Teruja, begitulah reaksi yang dapat di
tunjukkan dari pengalaman belia dari negara Jepun bila dapat merasai bermain
permainan tradisional melayu gasing. Onizawa 19 tahun, seorang pelajar yang
menuntut di Negara Malaysia yang berasal dari Negara jepun begitu sangat
gembira bila dapat hadir ke Festival Belia Putrajaya 2015 dan dapat melihat
sendiri bagaimana belia-belia Malaysia diraikan setiap tahun oleh pihak
kerajaan bagi menghargai sumbangan belia Negara dan mempelajari ilmu baru di
dalam festival ini.
Ternyata, belia dari Negara jepun ini
sangat mengagumi festival yang di anjurkan khas untuk belia-belia Malaysia pada
tahun ini kerana didalam festival ini mempunyai pelbagai acara yang sememangnya
amat memenuhi citarasa anak muda masa kini. Menurutnya, “jika mampu, saya mahu
melawat dan melihat semua yang ada didalam festival ini”.
Mungkin kedudukan tempat permainan gasing
ini agak sedikit jauh dari tumpuan orang ramai, namun begitu, ia tidak sedikit
pun mematahkan semangat pembuat gasing ini untuk terus mempamirkan jenis-jenis
gasing terkini dan membuat persembahan kepada pengunjung yang singgah disini.
No comments:
Post a Comment