Jumlah Pengunjung
Monday, 31 December 2012
NORMAN HAKIM TUNJUK GAMBAR RAHSIA ABBY ABADI !!!
Pening kepala dengan ustazah magie ni, macam macam dia buat semata mata untuk menonjolkan apa yang tertonjol dalam diri beliau.
Ni dia nak telanjangkan pasal tanah felda pulak kononnya, dia ni anak felda ke? Atau saja nak jadi tukang karut penyedap telinga dan mata kepada al-ustat PAS yang terliur melihat gerak tubuh beliau di khalayak ramai, tambahan pula kalau al-ustat ni duduk belakang semasa Abby becakap, puas mata memandang bro.
Kalau nak jadi ustat-zah pun Abby, kena tau landas landas dan tatacara sebagai seorang muslim, bukan melalak macam 'anak helang tergantung' di khalayak ramai.
Gua ada terbaca dalam blog rakan blogger gua, gelak juga kalau nak difikirkan, tapi memang ada kebenaran juga dengan apa yang ditulis dalam artikel beliau, klik link dibawah untuk bacaan lanjut apa yang gua katakan tadi.
MOGOK LAPAR LYNAS KE MOGOK CURI LAPAR !!!
Sekumpulan peserta yang menyertai 'Mogok Lapar 100 Jam Anti LYNAS' dikenalpasti telah menjamu selera di sebuah hotel berdekatan lokasi protes di Dataran Merdeka di sini hari ini.
Menurut laporan MyNewsHub, beberapa peserta yang lain turut didakwa telah bertindak menjamu selera makanan di beberapa buah restoran berhampiran kurang dari 100 jam seperti yang ditetapkan.
Tinjauan turut mendapati, jumlah para peserta yang berkumpul di Dataran Merdeka bukan sahaja semakin berkurangan, malah pihak penganjur dikatakan telah memberi bungkusan makanan kepada kesemua individu terlibat pada tempoh kurang dari 63 jam.
KETAGIH SEKS BERSAMA ADIK IPAR !!!
Adik Ipar Sangap Seks
Masalah bermula sebaik saya gagal mengawal nafsu melihat adik ipar yang jelita dan bertubuh seksi serta berbaju tidur nipis masuk ke bilik saya.
Buat pengetahuan, sememangnya rutin setiap pagi adik ipar masuk ke bilik untuk mengambil anak selepas isteri saya yang bertugas sebagai guru pergi ke tempat kerja.
Saya yang bekerja sendiri, akan ke tempat kerja jam 10 pagi. Jadi, saya tinggal bersama anak dan adik ipar pada setiap hari. Biasanya adik ipar berbaju biasa bila masuk ke bilik saya.
Bagaimanapun, pada hari itu adik ipar berani masuk ke bilik saya dengan berbaju tidur nipis yang pendek dan seksi, membuatkan saya gagal mengawal nafsu. Pada mulanya saya bergurau dengan mengajak adik ipar berbaring di sebelah.
Reaksinya sungguh memeranjatkan apabila akur tanpa banyak bicara. Kami melakukan seks oral dan sejak kejadian itu, kami sering melakukan perkara terkutuk itu ketika isteri tiada.
Kini saya bimbang perlakuan kami diketahui isteri kerana adik ipar seakan-akan mula ketagih seks. Malah, dia mengajak saya melakukan seks oral walau isteri ada di rumah.
Adik ipar menghantar SMS untuk menggoda saya bila isteri mandi. Jika saya tidak melayan, dia menghantar MMS bogel dan ini membuatkan saya tewas.
Saya tidur lewat dengan alasan ingin menonton bola untuk memuaskan nafsu adik ipar. Namun, saya menyesal dan bersalah terhadap isteri yang menyayangi saya sepenuh jiwa.
Bantulah saya untuk menyelesaikan masalah ini kerana pelbagai cara saya lakukan untuk hentikan semua ini daripada berlarutan, termasuk cuba menghantar adik ipar ke kampung.
Namun, isteri sentiasa membangkang dengan alasan lebih selamat jika anak kami dijaga adik ipar. Saya buntu dan tertekan selagi tidak dapat mengatasi masalah ini.
SUAMI TERTEKAN
Johor Bahru
Memang tidak dapat dinafikan saudara bukan Nabi Yusuf a.s yang mampu menepis godaan nafsu wanita secantik Zulaikha tetapi tidak pula bermaksud saudara perlu hanyut dan tenggelam dalam arus nafsu.
