Jumlah Pengunjung

Sunday, 31 March 2013

ARAHAN BUANG KAKITANGAN AWAM MELAYU DI DEDAHKAN !!!




Beliau bercakap tentang cabaran yang dilontarkan kepada beliau oleh Teng Chang Yeow, Pengerusi BN Pulau Pinang tanpa beliau sedari, beliau itu sekadar orang luar dan tiada jawatan di dalam DAP Pulau Pinang.

Sudahlah kepimpinan tertinggi DAP Pulau Pinang didakwa sebagai puppet hingga Pengerusi DAP Pulau Pinang dianggap bukan calon terbaik untuk menjadi Ketua Menteri negeri. Dan sekarang, Guan Eng DAP (atau penulis beliau di Komtar) itu cuba menegak benang yang basah mempamerkan diri beliau yang kononnya Competency, Accountability dan Transparency.

Padahal realitinya, rakyat Pulau Pinang memandang beliau sebabgai Cocky, Arrogant dan Tidak boleh dipercayai!

Dan segalanya itu bersebab dan ianya melekat dan menjadi skandal anak Kit Siang itu.

1. Sebagai Setiausaha Agung DAP, Guan Eng dilihat gagal memastikan pemilihan CEC DAP berjalan dengan transparens dan kompeten.

2. Bukan sahaja beliau dimalukan dengan kesilapan mengira undi tetapi gagal juga untuk memastikan kesemua wakil DAP menerima watikah untuk hadir ke Mesyuarat Tahunan tersebut.

3. Cuba bayangkan, seramai 753 perwakilan parti itu tidak menerima surat jemputan untuk menghadiri Kongres Kebangsaan ke-16 parti itu, sekali gus gagal mengundi bagi memilih ahli Jawatan Kerja Pusat (CEC) pada Disember lalu.

4. Dengan kesalahan mengira undi dan 753 tidak dijemput, apakah Guan Eng DAP masih tidak berasa malu dengan ketidakmampuan untuk mengurus parti beliau sendiri?

5. Dan bayangkan Guan Eng DAP adalah Setiausaha Agung sebuah parti yang sedang dipersoalkan kesahihan dan kewujudan parti itu oleh ROS?

6. Makanya, kepada pencacai pembangkang yang beria-ia mahu mengangkat sumpah dan bermacam-macam lagi usaha untuk 'mengharamkan UMNO', MiM sarankan agar mereka fokus kepada parti DAP, manalah tahu akan dilabelkan sebagai parti Haram pula!

7. Dan jika benar-benar transparens dan akauntabiliti, beliau sepatutnya meletakkan jawatan dan tidak sanggup lagi berdepan dengan rakyat serta menutup mulut daripada cuba mencari salah pihak lain.

8. Tetapi anak Kit Siang yang dilabelkan 'biadap' dan 'tidak boleh dipercayai' oleh Tunku Aziz ini dilihat masih tidak sedar diri juga dan menganggap diri beliau 'bersih' untuk berada di Pulau Pinang.

Di antara omongan Guan Eng,
This is also about two governing policies between one that condones corruption and another that believes that a clean government based on Competency, Accountability and Transparency can outperform a corrupt one.seterusnya
Kepada kita yang mengikuti dengan dekat wayang kulit Guan Eng DAP, kita sudah tentu mual dengan omongan di atas. Beliau kononnya 'bersih' tetapi Tunku Aziz pernah mengutuk anak Kit Siang DAP kerana cuba merasuah beliau!
‘Biadab sungguh dia (Lim Guan Eng) mengarahkan seorang ‘budak’ untuk menyampaikan mesej apatah lagimerasuah saya RM50,000 kononnya saguhati untuk terus kekal di bawah pimpinan DAP,’’ kata Tunku Aziz dengan nada cukup keras pada sidang akhbar di rumahnya pada 29 Mei tahun lepas.
Sehingga ke hari ini, Guan Eng DAP tidak berbuat BACA SETERUSNYA...








PENGAKUAN MANGSA LIWAT ANWAR DI DALAM PENJARA !!!




 Bekas pembantu kepada peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yuktes Vijay mengakui telah menemui bekas rakan sepenjara Ketua Umum PKR itu ketika sama-sama merengkok di penjara Sungai Buloh.

“Saya bertemu bekas rakan sepenjara Anwar dari Sungai Buloh..dia berusia lewat 20-an .. dia banyak berkongsi cerita-cerita tentang Anwar.

“(Saya akan tulis dalam) artikel seterusnya tidak lama lagi,” kata Yuktes dalam twitternya semalam.

