Jumlah Pengunjung

Friday, 31 July 2015

#KekalNajib PAS KUALA KANGSAR FITNAH MB PERAK LAGI !!!


Apa nak jadi dengan Yang dipertua PAS kuala kangsar Dr Raja Ahmad Iskandar Al Hiss ni, nama saja mewakili parti islam. Terbaru bila terbaca kenyataan fitnah darinya (Disini) yang kononnya Menteri Besar Perak akan digugurkan oleh kepimpinan UMNO Negeri Perak memang amat menjijikkan sebagai mewakili sebuah Parti Islam.

Ramai yang telah sedia maklum baru-baru ini, mesyuarat perhubungan UMNO negeri Perak telah sebulat suara berpendirian bahawasanya UMNO Perak tetap setia dan teguh berdiri di bawah pentadbiran Najib selaku Presiden UMNO Malaysia. UMNO Perak juga percaya berita-berita yang sedang bermain sekarang adalah bertujuan dan berniat jahat untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional yang sah.

Sepatutnya Raja Ahmad Iskandar perlu membaca kenyataan dari blog Dato Khusairi selaku Ketua Penerangan UMNO Negeri Perak (Klik Sini) berkenaan isu ini bagi memastikan kenyaataannya tidak menjadi satu fitnah yang akan dijawabnya nanti di akhirat kelak. 

Berkenaan dengan fitnahnya terhadap hubungan akrab Zambry Abdul kadir dan bekas Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) pula memang amat menampakkan kebodohan Dr Raja Ahmad Iskandar sendiri. Mungkin Dr Raja Ahmad Iskandar ini sememangnya tidak mengetahui sejarah hubungan baik di antara Zambry Abdul Kadir dan Zahid Hamidi dari masa zaman pemuda mereka lagi. 

Jadi, nasihat aku kepada pemimpin PAS yang paling bodoh dan bangang ini, cari la isu lain.. jagalah parti sendiri yang sudah berpecah belah sekarang ni.. Atau adakah Dr Raja AHmad ISkandar ini mahu mengalihkan isu Parti baru GHB serpihan dari parti PAS sendiri ?

Atau adakah juga Dr Raja Ahmad Iskandar sekarang sedang menjadi tali barut parti Gerakan Harapan Baru (GHB)  di dalam PAS ?

Lambat laun tembelang anda akan di ketahui ahli PAS juga...

Wassalam...



No comments:

Post a Comment

Member BSK