Jumlah Pengunjung

Showing posts with label zambry abdul kadir. Show all posts
Showing posts with label zambry abdul kadir. Show all posts

Saturday, 9 January 2016

AMARAN ZAMBRY PADA SEMUA KONTRAKTOR PERAK !!!



Pemaju perumahan di kawasan baharu di sini diminta menitik beratkan faktor keluasan jalan sebelum membuat sebarang projek pembangunan, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
 
Beliau berkata perkara berkenaan penting bagi mengelak masalah kesesakan trafik di bandar raya itu bertambah teruk.
"Sekarang masalah baharu yang perlu diatasi adalah kesesakan di Ipoh akibat pertambahan kenderaan khususnya semasa cuti hujung minggu atau ketika cuti sekolah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah projek Mh Pinnacle di sini hari ini.

Zambry berharap pemaju dapat berbincang dengan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sebelum membangunkan sesuatu projek selain mencari pendekatan terbaik bagi mengatasi kesesakan trafik.

"Bagi pembangunan baharu misalnya di tepi lebuh raya, kita minta pemaju lihat bagaimana kereta boleh terus masuk ke kawasan itu dengan membina susur jalan tanpa perlu memasuki kawasan bandar," katanya.  

Menjelas lanjut Zambry berkata, pihaknya telah menubuhkan satu jawatankuasa khas yang antara lain dianggotai Datuk Bandar MBI Datuk Zamri Man dan Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong bagi meneliti masalah itu.

Menurut Zambry, Keretapi Tanah Melayu Bhd juga telah mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri beberapa bulan lalu bagi kemungkinan menyediakan perkhidmatan untuk perjalanan jarak dekat di Ipoh.



Friday, 8 January 2016

ZAMBRY LAKUKAN LEBIH PEMBAHARUAN NEGERI PERAK !!!

Zambry (dua, kiri) meneliti model MH Pinnacle selepas menyempiunakan majlis pecah tanah, semalam.


Sebanyak RM220 juta diperuntukkan bagi pembinaan projek berskala besar,  MH Pinnacle yang dijangka siap sepenuhnya menjelang penghujung 2018.
 
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, MH Pinnacle merupakan bangunan  merangkumi pejabat, unit kediaman dan pusat membeli-belah.

Menurutnya, pembangunan MH Pinnacle yang akan menjadi bangunan tertinggi di Perak iaitu 49.5 meter, menjadi satu lagi projek mercu tanda untuk bandar raya Ipoh yang sebelum ini hanya dikenali sebagai pekan mati selepas waktu malam.

“Pembangunan berskala besar ini juga hasil daripada kerjasama pelbagai pihak termasuk sektor kerajaan dan swasta,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah MH Pinnacle di Jalan Medan Ipoh 3, semalam.

MH Pinnacle merupakan projek pembangunan  dimajukan Birchwood Sdn Bhd dan dimiliki sepenuhnya MH Avenue (MHAV) iaitu syarikat usahasama antara Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) dan Man Hoe Holdings.

Zambry berkata, selain MH Pinnacle, lebih 20 projek berskala besar yang lain juga  dalam proses pembinaan di bawah pemantauan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

“Ketika ini, ada lebih 20 projek berskala besar yang sedang dibina di bandar raya ini dan akan ada lebih lagi kelak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc, Datuk Aminuddin Hashim  berkata, MH Pinnacle merangkumi dua blok bangunan setinggi 29 tingkat dan menempatkan 72 unit bilik hotel serta 27 unit kediaman.

Katanya, blok kedua MH Pinnacle pula akan menempatkan 146 unit kediaman dengan menyasarkan golongan  berpendapatan tinggi, sederhana tinggi dan mereka yang mementingkan gaya hidup terkini.

“Pusat membeli-belah yang dikenali sebagai Pinnacle Mall juga akan dibina dan bakal menempatkan 36 unit ruangan membeli belah (SOVO) termasuk pusat makanan ikonik atau Perak Signature Food Outlet,” katanya.