Pada 2 November 1998, Anwar telah dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di atas empat pertuduhan salah laku rasuah di mana telah mengambil masa perbicaraan yang panjang, akhirnyapada 14 April 1999, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk S. Augustine Paul menjatuhkan hukuman bersalah terhadapnya serta dijatuhi hukuman penjara enam tahun di Sungai Buloh.

Ketika masih berada di penjara, Anwar sekali lagi dihadapkan ke mahkamah pada 7 Jun 1999, kali ini dibicarakan bersama adik angkatnya, Sukma Darmawan dituduh bersubahat melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap bekas pemandu peribadi, Azizan Abu Bakar di Unit No. 10-7-2, di Tivoli Villa, Jalan Medang Tanduk, Bangsar, Kuala Lumpur pada satu malam, pukul 7.45, antara Januari hingga Mac 1993.

Setelah perbicaraan berlangsung selama satu tahun empat bulan, pada 8 Ogos 2000, Datuk Ariffin Jaka, Hakim Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur membuat keputusan Anwar dan Sukma bersalah meliwat Azizan.

Anwar dihukum penjara sembilan tahun dan Sukma Darmawan dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan empat kali sebatan.

Namun, pada 2 September 2004, Anwar dibebaskan dan dilepaskan dari penjara Sungai Buloh setelah berjaya dalam proses rayuannya di Mahkamah Persekutuan.

Keputusan mahkamah membebaskan Anwar dianggap pengamal undang-undang dan penulis Baratsebagai ‘bebas secara teknikal.”


(SUMBER)

MEDIA DI ROGOL DAN DI LIWAT !!!




Bila bercakap mengenai kebebasan media, Pakatan Rakyat terdahulu melaung-laungkan bahawa parti itu memperjuangkan kebebasan media sejak 2008 lalu. Pemimpinnya Anwar Ibrahim siap pukul canang kepada rakyat bahawa media arus perdana serta portal berita dan blog pro kerajaan tidak mengamalkan kebebasan media dan menyekat suara mereka.
Maksud kebebasan media bagi Pakatan Rakyat sebenarnya adalah meneruskan agenda menindas mengherdik para wartawan dan blogger serta mengenakan sekatan terhadap media sebenarya itu sahja apa yang pemimpin mereka tahu.
Penulis sebelum ini pernah mengalami kekangan untuk menghadiri salah satu program anjuran Pakatan Rakyat yang dihadiri oleh Anwar serta isterinya Wan Azizah yang diadakan di SACC Selangor baru-baru ini.
Pada mulanya mereka menjemput para wartawan media dan portal untuk hadir ke program mereka namun selepas itu tanpa sebarang BACA SETERUSNYA...




JANJI NIK AZIZ YANG DI MURKAI ALLAH !!! Telah Tergolong Dalam Kalangan DOSA-DOSA BESAR...



Aku memang pening sangat dengan janji-janji Nik aziz ni, terbaru nik aziz dah JANJI nak bina stadium bola di kelantan yang bertaraf stadium OLIMPIK. Giler apa org tua ni, janji nik aziz nak bina lebuhraya kelantan pon aku tgok cuma tinggal batu persmian jer...  ni bila tiba pilihanraya dh janji nak bina stadium bola pulak. Kalau nik aziz betul nk bina bina stadium sepatutnya nik aziz dh bina lama dah... 

Sedarkah kita semua bila kita berjanji...

Allah berfirman bermaksud: “Wahai orang beriman, penuhi serta sempurnakanlah segala perjanjian (yang kamu buat).” 
(Surah al-Ma’idah, ayat 1)
Perjanjian adalah amanah yang wajib ditunaikan. Soal meringan-ringankan perjanjian dan tidak menepati perkara dijanjikan termasuk dalam kategori dosa besar. Ia sangat dibenci dan dimurkai Allah.


Sedarkah kita Nik Aziz selalu mempermainkan Hukum Hakam ALLAH..

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang beriman mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak lakukan. Amat besar kebenciannya di sisi Allah, kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.” (Surah al-Saff, ayat 2-3)

Memungkiri janji boleh mendatangkan implikasi negatif kepada kepada pihak berjanji. Akibat memungkiri janji hubungan seorang sahabat dengan sahabat menjadi renggang, pekerja dengan majikan bermusuhan, suami isteri berselisih faham dan tidak wujud perasaan kasih sayang antara ayah dengan anaknya.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Tiga perkara, sesiapa yang padanya ada tiga perkara itu, maka dia adalah seorang munafik walaupun ia berpuasa, mengerjakan solat dan mengakui dia seorang Muslim. (Tiga perkara itu) ialah apabila berbicara, ia berdusta; apabila berjanji, ia menyalahi janji; dan apabila diberi amanah, ia khianati.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Harap kita dapat menilai sendiri tentang sikap Nik Aziz..  Ikuti JANJI-JANJI NIK AZIZ di bawah...