Malah, terang dan jelas Allah SWT berfirman dalam al-Quran betapa padah jika terlalu akur mengikut kemahuan bernafsu yang berbunyi: “Sesungguhnya nafsu itu selalu mengajak manusia pada kejahatan.” [Yusuf: 53]
Tambahan pula tindakan mengajak adik ipar seolah-olah menyalakan sumbu api bakal membakar saudara perlahan-lahan dalam bara nafsu.
Lebih mengecewakan, Dang Setia tidak sangka saudara berani memilih teman berasmara daripada kalangan darah daging isteri saudara. Tidak tergambar betapa hancurnya hati isteri seandainya dia mengetahui hal sebenar.
Cuba bayangkan saudara di tempat isteri, mampukah saudara memaafkan tindakan curang seperti saudara lakukan apabila si pelakunya ialah isteri dan saudara lelaki.
Segeralah bertaubat dengan memohon keampunan kepada Allah. Diharap saudara masih ada kesempatan memelihara rumah tangga.
Saudara sendiri mengakui isteri sangat menyayangi saudara. Hargailah isteri dan cukuplah setakat ini saudara berkelakuan curang.
Ambil tindakan segera dengan mengabaikan segala panggilan dan SMS daripada adik ipar. Jangan tempatkan diri dalam situasi berdua-duaan dengan adik ipar.
Jika usaha mengelak tidak difahami adik ipar, saudara perlu bertanggungjawab dengan memperbetulkan kembali kesalahan. Saudara perlu berterus terang dengan adik ipar bahawa saudara tidak mahu lagi menjalin hubungan sulit kerana rasa bersalah.
Malah, jika masih bimbang dengan gangguan adik ipar, saudara perlu berbincang dengan isteri kemungkinan berlaku perkara tidak baik jika terus membiarkan adik ipar kekal tinggal di rumah saudara. Insya-Allah, saudara mampu tangani masalah ini sebelum terlewat.
- Dang Setia (Metro)
Credit to KL Post
GAMBAR ANGGOTA KUMPULAN RUFFEDGE ROGOL ANAK ADA DISINI !!!
Ketika ditanya sama ada dia percaya tuduhan terhadap suaminya oleh polis, dia dipetik sebagai berkata:
“Ketika ditanya oleh polis, saya tidak percaya, kerana suami saya nampak sangat alim. Sehingga empat doktor memeriksa anak saya dan memberikan kaunseling, dan terdapat bukti, barulah saya percaya yang suami saya telah merogol anak saya,”.
Dia turut memberitahu yang anaknya telah menulis deskripsi bagaimana dia dirogol dengan kasar, dan apa yang menyedihkan ialah ibu mangsa berkata dia berasa kasihan pada anaknya kerana boleh membayangkan perlakuan tersebut—dia juga diperlakukan sama oleh suaminya.
Turut menambah, kesan terhadap pendedahan tersebut, dia merasa malu ke mana pun dia pergi. Dia menceritakan telah pergi ke sekolah untuk memohon cuti buat anaknya, tetapi semua orang tahu tentang kes tersebut.
“Tuhan saja yang tahu, hancur hati seorang ibu. Tak tahu hendak cakap bagaimana,” katanya lagi.
Tidak cukup dengan itu, ketika dia pulang dari balai polis untuk membantu kes anaknya, barang-barang milik dia dan anak-anak telah dibalut dalam plastik sampah dan diletakkan dalam beg pakaian, sebelum dicampakkan di luar rumah oleh individu-individu yang tidak dinamakan, yang tidak mempercayai anak itu dirogol.
Seterusnya di DISINI..
VIDEO PENDEDAHAN PENYELEWENGAN NIK AZIZ !!!
Lihatlah video di atas, bagaimana rakusnya kerajaan PAS Kelantan gadaikan tanah dan balak demi nafsu serakah apabila berkuasa!!!
ULAMA BONGKAK KEPADA ALLAH !!!
Apakah seorang pemimpin yang digelar ulama boleh bersikap BONGKAK dengan langsung menafikan hak dan suara orang lain ? MMI bukanlah hebat sangat dalam ilmu agama ni namun dari apa yang diajar sejak dari kecil sikap bongkak adalah satu daripada sikap yang paling di benci oleh Allah SWT.
Melihat kepada kenyataan daripada Haji Hadi setelah beberapa lama bertapa daripada amanatnya sendiri jelas membuktikan beliau sebenarnya bongkak dengan taraf yang dimilikinya.