Friday, 31 July 2015

#KekalNajib PAS KUALA KANGSAR FITNAH MB PERAK LAGI !!!


Apa nak jadi dengan Yang dipertua PAS kuala kangsar Dr Raja Ahmad Iskandar Al Hiss ni, nama saja mewakili parti islam. Terbaru bila terbaca kenyataan fitnah darinya (Disini) yang kononnya Menteri Besar Perak akan digugurkan oleh kepimpinan UMNO Negeri Perak memang amat menjijikkan sebagai mewakili sebuah Parti Islam.

Ramai yang telah sedia maklum baru-baru ini, mesyuarat perhubungan UMNO negeri Perak telah sebulat suara berpendirian bahawasanya UMNO Perak tetap setia dan teguh berdiri di bawah pentadbiran Najib selaku Presiden UMNO Malaysia. UMNO Perak juga percaya berita-berita yang sedang bermain sekarang adalah bertujuan dan berniat jahat untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional yang sah.

Sepatutnya Raja Ahmad Iskandar perlu membaca kenyataan dari blog Dato Khusairi selaku Ketua Penerangan UMNO Negeri Perak (Klik Sini) berkenaan isu ini bagi memastikan kenyaataannya tidak menjadi satu fitnah yang akan dijawabnya nanti di akhirat kelak. 

Berkenaan dengan fitnahnya terhadap hubungan akrab Zambry Abdul kadir dan bekas Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) pula memang amat menampakkan kebodohan Dr Raja Ahmad Iskandar sendiri. Mungkin Dr Raja Ahmad Iskandar ini sememangnya tidak mengetahui sejarah hubungan baik di antara Zambry Abdul Kadir dan Zahid Hamidi dari masa zaman pemuda mereka lagi. 

Jadi, nasihat aku kepada pemimpin PAS yang paling bodoh dan bangang ini, cari la isu lain.. jagalah parti sendiri yang sudah berpecah belah sekarang ni.. Atau adakah Dr Raja AHmad ISkandar ini mahu mengalihkan isu Parti baru GHB serpihan dari parti PAS sendiri ?

Atau adakah juga Dr Raja Ahmad Iskandar sekarang sedang menjadi tali barut parti Gerakan Harapan Baru (GHB)  di dalam PAS ?

Lambat laun tembelang anda akan di ketahui ahli PAS juga...

Wassalam...



Thursday, 14 November 2013

ADA SENDIKIT CUBA MEMBANGSATKAN NAMA MENTERI BESAR PERAK !!!



Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan sindiket penipuan berhubung urusan melibatkan kelulusan tanah, projek dan pelaburan di negeri itu.
  
Beliau berkata, sindiket berkenaan menggunakan namanya, anggota exco negeri serta kerabat diraja semata-mata untuk memperdaya dan mengutip wang daripada orang ramai yang mahu mendapatkan kelulusan tanah dan projek daripada kerajaan negeri.
  
"Kegiatan mereka ini agak licik dengan mengaburi pandangan dan perhatian orang ramai dengan menunjukkan seolah-olah mereka mempunyai bukti diberikan kepercayaan bagi pihak menteri besar, anggota kanan kerajaan atau keluarga diraja," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini, hari ini.
  
Beliau berkata, sindiket itu menggunakan taktik dengan menyamar sebagai wakil menteri besar untuk mengutip wang termasuk mengemukakan surat palsu kononnya ditandatangani oleh beliau sendiri.
  
"Ada juga gambar yang mereka pernah ambil bersama saya untuk mempengaruhi orang ramai kononnya mereka kenal rapat dan mempunyai pertalian keluarga dengan saya," katanya.
  
Katanya, perkara seperti itu telah lama berlaku namun terdapat segelintir pihak yang masih terpedaya dengan tipu helah sindiket berkenaan yang menggunakan pelbagai cara untuk melakukan penipuan semata-mata untuk mengaut keuntungan.
  