Meskipun banyak projek mega dilancarkan Kerajaan Pas Kelantan masih gagal ditunaikan, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini meminta rakyat 'memberi kepercayaan' kepada satu lagi projek mega iaitu stadium bola sepak.

Walaupun tidak memaklumkan bila projek itu dijangka siap, Nik Abdul Aziz memberitahu stadium itu lebih hebat daripada mana-mana stadium terkemuka di dunia dan setaraf dengan Stadium Olimpik Beijing di China. .Majlis pelancaran projek bernilai RM320 juta membabitkan kawasan seluas lebih 100 hektar itu berlangsung di kaki Bukit Merbau di sini.

Tindakan mengumumkan pembinaan sebuah stadium tersebut dilihat cuba menyaingi pengumuman tujuh projek besar oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu melawat Kelantan pada 20 Januari lalu.

Selain pembinaan stadium baharu, Najib turut mengumumkan projek lain merangkumi pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu, masjid terbesar dan perumahan rakyat dengan peringkat permulaan melibatkan 3,000 unit.

Projek lain adalah mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu, pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara dan menyelesaikan masalah air.

''Saya hari ini begitu gembira," kata Nik Aziz dalam sidang akhbar selepas majlis pecah tanah tersebut.
Sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Angkatan Generasi Melayu Muda baru-baru ini menyifatkan projek stadium itu merupakan satu lagi sandiwara kerajaan Kelantan.

Presidennya, Mohamad Zaidan Abdul Rahim berkata, beberapa projek mega Pas Kelantan sebelum ini hanya menjadi kenangan untuk rakyat antaranya Jambatan Palekbang, Pelabuhan Darat Kuala Krai, Pelabuhan Pantai Sri Tujoh, Bandar Baru Pengkalan Kubor serta Koridor Depu.



ANWAR TERKEJUT BERUK SEMASA CERAMAH DI SUNGAI ISAP !!!

ANWAR Ibrahim ketika berucap pada program Jelajah Merdeka Rakyat di Sungai Isap, kawasan Parlimen Kuantan yang dihadiri kira-kira 500 penyokong tegar parti pembangkang di Kuantan, Pahang semalam



Program Jelajah Bas Merdeka Rakyat anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diadakan di Sungai Isap di sini semalam ternyata gagal mendapat sambutan apabila hanya dihadiri oleh kira-kira 500 penyokong tegar parti itu.
Walaupun dengan kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh namun ia tetap tidak berjaya menarik perhatian masyarakat di kawasan berkenaan untuk menghadiri ceramah jalanan tersebut.

Bagaimanapun, Anwar dalam ceramahnya itu mengumumkan bahawa Fuziah yang juga Naib Presiden PKR akan bertanding semula untuk mempertahankan kerusi Parlimen Kuantan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Untuk rekod, pada pilihan raya 2008, Fuziah menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Fu Ah Kiow dengan majoriti 1,826 undi. Fuziah memperoleh 18,398 undi manakala Ah Kiow mendapat 16,572 undi.




LETUPAN DI PULAU PINANG !!!


Perh...  Rugi betul la aku tak dpt dtg ke " JOM KARNIVAL BELIA 2013 " di pulau pinang ni, biasanya sahabat aku apple biru ni akan jemput aku ke sana, hehe...  aku tahu dia sibuk sangat skrg..  Takpe la... Teman pickup cite mike dari jauh je yer...  Nak cite byk pon aku bukannya nmpak sgt gambaran di sana. Cuma yg biasanya jika program melibatkan "KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN " ni biasanya memang BEST GILER... betul beb...  dalam satu karnival sahaja ada bermcm2 jenis sukan... So korang tengok la sekitar gambar2 perasmian majlis...



Meriah sungguh Jom Karnival Belia 2013 yang mula berlangsung hari ini. Program dimulakan dengan Senamrobik Perdana yang disertai lebih 1, 500 orang. Fuh! Memang ramai..

Ucapan En Zakaria bin Kasa, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tan Sri Nor Mohamed Yackop, Menteri di JPM. Berbagai-bagai acara akan terus berlangsung sehingga petang nanti.


(SUMBER)

TERKINI MALAM TADI... ANWAR KENA BOO DENGAN PENYOKONG SENDIRI !!!