Baru-baru ini ketika ditanya pandangannya mengenai Cikgu Non @ C N Al-Afghani penulis buku Kafirkah Aku yang menghangatkan semula isu Amanat Hadi, Presiden Pas itu menjawab -
Dia tu cikgu sekolah jer ...cikgu sekolah Melayu jer ... sekolah rendah. Ajar ABC jer.
Sememangnya banyak pihak yang terkejut dengan cara seorang yang diangkat oleh pengikut Pas sebagai ulama, menjawab .... Bunyinya jelas memperlekehkan / memperkecilkan / MENGHINA cikgu Non yang baginya amat rendah tahap inteleknya, sebagai seorang CIKGU SEKOLAH RENDAH MELAYU !
Apakah bagi Hadi, seorang CIKGU SEKOLAH RENDAH MELAYU tidak layak bercakap soal agama ?
HADI AWANG DAH MULA CAKAP PUTAR ALAM !!!
Hari ini heboh di alam maya cai cai pro PAS minta supaya Hadi Awang diberi kebenaran untuk menerangkan isu amanat Haji Hadi yang dibuat 31 tahun yang lalu.
Petang tadi dengan pantas Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim memberi penjelasan bahawa pihak kerajaan tidak ada halangan malah memberikan kebenaran kepada Presiden PAS tersebut untuk memberi penjelasan didalam media elektronik milik kerajaan atau swasta.
Nah apa lagi Datuk Seri Hadi? Dah dapat kebenaran bukan? Bila agaknya nak bagi penjelasan tersebut? Jangan nanti haji Hadi pusing pusing cerita pula dalam tv tu.
Ceritanya senang, haji Hadi perlu jelaskan tentang amanat beliau sehingga membuatkan orang ramai khususnya pengikut PAS yang taksub dengan amanat tersebut melakukan perkara perkara diluar norma norma sebagai manusia dan penganut agama islam sebenar.
Sampai ada yang sanggup bercerai berai, ada yang sanggup memutuskan saudara, tidak memakan sembelihan, sanggup akad nikah 2 kali, sanggup tidak mahu menyembahyangkan jenazah, sanggup sembahyang berasingan dan pelbagai lagi.
Ini semua perlu dijelaskan sepenuhnya, jangan nanti ada lagi kekeliruan dikalangan rakyat Malaysia khusunya yang beragama Islam.
BOGEL JE TERUS LAGI BAGUS !!!
Aisey tak malu ke budak pompuan ni pakai macam ni ? MMI bukanlah anti
sosial tapi sebagai orang Islam takkanlah sampai tak boleh nak beza ye
tak ? Kot ya pun nak tarik perhatian umum atau nakkan kepuasan diri
janganlah sampai dedah macam ni sebab yang kat atas tu dah bertutup elok
dah !
Ish ish anak sapa lah ni ?? Tapi bebudak zaman sekarang ni dah lain
macam sangat , kalau bab berpakaian ni mesti nak kena dedah-dedah sikit
tu yang sampai tahap pakai seluar mesti nak kena tunjuk lurah punggung
dekat orang.
Macam-macam hal , semalam masa tengah borak dengan kawan terkeluar jugalah isu ni.Tau ka kawan MMI kata apa ?
Bang Non rilek jaaa..............................
v
v
v
v
v
v
v
Emm macam mana aa ??
PEMIMPIN PKR KOTA RAJA KANTOI RAKAM AKSI SEKS DENGAN GRO INDON !!!
PERGGHH...! AMK PKR Kota Raja Kantoi Rakam Aksi Seks Bersama GRO Indon
Masyarakat Melayu hari
ini dilihat memang banyak berubahnya berbanding zaman tradisi dan
sebelum merdeka. Apatah lagi dengan facebook, twitter, whatsApp...dan
macam-macam lagi sehinggakan penulis yang menganjak ke pertengahan 40-an
ini pun agak 'kebingungan'.
Itulah, kadang-kala kita
rakyat Malaysia 'kebingungan' juga dengan gelagat segelintir pemimpin
parti politik yang asal ado, 'belasah aje' ikut suka mereka sahaja.
Lebih dahsyat lagi,
mereka sama ada lupa (ini pasti tidak boleh diterima dek akal) atau
sengaja enggan mengaku yang kesejahteraan, keamanan malah kemajuan
negara yang turut sama dinikmati oleh mereka adalah hasil kepimpinan
dari bangsa Melayu sendiri....
Kalau bangsa Melayu tidak
boleh dibanggakan, manakan mungkin negara kita mampu mencapai
kecemerlangan hinggakan menjadi antara negara contoh di dunia.
