Jumlah Pengunjung

Wednesday, 28 August 2013

ZAMBRY BUKTIKAN KEBODOHAN NIZAR JAMALUDIN !!!




Beberapa pemimpin pembangkang hari ini dibidas kerana menjadikan persidangan Dun sebagai platform untuk meluahkan perasaan kecewa dan tidak puas hati berhubung petisyen pilihan raya yang ditolak dengan kos.
   
Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata semua kes yang menjadi tanggungjawab badan kehakiman tidak wajar dibahas semasa persidangan Dun kerana terdapat dasar pemisahan antara legislatif, kehakiman dan eksekutif.
   
"Saya pun tidak faham, apakah ini mungkin luahan perasaan dalaman mereka yang tidak dapat dibendung menyebabkan mereka tidak ingat bahawa perkara itu tidak sewajarnya (dibawa semasa persidangan Dun) kerana kes melibatkan mahkamah," katanya kepada pemberita di luar persidangan Dun di sini hari ini.
   
Sementara itu, Speaker Dun Perak Datuk S.K Devamany berkata perkara dalam urusan dan keputusan mahkamah perlu didengar serta dibicarakan di institusi kehakiman.
   
"Anggota Dun perlu guna sidang ini untuk membahaskan isu berkaitan rakyat, menggubal undang-undang dan membawa usul yang ada kepentingan rakyat tetapi apabila satu proses yang berada atau dibicarakan di mahkamah dibahaskan, dipersoalkan dan dicabar di sini, ini tidak kena," katanya.

Ketua Pembangkang Dun Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah, mendakwa beliau terpaksa membawa isu petisyen pilihan raya ke sidang Dun selepas ia ditolak oleh mahkamah.
   
Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Sitiawan) turut membangkitkan keputusan mahkamah yang menolak petisyen DUN Lubuk Merbau sebelum petisyen itu dibicarakan.
   
Persidangan Dun bersambung esok. - Bernama



No comments:

Post a Comment

Member BSK