KAH..KAH..KAH...  Apa dah jadi ni.. penyokong sendiri boo pada anwar...  nampak sangat penyokong sendiri dah makin muak dgn anwar. Suka2 hati je nk umum apa yg dia suka, ingat apa ? ni negara bapak hang punya ke anwar ? Seterusnya korang baca la kt bawah...


Pengumuman nama Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Datuk Fauzi Abdul Rahman sebagai calon parti itu bagi kerusi Parlimen Indera Mahkota pada Pilihan Raya Umum Ke-13 malam tadi, disambut dengan sorakan ejekan oleh segelintir penyokong pembangkang sendiri.

Tindakan 'boo' itu dilakukan sebaik Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan nama Fauzi sebagai calon menggantikan penyandang, Azan Ismail pada majlis ceramah Pas di Balok Makmur di sini malam tadi.







DATUK HARUN TAIB MALUKAN NURUL IZZAH DI DEPAN RAKYAT !!!




Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib menyerahkan kepada masyarakat umum untuk menilai kenyataan Nurul Izzah Anwar berhubung isu kebebasan memilih agama di kalangan orang Melayu dan juga sama ada naib presiden PKR itu perlu memohon maaf atas kenyataan tersebut.

“Kalau dia (Nurul Izzah) rasa bersalah, dia kena tarik balik kenyataannya itu. Tapi kalau dia rasa tak bersalah, itu hak dia kalau dia tak mahu tarik balik,” katanya seperti dipetik akhbar Utusan Malaysia.

“Saya percaya rakyat sudah tahu menilai,” kata Harun yang enggan mengulas panjang lebar kerana tidak mahu campur tangan dalam isu tersebut, menurut akhbar milik Umno itu lagi.

Turut mengulas perkara itu ialah ahli majlis syura PAS Datuk Dr Mahfodz Mohamed yang berkata kebebasan beragama tidak tertakluk ke atas orang Islam Melayu dan bukannya seperti yang didakwa dinyatakan Nurul Izzah.

Menurut akhbar New Straits Times, beliau berkata, ayat dalam al-Quran yang menyatakan “tiada paksaan dalam beragama” itu hanya terpakai ke atas orang bukan Islam.

Pandangannya itu selari dengan kenyataan bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa , bahawa kenyataan kontroversi MP Lembah Pantai tersebut bermaksud bagi “memberi kebebasan kepada orang Melayu memilih agama atas prinsip kebebasan manusia”.

Nurul Izzah pada 3 November lalu antara lainnya dilaporkan berkata, Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu.



MAT SABU RELA ANAK PEREMPUAN DI RATAH ANWAR !!!




Rakyat Persoalkan Mengapa PAS Membuang Dan Melenyapkan Artikel Ini Dari Portal Harakahdaily Yang Diterbitkan Pada 16 Mac 2013 ?
Rasanya baru pagi tadi rakan blogger RBF ONLINE melaporkan belum ada lagi mana-mana media pro pembangkang seperti Malaysiakini, Malaysia insider atau Free Malaysia Today yang menyiarkan berita berkenaan.
Hanya media rasmi PAS, HarakahDaily menjadi media pro pembangkang yang pertama menyiarkan berita berkenaan pagi ini.
Barangkali sudah mendapat panggilan telefon dari Anwar Ibrahim mahupun dari ibupejabat PKR, artikel “Gambar ‘anwar’ bercumbu dengan lelaki mula beredar” terus dipadamkan dari laman web tersebut.
Mungkin juga tahu artikel yang diterbitkan mampu MEMBUNUH nyawa politik Anwar Ibrahim, media utama milik PAS ini bingkas membuang dan melenyapkan artikel tersebut dari portal.
Rakyat sudah tentu tidak boleh melihat kembali artikel ini namun kesan fitnah jahat ini masih boleh dilihat melalui Google



NURUL IZZAH HISAP BAIK PUNYA ???





Memandangkan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution sudah pun membuka cerita dan menyalahkan UMNO dengan video yang kononnya bakal ditayangkan dengan UMNO dan Barisan Nasional menjadi dalangnya, semakin banyaklah yang sedang mencari-cari klip video tersebut dan sudah tidak sabar-sabar untuk menunggu dan menonton sendiri bagi membuat penilaian dan tidak bergantung kepada cerita para pemimpin PKR, khususnya Saifuddin Nasution yang kuat gelembong berbanding bercakap benar.

Sekarang, dua keping gambar yang dikatakan antara SCENE yang terdapat dalam klip video tersebut sudah mula tersebar di dalam media Internet.

Apakah benar gambar-gambar tersebut benar-benar gambar Nurul Izzah dan pensyarahnya?

