Cakap kat diorang yang kita buat ni untuk masa depan semua jugak. Sekali kita tak pernah cuba, sampai bila-bila pun Astro tetap akan buli kita. Jadi selama Astro takde tu layan la youtube ke, tv biasa ke tak pun rival Astro tak kira yang halal atau haram, pandai2 le korang pilih. Katakan dalam tempoh 3 bulan ni Astro degil jugak, sekurang-kurangnya kita dah terbiasa hidup tanpa Astro 3 bulan, so lepas tu dah tak rasa apa-apa. Boleh jugak jimat bil bulan-bulan kalau macam saya ni RM80 sebulan, setahun dah RM960 tu.

Mari kita bersatu. Kalau dulu kita pernah ‘jatuhkan’ Maxis tanpa sengaja, kali ni kita bersatu pulak dengan sengaja untuk jatuhkan Astro. Biar kali ni golongan kapitalis akan sentiasa beringat bahawa kita bukanlah pengguna yang boleh dijadikan seperti lembu untuk dicucuk hidung dan dibawa ke sana sini sesuka hati. Kali ni, kita buat sampai Astro melutut depan kita. Saya dah tutup Astro, skang nak pakai Njoi je. Hati senang, tak payah nak marah2 lagi. “

Apakah nasib ASTRO akan jadi seperti MAXIS ? Aku rasa payah sebab ASTRO je yang ada lesen penyiaran berbayar terbesar setakat ni.. Pesaing cam Hypp Tv di bawah Unifi pon leceh.. kena langgan Unifi yang kena tunggu ada port kosong baru leh celah masuk ! Huhhh.. Aparaa..
Ada satu lagi pilihan.. hehehe.. murah dan jimat ! Siap boleh bawak ke mana mana lagi.. hehehe.. Aku cadang nak guna je tu.. Senang ! Selamat tinggal Asteruk pasni !



SUMBER

Sunday, 3 July 2016

SELEPAS PEGANG ANJING DIA BUAT BERBUKA PUASA DI GEREJA PULA !!!



PETALING JAYA: Satu majlis berbuka puasa ‘antara agama’ yang dirancang diadakan di sebuah gereja Katolik di sini telah dibatalkan atas nasihat polis.
Acara itu yang sepatutnya diadakan di Church of Assumption, petang Jumaat, dibatalkan selepas penganjur dimaklumkan bahawa laporan polis telah dibuat terhadap mereka.
“Seseorang telah membuat laporan polis dan dua anggota polis pergi ke gereja memberi amaran bahawa ada individu atau kumpulan yang mungkin akan menimbulkan masalah,” kata peguam bela sosial Syed Azmi Alhabshi dalam satu posting di Facebook.
Ketika dihubungi, Syed Azmi berkata selepas diberitahu mengenai laporan itu, pihak penganjur telah mengadakan perbincangan sama ada gereja harus meneruskan acara itu, sambil menambah semuanya dilakukan dengan niat yang baik.
“Kita tidak akan tahu sama ada ia mempunyai kesan negatif atau positif, tetapi kita lebih fikirkan tentang kepentingan keselamatan orang ramai,” katanya.
Syed Azmi, yang telah diminta oleh pihak penganjur untuk menjadi penasihat sensitiviti dan budaya Islam berkata polis telah melakukan yang terbaik bagi mengelakkan berlakunya situasi tertentu, di mana ia telah dimaklumkan kepada jawatankuasa penganjur.
“Tetapi apabila mendapat tahu acara seperti itu telah mendapat ‘perhatian’ bermakna ia mempunyai kesan.”
Beliau berkata majlis berbuka puasa itu telah dibuat di luar bangunan gereja.
Rayyan Haries, 25, yang menghadiri majlis berbuka puasa itu memberitahu The Star Online bahawa beliau membuat keputusan untuk menyertai majlis itu dengan rakan-rakan kerana adalah penting untuk mengetepikan perbezaan agama dan kaum untuk meraikan semangat sebenar Ramadan.
“Saya menyukainya,” katanya.
Beliau juga berkata adalah penting untuk majlis-majlis seperti itu dianjurkan kerana ia meningkatkan peluang kepada rakyat Malaysia memahami maksud kepelbagaian dalam masyarakat Malaysia.
Rayyan berkata kira-kira 15 orang telah hadir di majlis berbuka puasa di luar gereja itu.
“Ramadan bukan sekadar menahan diri daripada lapar dan dahaga tetapi juga mempamerkan cinta anda untuk orang lain,” katanya.
SUMBER

Member BSK