Jumlah Pengunjung

Friday, 18 March 2016

WANITA UMNO PULAU PINANG MALUKAN TUN MAHADHIR !!!

Norliza (duduk tiga kanan) bersama ahli Wanita Umno negeri menyokong kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri.



BALIK PULAU - Wanita Umno tersinggung dan kesal dengan tindakan tidak wajar beberapa pemimpinnya yang bersekongkol dengan parti lawan.

Ketua Wanita Umno Pulau Pinang, Senator Datuk Norliza Abdul Rahim berkata, kebebasan bersuara dan menyatakan pandangan perlu dihormati walaupun keterbukaan itu tertakluk kepada adab dan etika parti terutama apabila melibatkan pemimpin tertinggi parti.

Menurutnya, tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta beberapa wakil Umno lain yang bersama-sama parti pembangkang tidak seharusnya berlaku kerana parti lawan itu adalah musuh utama Umno.

"Kami melafazkan ikrar taat setia tanpa berbelah bagi dan menyokong penuh kepimpinan Presiden Umno dan juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Pertukaran Perdana Menteri boleh dilakukan namun ia perlu mengikut lunas undang-undang iaitu Raja Perlembagaan. Negara kita mengamalkan saluran dan ruang demokrasi untuk menukar pemimpin secara bersistem dan terhormat," katanya kepada media semalam.

Oleh itu, beliau berkata, usaha untuk mengguling dan menjatuhkan Perdana Menteri seperti yang dianjurkan parti pembangkang dan beberapa pemimpin Umno lain dalam Deklarasi Rakyat tidak sepatutnya berlaku kerana tidak melambangkan ketamadunan Malaysia.

"Kita sendiri tahu, pihak lawan mempunyai agenda sendiri yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri dan menghuru-harakan negara selain merosakkan kestabilan ekonomi," katanya.
Norliza berkata, tindakan kumpulan yang ingin menjatuhkan Najib dilihat menjengkel dan memuakkan.

"Mereka sengaja mengadakan gerakan ini bagi mengalihkan tumpuan rakyat dari isu sebenar yang membelenggu negara.
"Belajarlah dari sejarah seperti yang disarankan Mahathir iaitu pepecahan dan usaha menggulingkan pemimpin melalui jalan belakang hanya akan merosakkan negara dan membuka pintu kepada anasir luar menakluki negara," katanya.

Sehubungan itu, Wanita Umno Pulau Pinang tetap menyokong kepimpinan Najib dan akan berusaha bersamanya untuk mengatasi pelbagai cabaran termasuk isu ekonomi yang mencengkam poket rakyat Malaysia masa kini.




1 comment:

  1. Ayoyoooooo......makcit-makcit ni ke yang pegi Putrajaya
    naik motor dalam panas terik, nak malukan Tun Det....???
    Kesiannya.......tak sedar diri diperalatkan.
    Nasib baik tak kena heat stroke, tak pasal-pasal
    terbaring katy spital masuk air.

    ReplyDelete

Member BSK