Apakah benar gambar-gambar berkenaan benar-benar diambil daripada klip video yang diperkatakan oleh Saifuddin Nasution?

Sudah mula timbul tanda tanya, sebenarnya siapakah dalang video berkenaan memandangkan yang paling kuat memekak sekarang adalah pecacai Pakatan Rakyat, sehinggakan mereka sendiri yang membuat laporan polis sedangkan video berkenaan belum pun 'wujud' di persada untuk ditonton oleh ramai orang?

Untuk apa laporan polis dibuat bagi sesuatu yang belum lagi 'wujud' secara sah dan terang?

Apakah kerana terlalu terdesak sehinggakan perlu mengorbankan Nurul Izzah dan keluarganya?

Siapa sebenarnya yang terdesak untuk menang?

UMNO atau PKR yang semakin merudum sokongan di seluruh negara dan sepanjang kewujudan PKR, mereka terlalu bergantung kepada PAS untuk segala-galanya, kecuali kewangan?




LATHEEFA KOYA STIM TENGOK LELAKI NEGRO ??? Perh...




Ancaman pendatang asing di Malaysia semakin menjadi-jadi. Kebanyakan pendatang asing di Malaysia cukup besar kepala dan berasakan mereka adalah maharaja manakala rakyat tempatan pula perlu sentiasa tunduk dan akur kepada mereka.

Sikap bongkak dan besar diri imigran-imigran yang datang menumpang mencari rezeki di negara ini, dibela dan dibesar-besarkan serta diagung-agungkan pula oleh Pakatan Rakyat. Bahkan Ketua Umum PKR dan konco-konconya telah menjemput dan membayar upah imigran-imigran atau lebih tepat lagi, lanun-lanun Sulu di Sabah untuk mencetuskan peperangan dengan pasukan keselamatan Malaysia bagi membolehkan mereka menang pilihanraya umum yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Paling menarik ialah apabila Majlis Peguam Malaysia yang merupakan badan yang memayungi peguam-peguam di Malaysia, dengan senang hati ingin menghantar peguam-peguam terbaik mereka untuk membela lanun-lanun Sulu yang ditangkap hidup-hidup dan dibicarakan di mahkamah kerana memerangi negara ini.


Punyalah baik hati memandangkan Majlis Peguam Malaysia sangat cenderung kepada PKR dan DAP.

Semalam, 50 warga Nigeria merusuh di hadapan Balai Polis Jinjang dan menuntut agar polis bertanggungjawab terhadap kematian seorang rakan mereka yang bernama Solomon Okolo akibat dipukul oleh penduduk kampung.

Difahamkan, Solomon dan seorang rakannya yang memandu kereta Proton Satria telah melanggar seorang penunggang motosikal warga tempatan sampai mati di Kampung Batu Muda sebelum itu. Insiden tersebut telah dilihat oleh orang kampung. Berlaku pertengkaran dengan Solomon Okolo bersikap kurang ajar dan mencabar penduduk yang bersemuka dengannya mengakibatkan pergaduhan tercetus.

Solomon dan rakannya bagaimanapun, berjaya diselamatkan oleh anggota polis yang datang tidak lama kemudian. Ketika membuat laporan, Okolo terjatuh dan pemeriksaan mendapati, dia telah meninggal dunia.

Pastinya kes ini amat menarik untuk Latheefa Koya dan gerombolannya, terutama sekali N.Surendran dan Sivarasa Rasiah yang sentiasa mencari jalan menyalahkan pihak polis apabila berlaku kematian. Mungkinkah Latheefa Koya dan N.Surendran akan mengetuai perarakan warga Nigeria yang bersepah-sepah di negara ini dan merupakan pendatang yang paling banyak melakukan jenayah terutama sekali penipuan ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman selain menghantar memorandum kepada Kedutaan Nigeria agar memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia?

Atau adakah Irene Fernandez dan Ambiga Sreevanasan akan memujuk Majlis Peguam untuk menyaman Kerajaan Malaysia kerana kematian pendatang tersebut?

Atau Jabatan Imigresen akan membuat kenyataan terbaru yang menyatakan bahawa Solomon Okolo dan isterinya yang pengsan di hadapan balai polis Jinjang sebagai pendatang yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah? Atau pegawai dari Jabatan Imigresen akan menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai cukup kakitangan untuk menjalankan tugas penguatkuasaan selain menerangkan bahawa Malaysia mengamalkan dasar terbuka dan tidak akan menghalau pendatang-pendatang yang datang ke negara ini biarpun mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan, sepertimana yang kerap ditunjukkan selama ini?

Kalau ianya membabitkan pendatang tanpa izin di Malaysia, segala-galanya berkemungkinan....


