Jumlah Pengunjung

Saturday, 26 January 2013

Blogger Pisau.Net Di Bunuh !!!



Nampaknya isu tanah di Kelantan membuatkan Mursyidul Am Pas Nik Aziz, Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming tidak tidur lena sejak berlakunya pendedahan di dewan undangan negeri Perak.

Mereka juga meminta semua pemimpin Pas di negeri Perak membantu untuk memulihkan reputasi Ngeh dan Nga lebih-lebih lagi kepada orang Melayu.

Bila keluar entri ralat oleh pisau.net maka apa lagi harakah mula memainkan peranannya dengan menceduk artikel daripada beberapa blogger pembangkang tentang ralat daripada pisau.net. 

Hiruk-pikuk nampak pembangkang terutamanya Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming mengusung artikel ralat yang dibuat oleh pisau.net. Mereka tunjuk sana tunjuk sini kononnya mereka dah selamat pisau.net sudah menyerah kalah hanya dengan ugutan saman dan ugutan mengupah samseng mencari pisau.net. maka pisau.net akhirnya tewas juga.

Mereka membuat sidang akhbar kononnya blogger pisau.net telah tersungkur menipu dan fitnah malah lebih teruk lagi si Nizar Jamaluddin terus menuduh isu tanh adalah fitnah untuk menutup kesalahan menteri besar Perak.

Cerita sebenarnya adalah, sememangnya pisau.net tidak ada bukti perjanjian syaitan yang dibuat oleh Nik Aziz dan cina DAP Perak dengan menukarkan tanah seluas 10,526 ekar di Relai Gua Musang Kelantan dengan jawatan menteri besar Perak ketika rejim cina DAP berkuasa, itu diakui tak kanlah mereka perlu adakan perjanjian secara bertulis dalam proses pertukaran itu. 

Jadi untuk ketelusan dalam penulisan, beliau hanya membetulkan fakta, bukannya menarik balik artikel tersebut dengan mengatakan beliau tidak ada perjanjian syaitan tersebut...itu sahaja.

Difahamkan dalam isu tanah ini pisau.net dikatakan telah mendapat bukti terbaharu yang menguatkan lagi bagaimana tanah di Kelantan diperolehi.

Sumber memberitahu pisau.net telah berjumpa dengan rakan kongsi Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming dan banyak info diperolehi daripada 'partner' mereka.

Difahamkan juga bukan sahaja tanah diKelantan seluas 10,526 ekar disebat oleh Ngeh dan Nga malah tanah di Simpang Lima, Sitiawan seluas 1800 ekar juga dimiliki oleh Ngeh dan Nga. 

Banyak lagi yang akan pisau.net dedahkan selepas ini jadi kita pakat sama-sama tunggu. Jangan takut isu tanah 10,526 ekar di Relai Gua Musang Kelantan tetap berlaku dan ada sumber memberitahu pihak pentadbiran Nik Aziz sudah gelabah babi mengarahkan Yayasan Islam Kelantan menyerahkan semua fail berkenaan tanah itu kepada pejabat menteri besar untuk disimpan. Mereka takut perjanjian yang dibuat antara YIK dimana pengerusinya adalah Nik Aziz sendiri dan syarikat Usahapadu Sdn. Bhd bocor kepada blogger.

Biar mereka sorok kerana rakan kongsi Ngeh dalam Usahapadu sendiri akan dedahkannya.



No comments:

Post a Comment

Member BSK