KUALA LUMPUR: Jika sebelum ini, ringgit, baht dan rupiah dianggap sebagai mata wang yang paling terjejas di Asia, namun keadaan bertukar sebaliknya apabila mata wang berkenaan kembali membuktikan daya tahan meskipun wujud ketidaktentuan hala tuju pasaran China serta dasar kewangan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS).
Sejak November, kadar pertukaran asing Malaysia, Thailand dan Indonesia kembali menjadi antara tiga yang paling menonjol dari segi peningkatan dalam kalangan negara pasaran baru muncul di Asia.
Agensi berita kewangan Bloomberg melaporkan, nilai ringgit meningkat 5.3 peratus sejak tiga bulan lalu, manakala baht dan rupiah, masing-masing menokok 1.8 peratus dan 1.0 peratus. Sementara itu, semua mata wang negara pasaran baru muncul Asia yang lain mencatat penurunan, di dahului won sebanyak 4.0 peratus.
"Pasaran (berkenaan) sudah mengabaikan kesan kebimbangan langkah mengetatkan dasar kewangan oleh Fed dan ia memanfaatkan negara yang menawarkan aset yang berhasil tinggi seperti Indonesia, buat masa ini," kata Ahli Strategi Tukaran Asing Deutsche Bank AG di Singapura, Mallika Sachdeva.
Deutsche Bank yang berpangkalan di Jerman itu memilih ringgit dan rupiah sebagai mata wang pilihan di Asia berbanding wong Korea Selatan dan dolar Taiwan, kata Sachdeva.
Kadar inflasi yang semakin rendah dan pertumbuhan lebih pesat di Indonesia menarik kemasuk dana asing ke republik itu, manakala keupayaan kerajaan Malaysia mengekalkan sasaran penurunan defisit berserta peningkatan eksport di sebalik harga minyak mentah rendah, menarik perhatian pelabur global.
Sebahagian besar berita negatif, ekoran penurunan harga komoditi pada 2015, sudah diambilkira, kata Ketua Ahli Strategi Pendapatan Tetap dan Mata wang Macquarie Bank Ltd di Singapura, Nizam Idris.
"Jika dolar AS mengukuh lagi dan ia dijangka tidak berlaku, maka mata wang Asia juga akan menjadi lemah tetapi pada penurunan itu pada kadar lebih rendah berbanding mata wang negara Asia Utara," katanya.
Pergerakan harga komoditi yang semakin stabil membantu mengukuhkan ringgit dan rupiah berbanding dolar AS, namun keadaan masih lagi tidak menentu, kata Nizam.
Daya tahan tukaran asing negara Asia Tenggara meningkatkan permintaan instrumen hutang kerajaan, dan ucapan Pengerusi Fed, Janet Yellen kepada Kongress bahawa peningkatan kadar faedah AS mungkin ditangguhkan, mendorong ia meningkat tinggi semalam.
Mata wang Indonesia meningkat 5.7 peratus dalam tempoh tiga bulan lalu, tertinggi di Asia, diikuti oleh peningkatan 4.3 peratus sekuriti Thai, demikian mengikut indeks Bloomberg.
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Thailand mungkin meningkat 2.7 peratus tahun lalu kerana kerajaan meningkatkan infrastruktur perbelanjaan berbanding 0.9 peratus pada 2014, demikian mengikut jangkaan median ahli ekonomi dalam pengutusan suara Bloomberg sebelum perangkaan dikeluarkan 15 Februari.
Baht kurang terjejas berbanding rupiah atau ringgit kerana dana asing memegang bahagian kecil nota berdaulat Thai, kata Nizam.
Hubungan China dengan ekonomi Indonesia mengalahkan jangkaan penganalisis untuk berkembang 5.04 peratus pada suku keempat dan inflasi kekal di bawah lima peratus dalam tempoh tiga bulan lalu selepas melebihi tujuh peratus pada pertengahan 2015.
Presiden Indonesia, Joko Widodo, berkata beliau yakin pertumbuhan akan mencecah tujuh peratus menjelang 2019 dalam satu temubual dengan Bloomberg Television semalam.
Eksport Malaysia meningkat untuk tujuh bulan berturut-turut, Indonesia, sejajar dengan Malaysia dan Thailand menjangkakan gabungan permintaan domestik dan perbelanjaan awam untuk merangsang ekonomi.
Penggunaan swasta mewakili 56 peratus KDNK Indonesia dan 51 peratus KDNK Malaysia, demikian mengikut perangkaan daripada Bank of America Merrill Lynch. Asia Utara lebih kukuh untuk eksport dan mempunyai kaitan rapat dengan China.
"Dalam tempoh terdekat, dengan pemacu luaran kekal lemah merentasi seluruh dunia, ekonomi dengan permintaan domestik yang kukuh akan terus mencatatkan prestasi yang lebih baik," kata Pakar Strategi Tukaran Asing Australia & New Zealand Banking Group Ltd, yang berpangkalan di Singapura, Irene Cheung.
"Mata wang Asia Utara lebih terdedah kepada kemelesetan perdagangan global," katanya. - Bloomberg
No comments:
Post a Comment