Malam kedua, bertempat di pentas utama Festival Belia
Putrajaya 2015 telah di gegarkan dengan persembahan dari Nabil Raja lawak,
Angah Raja Lawak, kumpulan Forteen dan kumpulan 6ixth Sense. Sememangnya
persembahan dari artis ini sungguh dinantikan oleh pengunjung-pengunjung yang
menghadiri Festival Belia Putrajaya pada malam ini.
Persembahan pertama, telah dimulakan dengan lawak yang amat
mencuit hati penonton juga semua
kakitangan petugas yang berada di pentas utama. Ternyata gabungan Nabil dan
Angah memang sesuai kerana peranan dan lawak spontan mereka telah membuatkan
semua penonton tidak kira dari yang muda hingga yang tua ketawa berdekah-dekah.
5 bintang dapat penulis berikan kepada lawak mereka pada mala mini.
Persembahan kedua pula telah hiburkan oleh artis kegilaan
gadis-gadis terutamanya belia-belia wanis yang sentiasa tersenyum sendirian
apabila melihat wajah jambu dari ahli kumpulan FORTEEN. Kumpulan ini sudah
terkenal terutama Izzue Islam yang sentiasa menjadi jeritan dari peminat yang
berada dibawah pentas. Persembahan FORTEEN pada kali ini menjadi lebih bermakna
kepada peminat-peminat mereka apabila ahli-ahli kumpulan FORTEEN turun dari
pentas dan menyanyi bersama peminat-peminat ditempat duduk penonton.
Persembahan ketiga pula sememangnya reaksi penonton
bersungguh menantikan kemunculan Band 6IXTH SENSE. Terjerit-jerit, itu yang
kedengaran dari bawah pentas bila pemuzik 6IXTH SENSE baru memasang alat muzik
mereka untuk persediaan persembahan mereka. Ternyata 5 buah lagu yang telah
dipersembahkan oleh 6IXTH SENSE tidak cukup untuk penonton berhibur baik dari
lelaki dan wanita yang berganjak sedikit demi sedikit kehadapan pentas.
Apa-apa pun dapat penulis ceritakan bahawasanya persembahan
pada malam ini amat berjaya menghiburkan penonton-penonton yang telah hadir.
No comments:
Post a Comment