Apabila melihat bangunan di atas, ia mengingatkan penulis tentang betapa besarnya jasa para pemimpin negara ini (terutamanya UMNO) dalam memastikan kebajikan rakyat Malaysia sentiasa terpelihara. Bapa penulis pernah dimasukkan ke IJN di penghujung 90 an kerana strok yang berlaku akibat 5 salur arteri yang tersumbat di jantungnya.
Bagi menyelamatkan bapa penulis, sejenis prosidur bagi melancarkan kembali salur yang tersumbat telah dijadualkan di IJN. Pembedahan bypass atau apa-apa prosidur yang melibatkan luka tidak digalakkan kerana beliau menghidap diabetes selain mengelakkan komplikasi lain. Untuk itu sejenis logam akan dimasukkan ke dalam semua salur yang tersumbat tadi bagi membuka semula saliran darah.
Alhamdulillah, prosidur tersebut telah menyelamatkan nyawa beliau dan sehingga ke hari ini, pihak IJN masih lagi meneruskan pemeriksaan susulan dan bekalan ubat-ubatan yang penulis jangka boleh mencecah ribuan RM sekali ambil. Bapa penulis juga telah sembuh sepenuhnya daripada kesan strok (mati sebelah badan) dalam beberapa tahun selepas itu melalui fosioterapi dan rawatan susulan hospital-hospital Kerajaan. Tidak sekali pun keluarga kami menjejakkan kaki ke mana-mana pusat rawatan milik swasta.
Prosidur jantung yang rumit itu hanya boleh dilaksanakan oleh pakar-pakar jantung terpilih, dan kalau difikirkan logik akal, sudah tentu memakan kos ribuan RM. Ya itu memang betul, kerana kos untuk operasi tersebut mencecah RM 33K lebih! Namun, pembaca tahu berapa yang dibayar oleh keluarga kami?!! Hanya RM 3 sahaja!
Ya, inilah namanya Kerajaan Berkebajikan! Memberikan akses kepada perkhidmatan kesihatan yang terbaik dengan kos yang tidak membebankan rakyat! Kalau tiada UMNO dan BN, penulis tidak tahulah apa yang akan terjadi kepada bapa penulis.
Ini baru satu contoh yang paling dekat dengan penulis. Rasanya kalau hendak disenaraikan segala-gala bantuan dan pertolongan kebajikan yang disediakan oleh Kerajaan UMNO-BN kepada penulis dan seluruh rakyat Malaysia semenjak lahir hingga saat menghembuskan nafas terakhir, tentu sahaja tidak cukup satu posting ini. Bak kata orang, kita hanya perlu rajin berusaha sahaja di Malaysia ini untuk berjaya, kerana segala-galanya telah disediakan oleh Kerajaan UMNO-BN.
Tambahan lagi, semenjak DS Najib mengambil tampuk pentadbiran Negara, tidak pernah sekali pun kita mendengar berita buruk daripada mulut beliau, Sentiasa sahaja ada berita yang menggembirakan rakyat. Sudahlah begitu, apa sahaja pengumuman beliau pasti akan mencapai kesan yang menyeluruh kepada rakyat. Kalau kita ada akal dan hati nurani yang bersih, kita akan nampak yang "gula-gula" pakatan rakyat ini hanyalah terhad kepada golongan tertentu bagi mengaburi mata rakyat yang lain. Tetapi tidak DS Najib dan konsep 1Malaysia nya!
No comments:
Post a Comment