Saturday, 30 March 2013

PERKHIDMATAN DI KELANTAN 1 JAM HANYA BERHARGA RM1 !!! Perhhh....




Kerajaan Pas Kelantan mengakui kadar bayaran letak kereta RM1 sejam yang dikenakan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) adalah yang termahal di negara ini termasuk melebihi kadar di kawasan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan bagaimanapun berkata, penduduk Kota Bharu lebih beruntung daripada warga Petaling Jaya kerana mereka tidak perlu membayar tol untuk ke bandar.

“Betullah Petaling Jaya hanya kenakan bayaran pakir 80 sen sejam tapi orang di sana kena bayar tol sampai RM3. Lepas itu, nak makan mee sup semangkuk RM3.50.

“Tapi kita di Kota Bharu, boleh lagi makan nasi sup RM2 saja. Kita bayar letak kereta RM1 sejam, naik atas pasar nak beli apa masih murah, sayur kangkung seikat 50 sen saja, negeri lain sudah RM2,” katanya.

Sumber : Utusan Malaysia



PAS lantang menyebut negara berkebajikan, tapi tak habis-habis kutip duit rakyat. Tak cukup dengan duit-duit derma yang diisi dalam tin milo di setiap ceramah PAS, nak pula dikutip duit rakyat yang keluar ke bandar untuk urusan harian.

Bukan sahaja kadar parkir yang dikenakan mahal, malah ada kawasan yang tidak sepatutnya dikenakan bayaran parkir turut dikenakan bayaran!

Logikkah kawasan hospital pun dikenakan bayaran parkir? Rakyat tidak mengira susah atau senang ke hospital untuk mendapatkan rawatan. 

Kerajaan BN sudah melakukan apa yang terdaya untuk meminimakan kos rawatan untuk rakyat, PAS pula ambil kesempatan ke atas rakyat yang mahu dapatkan khidmat perubatan.

Mungkin kadar bayaran RM1 sejam tidak dianggap mahal bagi kawasan-kawasan bandar di mana rakyat cuma berhenti selama sejam atau dua jam, tetapi bagaimana pula di hospital? Berapa yang perlu dibayar oleh pesakit atau penjaga pesakit yang terpaksa meletakkan kenderaan mereka selama berhari-hari?

Mengapa nak dibandingkan Kota Bharu dan Petaling Jaya? Kadar pendapatan dan sara hidup sudah pastinya berbeza. Lihat sahaja pembangunan di Petaling Jaya yang jauh meninggalkan bandar Kota Bharu.

Mengapa nak dibandingkan jalanraya di Kota Bharu dan Petaling Jaya? Sudah tentulah lebuhraya dikenakan tol. Hasil kutipan tol itulah yang digunakan oleh syarikat konsesi untuk menyelenggara lebuhraya. 

Layakkah PAS digelar kerajaan berkebajikan?


ADA YANG KATA PAS NI BANGANG NAK MAMPOSSS.... !!!!




Sekadar mengambil petikan kata-kata Presiden ABIM ketiga, Datuk Dr. Siddiq Fadzil yang menyatakan ulama perlu berani menegakkan kebenaran dalam apa jua keadaan tanpa mengira tempat dan masa. Malah menurut rakan baik Anwar Ibrahim itu, ulama bertanggungjawab menegakkan kebenaran dan keadilan dan tidak boleh berkompromi atau bersekongkol.
“Ulama harus berani dan bebaskan diri mereka untuk memberikan pendapat demi kebaikan semua,” kata beliau di dalam satu program wacana yang bertajuk “Peranan Ulama, Menasihati Pemimpin” tidak lama dahulu.
Namun baru-baru ini, Pas dikecam hebat oleh beberapa orang ulama di Kelantan yang mengatakan bahawa mengundi Pas dalam pilihan raya akan datang adalah haram kerana telah lari dari perjuangan asal sehingga sanggup bekerjasama dengan DAP. Ini kerana umum mengetahui DAP sebagai sebuah parti ‘ultra kiasu’, mengunapakai pendekatan sekular sebagai teras perjuangan mereka yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam.
Malah Karpal Singh sendiri suatu ketika dahulu pernah mengeluarkan kenyataan ‘langkah mayatnya sekiranya Pas ingin menjalankan menubuhkan negara Islam di Malaysia”. Lebih malang lagi, ‘baiah’ Karpal itu masih dipegang olehnya sampai kini sehingga menimbulkan keraguan di kalangan pengikut Pas berhubung kerjasama yang terjalin itu.
Terbaru kegagalan Pas untuk mempertahankan Islam terutamanya dalam isu berhubung penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam kerana terlalu tunduk dengan desakan DAP juga sukar untuk dimengertikan. Malah bukan itu sahaja, PAS sekarang ini, sudah sampai ke tahap sanggup berbohong demi meneruskan survival politik mereka.
PAS juga begitu bangga menyatakan, kononnya kerajaan negeri Kedah telah membina sebanyak 12 buah masjid sepanjang hampir lima tahun pemerintahan mereka seperti yang terkandung di dalam buku ‘Sayangi Kedah Sejahtera’.
Yang mana ia jelas merupakan satu penipuan yang maha besar di Kedah kerana pembinaan masjid itu telah nitanggung sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri berjumlah RM24 juta.
Bahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebenarnya yang bertanggungjawab membina 22 masjid baru itu sejak 2008 dengan peruntukan keseluruhan hampir RM40 juta.
Oleh yang demikian tindakan pemimpin PAS ini boleh diklasifikasikan sebagai munafik.
Kerajaan Kedah yang diterajui oleh pimpinan parti yang kononnya berasaskan Islam seharusnya berasa malu kerana gagal melaksanakan amanah yang telah diberikan oleh rakyat itu.
Sebaliknya, BN yang sebelum ini tewas, terus dilihat tetap melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat Kedah dengan penuh ikhlas dan tanpa rasa kecil hati walaupun kalah dalam pilihanraya yang lalu.
Apapun, rakyat Kedah kini sudah semakin sedar akan kesilapan yang telah mereka lakukan dan pasti akan bangkit dalam pilihan raya akan datang untuk menebus kembali kesilapan mereka.