Kalau kita berkahwin pada
1990 dan dikurniakan rezeki 'bunting pelamin', anak kita sudah besar
panjang dah. Kalau seorang individu menguasai sebuah pemerintahan
kerajaan negeri pada tahun sama, sudah 22 tahun lah dia berada di
pejabatnya. Itu sudah tempoh yang cukup lama itu untuk membawa perubahan
kepada sebuah negeri.
Tetapi ternyata si polan ini gagal....!!
Kalau 22 tahun dulu air
paipnya keruh, sekarang air paipnya tetap keruh. Kalau 22 tahun dulu
kadar pengangguran tinggi, sekarang pun kadar penganggurannya tetap
tinggi. Kalau 22 tahun dulu negeri itu mundur, sekarang ternyata ia
tetap mundur....
Malah semakin jauh
ditinggalkan ke belakang. Itulah kalau masih ada persepsi tidak mahu
mengaku kelemahan diri atas alasan 'kami kaya dengan tanah...anda di
negeri lain...ado.'
Ramai menganggap si polan
ini hanyalah jaguh mengumpul khalayak. Tetapi bukan dalam memajukan
taraf hidup mereka. Namun, ramai juga enggan memperakukan suara hati
diri sendiri, dek 'takut' tidak ke 'syurga' olahan parti berkenaan.
Senjata si polan ini cuma ketaksuban sesetengah pengikutnya yang
membabi-buta.
Di kala Petunjuk Prestasi
Utama (KPI) menjadi teras kepimpinan era sekarang - khususnya empat
tahun kebelakangan ini - indeks prestasi si polan tadi tidaklah
terkandung sebarang angka mengagumkan.
Menggunakan semaksimumnya
agama demi untuk survival politik merupakan perkara yang cukup
menjengkelkan!. Tetapi inilah agaknya yang dibanggakan oleh 'si polan'.
Sepatutnya agama dijadikan panduan kehidupan, bukan aset untuk mengumpul
pengikut dan pengaruh.
Dan suatu ketika kerana
sudah lebih 20 tahun memerintah tak berbuat apa pun, 'alih- alih' dek
demam pilihan raya umum yang kian hampir, sudah menggelabah tak
bertempat. Lantas bergendanglah dia ke merata negeri.
Mencanang mahu dibina
satu lebuh raya yang di'promosikan' sebagai 'lebuh raya rakyat'. Kosnya
bukan sedikit, RM1.8 bilion menghubungkan Lebuh Raya Kuala Krai- Kota
Bharu (anggaran kos ketika ini). Dinamakan "lebuh raya rakyat" dengan
harapan rancangan itu "dekat dengan jiwa" rakyat, maka lantas ditadahkan
tangan meminta sumbangan rakyat.
Wah! memang hebat
rancangan bina lebuh raya itu. Ada laluan untuk binatang buas lagi.
Tetapi apa sudah jadi dengan sebuah jambatan yang penulis fahamkan
dikenali jambatan Palekbang-Kampung Cina yang dijanjikan pada 1996. Ia
tak terusik lagi. Kalau tak percaya, pergilah kita tinjau batu asas
untuk membina jambatan Palekbang- Kampung Cina. Batu asasnya masih ada
di situ. Tapi tulisannya yang tertera nama projek, sudah tak ada lagi.
Diam tak diam, bukan
parti itu bina jambatan sebaliknya parti saingannya pula yang membina
jambatan di sebuah kampung (kalau tak silap penulis bernama Kampung
Sireh) untuk mengurangkan kesesakan bandar Kota Baru.Itu baru soal
pembangunan untuk diperleceh parti berkenaan.
Bab agama lagi
dahsyat..... Tak ada langsung rasa simpati dengan keluarga yang
berpecah- belah hanya kerana hasutan politik dan sebuah 'amanat'.
Tidakkah si polan tadi
berasa berdosa kerana sanggup bersama mereka yang memusuhi Islam. Dan
hanya kerana dendam kesumat menafikan sungguh-sungguh parti pesaing yang
terbukti berjaya memajukan bukan sahaja umatnya tetapi kaum-kaum lain.
Setelah ini semua
menyebabkan orang Melayu terluka dan tersiat hati mereka apabila sanggup
pula melakukan penghinaan terhadap bangsanya sendiri. Dan tidak
berbangga dengan Melayu. Apabila 'disentap' parti sekutu', semua maklum
dan rasanya hampir semua orang tahu apa jawapannya setiap kali 'dipukul'
oleh 'penyerangnya' soal hudud yang hendak sangat dipraktiskan.
