Jumlah Pengunjung

Tuesday, 16 August 2016

MUHYIDDIN MAHU LARI KE MUAR UNTUK JADI PERDANA MENTERI!!!


Spekulasi sudah bertiup kencang bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal melepaskan kerusinya di Pagoh untuk bertanding di Muar.

Ia dikatakan kerana Muhyiddin sudah hilang sokongan di Pagoh jadi beliau terpaksa beralih ke Muar.

Ironinya Muar merupakan tempat lahir ibu Perdana Menteri iaitu Tun Rahah Mohammad Noah.

Malah wartawan veteran Datuk Ahiruddin Atan yang turut memperkatakan mengenai teori itu memberitahu bahawa sokongan ke atas bekas timbalan perdana menteri itu di Pagoh sedang merosot dengan begitu ketara.

Jika diadakan pilihan raya umum tahun depan, beliau akan kehilangan kerusi. Muhyiddin telah menyandang kerusi Parlimen Pagoh sejak hampir empat dekad.

 Selain itu, penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi) juga dikatakan tidak mendapat sambutan.

Terdapat spekulasi bahawa mereka yang dikatakan rapat dengannya telah menjauhkan diri daripada Muhyiddin susulan penubuhan Pribumi yang dilihat bukan sahaja memecahbelah orang Melayu malah mempunyai agenda peribadi yang hanya mahu menyingkirkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bukan itu sahaja, malah ramai yang melihat kehadiran Pribumi, yang merupakan serpihan UMNO tidak akan bertahan lama memandangkan ia kekurangan kepimpinan yang berwibawa dan dalam hal ini, Muhyiddin tidak dilihat mempunyai kewibawaan  untuk memimpin parti baru itu.

Hanya pemimpin yang berwibawa dapat memainkan faktor untuk menarik sokongan dan menggerakkan parti ke hadapan namun dalam Pribumi, meskipun baru didaftarkan namun sudah ramai yang sedang menanti berapa lama hayat parti berkenaan.

Selain itu, ikrar Barisan Nasional (BN) dan Umno Johor yang menyatakan sokongan penuh kepada Perdana Menteri untuk memimpin parti dan kerajaan turut memberikan kesan kepada Muhyiddin.

Sebelum ini ramai yang meramalkan UMNO Johor akan berpuak-puak dan berpecah susulan penggantungan dan pemecatan Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO, namun ia tidak berlaku.

Begitu juga ketika Pribumi ditubuhkan, UMNO Johor masih tetap setia dan bersatu di belakang Perdana Menteri.

Oleh itu, Muhyiddin dikatakan sedang menghantar orang orangnya membuat "political reading" di Bandar Maharani, Johor. Muhyiddin rasa dia boleh makan Razali Ibrahin di kerusi Muar.

Selain itu, Muhyiddin mahu balas dendam terhadap Najib di tempat kelahiran ibu Najib. Rasanya, rancangan Muhyiddin ini akan temui kegagalan.

Kalau di Pagoh ada 5 cawangan UMNO sahaja yang sokong Muhyiddin, di Muar hendak cari satu cawangan pun susah.

Nasib Muhyiddin dan parti Pribuminya akan lebih teruk dari PAN dan Parti Negara, yang pernah diasaskan oleh Onn Jaafar.

Tulisan
Beruang Biru
16 Ogos 2016

3 comments:

  1. 1)Tan Sri Muhyiddin cuba nasihat. Jumpa face to face. najib marah. Pecat Muhyiddin dpd jawatan TPM.
    2) Lepas tu digantung jawatan Timbalan Presiden.
    3) Lepas tu pecat Muhyiddin dpd UMNO.
    4) Cabar Muhyiddin suruh tubuh parti baru. Gelakkan Muhyiddin.
    5) Muhyiddin dan rakan-rakan sambut cabaran dan tubuh Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
    6) Sekarang tuduh Muhyiddin pecahkan undi Melayu.
    InsyaAllah PARTI NAJIB akan terkubur dan ditalkinkan pada PRU 14.
    Ahli2 UMNO (dulu) TELAH/SEDANG DAN AKAN tinggalkan parti najib. Sila semak keahlian yang ada. Takde 3 juta lagi. Amin dan Shukur Alhamdullillah.

    Jangan dilayan komen-komen pemakan dedak. Parti Najib dan penyokong-penyokongnya dah panik.
    Parti Bersatu insyaAllah akan jadi yang terbaik menggantikan parti najib.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh.. Patut la baru-baru ni PRN Sarawak, PRK Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar BARISAN NASIONAL Kalah teruk.. Hahaha.. 😂

      Delete
  2. FITNAH”, yaitu menyiarkan sesuatu berita tanpa dasar kebenaran, dengan tujuan untuk mencemarkan nama baik seseorang, dan bagi pemfitnah tersebut pula mudah untuknya mencapai segala cita-citanya. Perbuatan yang tercela seperti ini dilarang oleh Allah S.W.T. dan orang yang membuat fitnah itu akan ditimpa azab yang amat pedih.

    Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan fitnah kepada orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan, kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang sangat pedih”. (Q.S. al-Buruj: 10)

    Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Jauhilah dari kebanyakan sangkaan, karena sesungguhnya sebahgian daripada sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah kamu mengumpat setengah yang lain. Adakah seseorang kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu patuhilah larangan tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha penerima taubat dan Maha penyayang.” (Q.S. al-Hujurat: 12)

    ReplyDelete

Member BSK