Jumlah Pengunjung
Monday, 17 March 2014
ANAK DAN ISTERI JURUTERBANG MH370 HILANGKAN DIRI SEHARI SEBELUM KEJADIAN ???
Sudah masuk hari ke sembilan kehilangan kapal terbang MH370, yang amat menjadi kemusykila sekarang ni kemanakah menghilangnya anak bini juruterbang tersebut ? Aku tertarik dengan satu artikel dari blog flyingkick... Mengapa anak isteri juruterbang tersebut tidak muncul KLIA utk bertanyakan khabar berita juruterbang tersebut ?
Aku berpendapat ada sesuatu yang tidak kena dengan mereka sekarang ini.. Mungkin mereka telah mengetahui perancangan sebenar dan siapa dalang sebenarnya... Sila baca di bawah...
Siasatan polis semakin membuka lebih banyak kaitan dengan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan kepada Anwar Ibrahim. Siasatan juga semakin mengecilkan skop motif dan sasaran sebenar mengapa MH370 dihilangkan bersama anak-anak kapal dan penumpang.
Kali kedua pasukan polis memasuki rumah Kapten Zaharie, kelibat anak bini juruterbang itu tidak kelihatan langsung. Sebaliknya yang ada di rumah itu hanyalah pembantu rumah asing berusia 38 tahun yang sudah tentu tidak tahu apa sedang berlaku dan dengan siapa sebenarnya dia bekerja.
Dilaporkan, anak bini Kapten Zaharie keluar dari rumah itu sehari sebelum pesawat MH370 hilang. Atau dengan kata-kata lain, beberapa jam sebelum Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman 5 tahun kepada Anwar Ibrahim. Pembantu rumah berusia 38 tahun itu dalam keterangannya, memberitahu dia tidak tahu ke mana anak bini Kapten Zaharie 'hilang'.
Sehari sebelum mereka menghilangkan diri, isteri dan tiga orang anak Kapten Zaharie bermalam di rumah kedua mereka di Subang.
Semakin menarik dan semakin kuat syak wasangka terhadap Kapten Zaharie yang telah disahkan oleh R.Sivarasa dan Saifuddin Nasution bahawa Kapten Zaharie ahli fanatik dan penyokong tegar merupakan PKR dan Anwar Ibrahim.
Persoalannya, mengapa 'persediaan' untuk menyorokkan anak isterinya telah dibuat lebih awal sebelum MH370 dihilangkan? Di mana isteri dan ketiga-tiga orang anak Kapten Zaharie sekarang?
Dan mengapa pula Anwar Ibrahim langsung tidak berani berdendang DAN MENYANYI DI KHALAYAK RAMAI sepertimana yang dibuatnya sebelum Lanun-Lanun Sulu menyerang Lahad Datu dan Semporna? Mengapa pula Rafizi Ramli secara tergesa-gesa merancang KAJANG MOVE dan bercempera dengan alasan kononnya PRK DUN Kajang terpaksa diadakan untuk menyelamatkan Najib daripada Tun Dr. Mahathir?
KAJANG MOVE dan PRK DUN Kajang merupakan tindakan ad-hoc PKR bagi mewujudkan persepsi dan melindungi langkah-langkah seterusnya dalam usaha Anwar Ibrahim cuba menyelamatkan dirinya daripada hukuman penjara selama lima tahun.
Tindakan ad-hoc tersebut jelas mempunyai kaitan dengan kehilangan MH370 yang berlaku berselang beberapa jam selepas Anwar dijatuhi hukuman selain beberapa pihak dari Amerika Syarikat seperti Al-Gore yang diketahui merupakan penyokong kuat Anwar Ibrahim, bersuara dan menyatakan ketidakpercayaan terhadap Malaysia menyelesaikan isu kehilangan MH370.
SUMBER
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
klu betul keptan empunyer kejaan... memang dia seorang PENGKHIANAT! bodoh sebab sanggup korbankan hidup sendiri, anak bini... demi peliwat. banggang dan jahil.
ReplyDelete