Kita tidak tahu sampai bila titik noktahnya si polan ini mahu membohongi diri sendiri, umat Melayu dan kaum-kaum lain.
Berterus-teranglah.Kepada
pengikut sendiri. Beritahulah kebenaran '... ini adalah modal untuk
parti dapat undi, bukan kami betul-betul nak laksanakan pun".
Kalau penyokong parti
pesaing tanya, ini alasan dia - perlembagaan tak benarkan, kalau parti
sekutu tanya ini alasan dia - 'si dia' tak faham...
Kalau orang parti sekutu yang satu lagi tanya, ini jawapannya - 'tak nak pemimpin dia pun kena'.
Kalau tidak mahu tarik 'amanat' yang memusnahkan persaudaraan sesama Islam itu, tak mengapalah.
Tapi...tapi....tapi tak perlulah beri bermacam alasan. Cukup-cukuplah Nik Aziz. Cukup-cukuplah Hadi...!
ISTERI KETUA CAWANGAN PAS DITANGKAP KHALWAT !!!
Gambar Sekadar Hiasan |
Hudud Hudud Hudud , Negara Islam Negara Islam Negara Islam dan akhirnya
tersungkur dengan slogan yang terbaru Negara Berkebajikan. Semuanya ini
kerana UNDI, semuanya kerana laporan terkini yang mereka sendiri
perolehi bahawa Pas bakal kalah teruk di semua negeri dan berkemungkinan
besar bakal terlepas Kelantan.
Cerita di atas sahaja menyebabkan lebih dari 3000 ahli Pas Pasir Puteh beralih arah, keluar parti beramai-ramai.
Kisah isteri pemimpin cawangan pas bukan kisah baru, inya kisah lama
yang masih belum padam baranya, belum hilang dari ingatan penduduk
Selising, Pasir Putih Kelantan. Cerita tangkapan ini bukan rekaan UMNO
dan jauh sekali sekadar cerita kedai kopi.
Semua orang tahu siapa lelaki yang berstatus suami orang itu, semua
orang juga tahu siapa suami kepada jalang yang laparkan seks demi projek
PBT Daerah Pasir Puteh. Malah saksi yang menangkap sendiri pasangan
berahi ini juga dengan berani muncul di Youtube dan beraksi dengan
ceramah terbuka, menceritakan bahawa beliau sendiri bersama suami kepada
wanita tersebut menangkap pasangan berahi dalam sebuah bilik gerabak
KTM, siap beri No Bilik, VIP 1.
Saksi juga dengan berani tampil menegaskan bahawa Nik Aziz panik ketika
mereka mengheret kedua pasangan berahi ini untuk d bicarakan depan Nik
Aziz.
Apakah semua cerita ini bohong ?
Saksi ceritakan dengan jelas bagaimana mereka pecah masuk bilik VIP No 1
gerabak KTM itu, bagaimana keadaan pasangan ketika itu, isteri ketua
cawangan Pas berada di atas badan suami orang, bagaimana cepat-cepat
isteri ketua cawangan Pas itu tutup tubuhnya dengan tuala merah dan
bagaimana suami orang itu panik dan tak sempat tutup kemaluannya yang
masih basah terpacak. Apakah ini juga bohong?
Saat Nik Aziz nak 'jatuhkan' hukuman juga saksi ceritakan bagaimana Nik
Aziz pucat lesi, menggeleng kepala dan meraut muka seolah-olah beliau
sedang berperang antara hak dan Bathil, antara kehilangan kerusi DUN
Selising atau gunakan "Tok Guru" sebagai penyelamat keadaan. Akhirnya
IBLIS menang, Nik Aziz menipu, mohon supaya cerita ini dikatakan dusta
semata-mata.
Saksi berceramah keliling kampung, sanggup bersumpah dan pernah
bersumpah menjunjung Quran bahawa ceritanya benar dan sanggup berhadapan
dengan saman kiranya ianya fitnah.
Saksi amat kecewa kerana Nik Aziz kekalkan suami orang itu yang
kebetulannya adalah Adun Selising, kekalkan beliau untuk sepenggal lagi
menjadi wakil rakyat Pas.
Kini angin bertiup kencang, PRU13 nanti, Nik Aziz bakal kekalkan beliau
lagi sekali demi tiada tokoh lain yang layak berdasarkan label "Dr" yang
dibawa oleh wakil rakyat tersebut. Kononnya calon lain tidak setinggi
mana kelayakan pengajian untuk ganti tempat beliau.
