Jumlah Pengunjung

Wednesday, 25 October 2017

YUSUF AZMI PEJUANG ISLAM ATAU PENUNGGANG AGAMA ISLAM ???


Kecoh semalam bila penahanan Yusuf Azmi dan Ali menjadi bualan hangat pengikut setia mereka di Facebook dan alam maya mereka, kononnya penahanan mereka oleh pihak polis adalah tindakan yang tidak sepatutnya terhadap mereka yang mengakui mereka adalah pejuang islam yang mempertahankan hak rakyat Malaysia.

Amat pelik bagi aku bila penahanan mereka seolah-olah mereka dizalimi oleh kerajaan. Aku bukanlah mahu mempertahankan tindakan Datuk Kabi yang menipu orang ramai dalam kes kereta pajak sebelum ini, namun aku berpendapat tindakan Datuk Kabi untuk mendakwa Yusuf Azmi dan Ali atas kesalahan menceroboh premisnya adalah betul. Bagi aku peguam Datuk Kabi bijak untuk mendakwa Yusuf Azmi dan Ali atas kesalahan menceroboh premis mengikut undang-undang.

Bila amarah sudah tidak boleh dikawal dan dendam mula menguasai diri, apa sahaja jalan dan cara mesti mereka lakukan untuk menganayai pihak musuh mereka. Aku lihat sendiri video ucapan dari Yusuf Azmi pagi tadi yang seolah mula tidak berpuas hati dengan pemimpin kerajaan bila penahanan mereka seolah langsung tidak dibantu malahan Yusuf Azmi bersama rakannya mula mengugut mahu menghasut rakyat pada pilihanraya akan datang. Kedengaran juga seolah Yusuf Azmi mahu bertanding pilihanraya dan mahu mendaftarkan PPIM sebagai sebuah parti politik.










Wahai Yusuf Azmi, aku rasa dah elok sangat kamu tu jadi pemimpin politik kerana sejak akhir-akhir ini aku makin menampakkan tindakan kamu sekarang seolah mahu bermain politik (rasanya Yusuf Azmi faham maksud aku ni) dan tak perlulah berselindung lagi dengan nama Persatuan Islam. Janganlah jadikan penyokong kamu itu TAKSUB kepada kamu, kerana sifat TAKSUB itu haram bagi agama islam. Sekiranya benarlah Yusuf Azmi dan kawan-kawannya mahu berjuang dan mempertahankan Islam, kenapa kenyataan SITI KASIM yang terang-terang menghina agama islam dan memperlekehkan agama islam langsung tidak dilawan ? Adakah Yusuf Azmi TAKUT BERHADAPAN DENGAN SITI KASIM ?


Ok, berbalik pada cerita Datuk Kabi, sepatutnya Yusuf Azmi tahu, sesiapa sahaja yang menceroboh premis atau kediaman orang boleh didakwa dimahkamah. Polis juga sekiranya mahu memasuki rumah atau premis orang haruslah mendapatkan waran dari pihak mahkamah terlebih dahulu. Akhir cerita, aku sarankan Yusuf Azmi dan rakan-rakan daftarlah persatuan anda menjadi sebuah parti politik, tak perlu ugut-ugut lagi, itu pun kalau Yusuf Azmi ni benar-benar JANTAN la.. Takut lepas pilihanraya nanti Yusuf Azmi dan rakan-rakan pun dah malas nak tolong rakyat Malaysia. Nak dekat pilihanraya ni biasalah.. Semua orang nak jadi HERO…

Harap Yusuf Azmi dan pengikutnya boleh klik dan baca kenyataan dari Armand khas untuk kes penahanannya.. 

No comments:

Post a Comment

Member BSK