Jumlah Pengunjung

Wednesday, 25 May 2016

TERKINI.. TUN M BEBULU DENGAN SHAFIE AFDAL !!!


SIAPA sangka, Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal meminta agar jentera Barisan Nasional (BN) bekerja keras sehingga calon parti itu menang pada dua Pilihan Raya Kecil (PRK) 18 Jun nanti?
Shafie merupakan salah seorang pemimpin parti yang turut terlibat dalam Deklarasi Mahathir dengan tujuan menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Selain Shafie, dua lagi pemimpin Umno yang ‘derhaka’ kepada kepimpinan tertinggi parti adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin (bekas Timbalan Perdana Menteri) dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir (bekas Menteri Besar Kedah).
Bagaimanapun, dua pemimpin itu bertindak keterlaluan dengan memfitnah dan mengikut setiap celaan dari Tun Dr Mahathir Mohamed ke atas Perdana Menteri.
Ketika Mahathir menyeru kepada rakyat untuk menyokong pembangkang dan mengalahkan calon BN dalam pilihan raya, Shafie bertindak sebaliknya.
Dalam Majlis Perasmian Projek Perumahan Rakyat Miskin Tegar di Pulau Lihak-Lihak, Semporna semalam, Shafie dilaporkan telah meminta para jentera BN untuk tidak alpa dalam menghadapi lawan di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
“Jangan alpa, setiap perkara adalah cabaran, bukan hanya kita mendampingi masyarakat tetapi kehidupan rakyat juga perlu diambil perhatian sepanjang masa,” katanya kepada pihak media.
Adakah Shafie sudah mula membuat pusingan ‘U’ dengan kenyataan ini? Umum mengetahui, Deklarasi Mahathir bukan sahaja mahu Najib Razak turun, tetapi juga berhasrat agar BN kalah dan tidak lagi membentuk kerajaan.
Mungkin juga tindakan Mahathir yang sudah melampaui batas dan tidak lagi seperti dahulu menyebabkan Shafie mula muak dan tidak senang dengan agenda deklarasi berkenaan.
Semestinya di pihak Perdana Menteri akan berpegang kepada prinsip berjiwa besar andai kata Shafie mahu berbaik-baik semula dan memohon maaf atas kesilapan yang pernah dia lakukan sebelum ini. SUMBER



No comments:

Post a Comment

Member BSK