TERKINI... PEMIMPIN DAP SAMAKAN AL-QURAN DENGAN BIBLE !!!
Pelbagai pihak hari ini mengecam Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan dalam laman sosial Twitternya termasuk menyamakan kitab al-Quran dengan Bible berhubung isu penggunaan kalimah Allah.
Dalam nada sama, mereka yang terdiri daripada pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik mengingatkan pemimpin DAP itu berpada-pada dalam berpolitik supaya tidak menggugat keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini.
"Bagi saya, cara berpolitik pemimpin ini (Koo Ham) sudah keterlaluan. Sedarkah beliau kesan yang boleh berlaku akibat daripada kenyataan seumpama itu?," kata Pengerusi Barisan NGO Perak, Muhammad Salleh Khan Muhammad Jaafar kepada Utusan Malaysia.
Dalam laman sosial Twitter hari ini, Koo Ham yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sitiawan mengeluarkan kenyataan berbunyi:
"Just like the Quran, the Bible also use many names to describe God in different circumstances to describe the attributes of God (Sama seperti al-Quran, Bible juga menggunakan banyak nama untuk menjelaskan tuhan dalam keadaan yang berbeza untuk menggambarkan sifat-sifat tuhan)."
Koo Ham dalam laman itu turut dipetik sebagai berkata: "If we can accept different religions teaching different teachings why can't we accept that other people are also using the word Allah to refer to God? (Jika kita boleh menerima perbezaan dan ajaran agama kenapa kita tidak boleh menerima bahawa orang lain juga menggunakan perkataan Allah untuk merujuk kepada tuhan?)."
Koo Ham dalam Tweetnya juga meminta pakatan pembangkang 'bersatu' dalam berdepan isu tersebut dengan tidak bertelagah antara satu sama lain.
Sementara itu, Ketua Dewan Ulama Pas Perak, Norazli Musa menegaskan, Koo Ham tidak sepatutnya membuat kenyataan yang mengelirukan apatah lagi menyamakan al-Quran dengan Bible.
"Itu pandangan dia, kita pun ada pandangan kita. Semua agama ada kitab masing-masing tetapi ia tidak sama. Orang Islam hanya merujuk tuhan dengan hanya satu nama sahaja iaitu Allah, tiada nama lain.
"Cukup-cukuplah bercakap isu sensitif sebegini. Jangan sampai masyarakat keliru dengan kenyataan-kenyataan yang menyentuh sensitiviti agama," tegas beliau.
Norazli berkata, pihaknya tetap menyokong ketetapan Pas Pusat bahawa Bible bahasa Melayu harus menggunakan istilah God dalam merujuk kepada tuhan dan bukannya Allah untuk mencerminkan maksud sebenar teks asal kitab itu.
Sementara itu, Pengerusi Kebajikan Masyarakat India Kampar, R. Balaratnam pula bimbang mengenai kecenderungan pemimpin politik membuat kenyataan sensitif mengenai agama secara terbuka termasuk melalui laman sosial.
"Sebagai pemimpin, saya fikir beliau (Koo Ham) perlu berusaha supaya keamanan ini boleh dipertahankan, bukan dengan merosakkannya.
"Janganlah menyentuh sensitiviti agama dengan membincangkan perkara sebegini secara terbuka apatah lagi jika berkait dengan unsur-unsur ketuhanan," katanya.
Sunday, 30 December 2012
ABBY ABADI DAPAT HIDAYAH BARU !!!
Abby Dapat Hidayah Dedah Tanah Orang Kaya Dalam Pas.
Abby ni meroyan dapat hidayah tanahlah pulak, aduss hancuss!! macam-macam hidayah 'dimeroyankannya'. Dari hidayah bertudung sampai kepada hidayah tanah.. Rampas tanah orang kaya Pas kat Langkawi mana pulak ni, kerajaan mana yang perintah Langkawi ni ? Cerita zaman bila yang dibawa ni ? Takkanlah takder pasal-pasal tanah orang kaya tu dirampas, kalau takder pasal-pasal pasang peguam lawan jerlah.
Macamnilah bila hidayah takder modal, semuanya nak dipalu, sampaikan dia tak tutup aurat dulu-dulu pun disalahkan kepada kerajaan. Apa pun layan jer lah liabiliti kepada Pas ini.
KENAPA PERLU HIMPUNAN UNTUK SHAMSIDAR 12 JANUARI ???
Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan mengecam rancangan pakatan pembangkang untuk menganjurkan perhimpunan bagi memastikan isteri Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali, Shamsidar Taharin tidak menjadi saksi di mahkamah. Nallakaruppan mendakwa, rancangan mengenai Himpunan Shamsidar itu dijadual berlangsung pada 12 Januari depan iaitu beberapa hari sebelum perbicaraan kes saman fitnah mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan dakwaan aktiviti biseksual.
Mereka hendak mengadakan demonstrasi jalanan bagi mengelirukan proses undang-undang yang berlangsung di mahkamah. Kenapa tidak mahu Shamsidar menjadi saksi?
Saya kira semua rakyat akan berpeluang mendengar pendedahan yang bakal berlaku apabila Shamsidar naik ke kandang saksi untuk memberi keterangan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Anwar memfailkan saman fitnah terhadap Nallakaruppan serta syarikat penerbitan, Utusan Melayu (M) Bhd. pada 26 Mac lalu ekoran petikan ringkas yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 20 Mac lalu di muka hadapan bertajuk Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang - Nalla dan berita penuh di muka surat enam bertajuk Nallakaruppan tuduh Anwar biseksual.
Semalam, Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan sebahagian besar pembelaan Nallakaruppan serta Utusan Melayu dalam kes saman tersebut dikekalkan.
Nallakaruppan dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada 23 Mei lalu menyenaraikan kira-kira 10 orang termasuk Shamsidar bagi membuktikan dakwaannya berhubung seksualiti bekas rakan baiknya itu.
Jelas Nallakaruppan, kes saman fitnah yang dikemukakan oleh Anwar melibatkan kepentingan awam dan Shamsidar perlu tampil menjadi saksi bagi membuktikan kebenaran di mahkamah.
Anwar adalah seorang pemimpin politik yang bercita-cita hendak menjadi Perdana Menteri, sudah tentu ia melibatkan kepentingan awam. Saya berharap isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail juga dapat hadir ke mahkamah untuk mendengar semuanya," katanya.
MUSLIHAT POLITIK NIK AZIZ DI SEBALIK TANAH RAKYAT KELANTAN !!!
Tindakan Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang didakwa menawarkan tanah balak lebih 4,000 hektar di Gua Musang kepada dua pemimpin DAP disifatkan sebagai pengkhianatan kepada negeri dan anak-anak Kelantan.
Presiden Persatuan Anak Kelantan Darul Naim (Pakatan Darul Naim), Datuk Noordin Razak berkata, dakwaan itu juga amat memalukan dan mengaibkan anak-anak Kelantan.
Beliau berkata, dakwaan itu sekiranya benar menunjukkan kerajaan Pas terdesak untuk mendapatkan sokongan sekutunya DAP bagi memperkuatkan pakatan mereka dalam usaha merampas kuasa pemerintahan negara pada pilihan raya akan datang.
"Saya percaya jika tidak ada pakatan pembangkang, perkara ini tidak berlaku, mesti ada muslihat dan agenda politik," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Utusan Malaysia sebelum ini menyiarkan pengakuan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham bahawa beliau dan Nga Kor Ming yang juga Setiausaha DAP negeri melabur dalam syarikat yang mendapat projek pembalakan di Kelantan itu.
Baru-baru ini, blog pisau.net mendedahkan dakwaan bahawa kedua-dua pemimpin tersebut telah ditawarkan tanah balak lebih 4,000 hektar di Gua Musang oleh Nik Aziz sebagai balasan membenarkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar Perak selepas Pilihan Raya Umum 2008.
Namun, Nik Aziz menafikan dakwaan kononnya beliau memberikan tanah bernilai lebih RM30 juta kepada pemimpin DAP itu dan mendakwa berita tersebut adalah fitnah.
Mengulas lanjut, Noordin berkata, berdasarkan undang-undang tanah, keseluruhan negeri Kelantan merupakan rizab orang Melayu dan orang luar yang bukan anak Kelantan tidak boleh membeli tanah di negeri ini kecuali ada kelulusan daripada Exco.
"Sekiranya tanah itu untuk komersial, ia sepatutnya dibuat secara tender terbuka, bukan dipilih terutama pihak yang ada hubungan dengan parti yang memerintah negeri," katanya.
Sementara itu, Presiden Angkatan Generasi Melayu Muda (Agenda), Mohamad Zaidan Abdul Rahim berkata, Nik Aziz tidak boleh bersikap lepas tangan dalam isu tersebut kerana tanah merupakan perkara sensitif dan melibatkan masa depan negeri serta rakyat Kelantan.
