Jumlah Pengunjung

Wednesday, 27 November 2013

MATI LA ANWAR LEPAS NI !!!



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai seorang pembohong besar apabila menafikan pula tuduhan bahawa beliau pernah membuat kenyataan lebih 40,000 warga Bangladesh dibawa masuk untuk mengundi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).
 
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Anwar terpaksa menafikan perkara itu setelah rakyat menyedari bahawa dakwaan itu adalah pembohongan semata-mata.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, Anwar kini menyalahkan orang lain pula dalam isu berkenaan setelah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri mengakui mempunyai bukti bahawa tuduhan tersebut sememangnya dibuat oleh Ketua Pembangkang itu sendiri.

Menurutnya, Perdana Menteri telah mendapatkan rakaman, bahan-bahan ucapan (Anwar) daripada media-media siber yang memuat naik semua ucapan Ketua Pembangkang (menuduh 40,000 warga Bangladesh dibawa masuk untuk mengundi BN).

"Itulah (tuduhan) yang diulang-ulang di banyak tempat ketika membuat road show selepas PRU-13. Malah, ketika kempen pilihan raya lalu, mereka menyatakan ada 40,000 orang Bangladesh yang telah mengundi.

"Jadi apabila masyarakat sudah tahu ini merupakan satu pembohongan, mereka cuba alihkan kepada pihak lain. Perkara yang disebarkan oleh Ketua Pembangkang adalah satu pembohongan besar," katanya selepas mengadakan Lawatan Kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani dan timbalannya, Datuk A. Paramasivam.

Ahmad Zahid mengulas laporan muka depan Utusan Malaysia semalam bahawa Perdana Menteri mempunyai bukti bahawa Anwar membuat pembohongan apabila menafikan pernah membuat kenyataan sebanyak 40,000 warga Bangladesh dibawa masuk untuk mengundi BN dalam PRU lalu.

Ahmad Zahid seterusnya meminta rakyat supaya menilai siapa yang bercakap benar dan siapa pula berbohong dalam isu tersebut.

Sementara itu, tentang ucapan penggulungan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu bersedia bermuzakarah dengan UMNO dalam Muktamar Tahunan Pas Ke-59 semalam, Ahmad Zahid berkata, perkara itu adalah langkah yang baik dan harus dilihat dengan semangat ikhlas.

"Saya harap cadangan ini jangan ditangguhkan dan kita harus terbuka dan menerima baik cadangan Presiden Pas itu," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata, kerajaan akan menguatkuasakan denda yang lebih tinggi kepada pemilik yang kehilangan kad pengenalan mereka.

Menurutnya, ini ekoran peningkatan kes kehilangan kad pengenalan bertaraf warganegara (MyKad) semakin membimbangkan selepas menunjukkan peningkatan ketara saban tahun.

Berdasarkan statistik, setakat 31 Oktober lalu, sebanyak 565,157 MyKad dilaporkan hilang berbanding kehilangan 429,137 MyKad sepanjang tahun lalu.
"Selama ini, denda hanya dikenakan untuk pemilik yang kehilangan kad pengenalan kali kedua atau seterusnya, namun dengan jumlah kehilangan (kad pengenalan) yang kini lebih daripada 500,000, pada hemat saya kita tidak boleh berkompromi lagi.

"Kementerian Dalam Negeri akan meminda Akta Fi 1951 supaya kadar denda lebih tinggi dikenakan kepada pemegang MyKad sekiranya berlaku kehilangan kad pengenalan diri itu," katanya.





No comments:

Post a Comment

Member BSK