Jumlah Pengunjung
Monday, 7 November 2016
#HakRakyat MINYAK MASAK DISELUDUP KE THAILAND MELALUI BOT HARAM!!!
PASIR PUTEH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) diminta memantau pergerakan lebih 100 bot nelayan asing di Pelabuhan Tok Bali yang disyaki menjalankan kegiatan penyeludupan pelbagai barangan bersubsidi termasuk minyak masak.
Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Pasir Puteh, Datuk Zawawi Othman, berkata bot nelayan asing terutama dari Vietnam dan Thailand yang berulang-alik dari pelabuhan Tok Bali ke negara masing-masing, dikhuatiri turut membawa keluar barangan berkenaan.
“Ini menjadi tradisi sejak berpuluh tahun lalu tetapi tiada pemantauan ketat oleh mana-mana pihak,” katanya kepada pemberita di Kompleks UMNO Uthmaniyah Kampung Pulau Lima di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kekurangan minyak masak di Kelantan sejak beberapa minggu lalu.
Zawawi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak, berkata nelayan asing yang beroperasi menggunakan lesen bot laut dalam milik rakyat tempatan, berkemungkinan menyeludup bahan itu dengan alasan bagi keperluan harian mereka ketika berada di laut.
“Kita bimbang mereka mengambil kesempatan untuk mendapatkan bekalan itu berlebihan dengan tujuan membawa pulang dan menjualnya di negara masing-masing,” katanya.-BH.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Myk myk bsubsidi dseludup keluar negara. Negara rugi berjuta rgt. Langkah pencegahan = hentikan subsidi myk masak. Bijak2..
ReplyDeleteSame mcm petrolla kan.. Cuma duesel nelayan ade aubsidi bleh gak jyal sludup kluar
ReplyDelete