"Isu ini perlu dipandang berat oleh rakyat Kelantan, kenapa dua orang ini yang diberi tanah, ia menunjukkan seolah-olah ada tangan luar terlibat.
"Jika betul ia untuk komersial kenapa tak diberi kepada anak tempatan atau anak syarikat milik kerajaan negeri? Ini pelik dan kita berharap kerajaan negeri jangan lepas tanggungjawab, sepatutnya Menteri Besar tampil memberi penjelasan kepada rakyat," katanya.
DISKAUN TIKET F1 SEHINGGA 50 PERATUS BAGI YANG TEMPAH AWAL !!!
Diskaun Tiket F1 Sehingga 50 Peratus Bagi Yang Tempah Awal
KUALA LUMPUR — Peminat Formula One (F1) disaran agar segera merebut peluang dari tawaran diskaun sehingga 50 peratus bagi tempahan awal tiket sebelum 31 Dis ini.Ia sebagai promosi bagi menyaksian kejohanan Grand Prix Malaysia Petronas di Litar Sepang pada Mac tahun depan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Sepang International Circuit Sdn Bhd (SIC) Datuk Ahmad Razlan Ahmad Razali, berkata sambutan kepada promosi itu setakat ini adalah sangat baik.
“Saya gembira kerana peminat tempatan turut mengambil inisiatif untuk membeli tiket lebih awal. Saya menjangkakan penonton yang ramai di Sepang pada Mac ini.
“Ia akan meriah kerana kami akan turut menyambut ulang tahun ke-15 kehadiran FI di Malaysia dengan pelbagai aktiviti akan diadakan,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata tiket akan turut dijual di Petronas X-Track Road Show di Litar Go-Kart Speedway PLUS di USJ Subang pada Sabtu.
Tiket juga boleh dibeli di gerai tiket SIC di Dewan Berlepas KLIA Ekspres di KL Sentral dan melalui online di www.sepangcircuit.com atau menghubungi hotline 603-87782222.
(SUMBER)
PEMIMPIN CINA KECAM GUAN ENG MAHU KALIMAH ALLAH DIBENAR DALAM BIBLE !!!
Tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendesak kerajaan membenarkan penggunaan kalimah Allah untuk kitab Bible versi bahasa Melayu bukan sahaja menimbulkan kemarahan umat Islam tetapi turut dikecam pemimpin berketurunan Tionghua.
Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong tanpa berselindung menyifatkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu sebagai pemimpin yang tidak bertanggungjawab kerana memperalatkan isu agama demi meraih kepentingan politik tanpa memikirkan kesan kepada negara.
Katanya, sebagai pemimpin tertinggi DAP apatah lagi Ketua Menteri, Guan Eng perlu lebih sensitif dan jangan sesekali menyentuh perkara-perkara yang sudah termaktub dalam Perlembagaan kerana Malaysia terdiri daripada rakyat berbilang kaum, agama serta budaya.
"Agama bukan alat untuk meraih undi kerana tuntutan sebegini perkara sensitif. Kita kena sedar Malaysia ini negara berbilang kaum, agama dan budaya. Kalau isu-isu sensitif sebegini terus dimainkan oleh pemimpin seperti Guan Eng, apa akan jadi kepada masa depan negara.
"Kepada Guan Eng, nasihat saya jadilah pemimpin yang bertanggungjawab. Jangan kita sesuka hati menimbulkan perkara sensitif seperti kalimah Allah ini untuk menyinggung hati dan perasaan orang lain khususnya umat Islam," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan kontroversi Guan Eng sempena perutusan Krismas apabila mendesak kerajaan membenarkan penggunaan kalimah Allah untuk kitab Bible versi bahasa Melayu.
Dalam pada itu, Choo Keong mempersoalkan motif sebenar Guan Eng yang berterusan membangkitkan perkara sensitif tersebut, sedangkan penganut Kristian sendiri hidup dalam keadaan aman dan harmoni atas prinsip saling hormat-menghormati antara satu sama lain.
Jelasnya, Guan Eng selaku pemimpin Cina tidak berhak menuntut sesuatu yang dianggap sensitif oleh orang Islam kerana tindakan itu hanya akan mencetuskan suasana tidak stabil dalam masyarakat apatah lagi Islam diiktiraf sebagai agama Persekutuan di negara ini.
"Gesaan ini tidak sesuai apatah lagi untuk diheret ke gelanggang politik kerana ia melibatkan sensitiviti umat Islam, sebab itu saya kata jangan ada mana-mana pihak mempertikai perkara sensitif apatah lagi soal agama jika mahu keamanan ini kekal," katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)