PANAS... NGEH KOO HAM HINA MASYARAKAT INDIA !!!

RICHARD Francis (tengah) bersama S. Karthiyaini serta David Dass Aseerpatham (kiri) menunjukkan surat akuan keahlian DAP ketika mengadakan sidang media di Seremban hari ini.



Perbuatan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang menggambarkan undi masyarakat India mampu dibeli dengan hanya sogokan wang serta arak terus mendapat kecaman daripada ahli parti itu sendiri.

Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, Negeri Sembilan, David Dass Aseerpatham berkata, masyarakat India terutama ahli DAP menganggap kata-kata Koo Ham itu satu penghinaan yang besar terhadap mereka.

Menurut David Dass, sikap berdiam diri Koo Ham berhubung kenyataan penghinaan itu boleh dianggap sebagai pengakuan beliau memandang rendah kaum India.

“Kami tidak boleh lupa kata-kata Ngeh Koo Ham itu dan kaum India termasuk ahli-ahli DAP sendiri menganggap ia sebagai satu penghinaan yang besar terhadap kami," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi DAP Cawangan Taman Desa Dahlia, Richard Francis dan Setiausaha cawangan berkenaan, S. Karthiyaini.

Koo Ham melalui laman Twitternya baru-baru ini mengeluarkan kenyataan berbunyi: For too long Beruas Indians hv been cheated for their votes by BN's sarees, Milo, mutton curry & beers (Sejak sekian lama, undi masyarakat India di Beruas telah ditipu dengan pakaian sari BN, Milo, kari kambing dan bir).

David Dass turut membidas pemimpin tertinggi DAP terutama daripada kaum India yang mengambil sikap berdiam diri terhadap kelakuan Koo Ham itu.

“Dahulu mereka begitu lantang dalam isu novel Interlok sehingga membawa isu itu ke persidangan Parlimen sedangkan hanya ada satu perkataan dalam novel itu yang dianggap menghina kaum India.

“Sebaliknya, dalam isu Koo Ham ini, ia jauh lebih menghina kaum India tetapi pemimpin DAP diam membisu seribu bahasa," jelas beliau.

Sehubungan itu, David Dass mendesak Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan bapanya, Lim Kit Siang supaya jangan bersikap memilih bulu dengan bertindak terhadap Koo Ham.

Beliau juga menyeru rakyat supaya bangkit dan sedar mengenai kelakuan orang yang dianggap sebagai pemimpin mereka.
‘Tanya pada diri sendiri, adakah calon seperti ini yang hendak kita pilih untuk mewakili kita?" soalnya.


SEMBAH GAMBAR NIK AZIZ BOLEH MASUK SYURGA ???




Calon PAS tidak risau akan kedatangan PRU13 ini kerana mereka sedar bahawa pengikut PAS terlalu bodoh. Memang terlalu mudah bagi mereka menipu penyokong PAS yang tegar. Strategi calon PAS yang selama ini dianggap 'menjadi'adalah strategi guna gambar Mursyidul Am PAS kerana tokoh ini yang kononnya dianggap wali ini mampu menarik pengundi.
Dahulu Nik Aziz pernah berkata " Saya takkan masuk ke dalam rumah yang mana ada gambar pemimpin atau manusia digantung dalam rumah tersebut" tetapi sekarang ini sang Munafik Nik Aziz ini terpaksa menjilat ludahnya semula.
Perangai Nik Aziz yang boleh ubah kenyataan bila-bila masa ini telah difahami oleh rakyat Malaysia. Bukan sekali dua Nik Aziz keluarkan 'fatwa' sesat dalam menjuarai sesuatu isu malah Nik Aziz dilihat konsisten memutarbelit sesuatu fatwa karut yang beliau sendiri reka.
Malahan dalam isu umur sebagai pemimpin, Nik Aziz pernah dengan lantang mengecam Tun Mahathir agar berundur dari jawatan Perdana Menteri setelah beliau dan parti pembangkang hilang akal untuk mengalahkan UMNO dan BN. Bukan sekadar cabaran biasa malah Nik Aziz mempertaruhkan jawatan Menteri Besar yang disandang beliau.
'Saya sanggup lepaskan jawatan Menteri Besar Kelantan kiranya Mahathir berundur sebagai Perdana Menteri Malaysia' – inilah ayat yang lebih kurang keluar dari mulut seorang manusia yang disanjung tinggi oleh seluruh penyokong totok Pas.
Ternyata kata-kata Nik Aziz satu sen pun tak bukan saja jawatan Menteri Besar boleh pakai, malah jawatan Mursidul Amnya pun takkan beliau lepaskan selagi hayat dikandung badan. Para penasihat dan kroninya akan hancur dan hilang mata pencarian kiranya Nik Aziz bukan lagi Menteri Besar.

Disamping itu mari kita lihat Dosa-dosa Besar Nik Aziz

1.     Skandal Kohilal…




Akibat lemah pengurusan, kurang pengetahuan dalam perniagaan yang akhirnya silap membuat pelaburan, kira-kira 20,000 ahli Koperasi Al Hilal Berhad (KOHILAL) terpaksa redho dengan leburnya RM45 juta wang yang mereka laburkan semenjak tahun 1986 hingga 2010.  Sehingga kini KOHILAL masih belum dapat membayar dividen yang tinggi kerana berterusan menanggung kerugian. Redho jer la ye… 

  



2.     Skandal Kelantan Gold Trade (KGT)…
Wang pelabur Jepun, Takao Kono sebanyak US$1 juta (RM3.19 juta) dilesapkan melalui penipuan terancang. Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Sekuriti (SS) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan melakukan siasatan dan pendakwaan terhadap penyelewengan tersebut. Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang bertanggungjawab ke atas KGT diam seribu bahasa. Lobai bersorban menyonglap lagi…redho jer la weh.


 
3.     Hutan diragut, balak dikaut, rasuah dipungut oleh lebai-lebai berjanggut…

Rezab hutan di Kedah dan Kelantan ditebang demi duit balak, tanah pula digadai kepada pelabur asing kononnya untuk buat ladang rakyat…tetapi akhirnya terbengkalai. Khazanah alam, kawasan rekreasi dan sungai musnah. Rakyat terpaksa guna air kotor bagi kegunaan harian seperti mandi, minum dan membasuh. Pemimpin Negeri tak nak bertanggungjawab, salahkan orang lain pulak. Tak pe kita mesti redho walaupun ditipu lebai kepiah putih, demi masuk surga terpilih.






4.     Tabung Memali…kutip beribu-ribu  

Kutipan derma karung beribu-ribu ringgit tak sampai ke tangan balu, waris dan anak-anak mangsa tragedi Memali 1985. Para waris hanya dijanjikan keredhoaan illahi dan surga yang sedang menanti…walhal wang kutipan dijoli untuk kepentingan peribadi pemimpin atasan parti. Kena tipu musti redho, baru dapat surgo.


                                   

5.     Tanah Rezab Melayu dijadikan jirat Cina…
Penduduk Sg Kob, Karangan Kulim memprotes tindakan kerajaan PAS Kedah membenarkan pembinaan jirat Cina mega di tanah rezab Melayu yang dikelilingi majoriti kampung Melayu. Urusan tanah terletak di bawah Kerajaan Negeri, namun Kerajaan Pusat juga dipersalahkan kononnya memberikan kelulusan tapak tersebut sebelum tahun 2004. Walhal kelulusan pembinaan dibuat pada Mei 2008 sebaik saja Pakatan Rakyat menguasai Kedah. Nak redho lagi ker !


Member BSK