Beliau berkata beberapa laporan polis dibuat sebelum ini dan polis telah melakukan beberapa serbuan termasuk menahan pihak yang bertanggungjawab di sebalik sindiket berkenaan.
  
Sementara itu, diminta mengulas mengenai kononnya dua Adun di negeri itu akan lompat parti, Zambry menjelaskan bahawa ia sekadar khabar angin dan bukanlah satu isu besar.
  
"Saya tidak berhasrat untuk membuat laporan polis mengenai perkara itu kerana ia hanya permainan politik pembangkang yang sudah ketandusan isu," katanya.
  
Beliau enggan melayan isu seumpama itu kerana ingin menumpukan perhatian kepada tugas masing-masing dan memberi fokus kepada pentadbiran negeri demi untuk kesejahteraan rakyat.





Monday, 29 July 2013

MENTERI BESAR PERAK ARAHKAN SERBUAN !!!



Kerajaan negeri akan terus memantau operasi pusat hiburan keluarga di negeri ini bagi memastikan ia tidak melanggar syarat lesen yang ditetapkan pihak berkuasa.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, langkah itu bukan sesuatu yang baharu.

"Kita perlu melihat dari segi lesen hiburan keluarga ini. Apa bentuk hiburan keluarga yang sebenarnya, dan kita tidak mahu berlaku penyelewengan.

"Serbuan juga akan dilakukan pada bila-bila masa sekiranya ada laporan daripada orang ramai kerana kita tidak mahu (lesen hiburan keluarga) disalah guna," katanya kepada pemberita selepas Program Sumbangan Ramadan dan Aidilfitri 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Dewan Serbaguna Kampung Teluk Muroh dekat sini hari ini.

Beliau mengulas keputusan kerajaan negeri Johor mengkaji semula pengeluaran pusat hiburan keluarga mulai tahun depan bagi membendung penularan serta peningkatan gejala sosial di negeri itu.



Terdahulu, Zambry yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor, turut menyampaikan sumbangan sama kepada penduduk empat kampung di Dewan Serbaguna Kampung Batu 3, Segari dekat sini.
Kira-kira 1,760 warga emas, anak yatim dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) menerima duit raya dan kotak berisi keperluan harian sumbangan 1MDB serta Yayasan Bina Upaya (YBU). - BERNAMA




Sunday, 24 March 2013

MENGAPA ANWAR TAKUT KEPADA ZAMBRY ABDUL KADIR ???




Kenyataan Pemuda PAS Perak mahu Anwar bertanding di Lumut membuktikan bahawa PR sudah ketandusan calon. MB Perak mengalu-alukan Anwar Ibrahim bertanding di Lumut. Bagaimana dengan PKR Lumut ? 

Takkan PAS sahaja berani mencalonkan Anwar di Lumut? Bagaimana dengan calon sediada? Apa kata Saifullah, Cikgu Razak dan Dr Shan?

 Mereka ini yang dikatakan akan bertanding di Lumut. Adakah ketiga-tiga mereka ini sedia memberi kerusi ini kepada Anwar ?

 Ternyata BN digeruni di Lumut hingga memaksa Anwar bertanding di sini. 

YAB MB menyatakan beliau hanya insan kerdil tetapi bersedia menghadapi siapa sahaja yang bertanding..Tapi beliau hairan mengapa PR terpaksa meletakkan Anwar. 

Sudah ketandusan calon rupanya PR nih. Kepada ketiga-tiga calon PKR..kalian tidak layak bertanding di Lumut. 

Yang Layak HANYA Anwar Aljub... 

Thursday, 21 March 2013

TAMATKAN RIWAYAT ANWAR DI NEGERI PERAK !!!




Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir tidak hairan jika Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Perak kerana pakatan pembangkang sememangnya dianggotai pemimpin politik 'touch n go'.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri berkata, pemimpin pembangkang termasuk Anwar dan Lim Kit Siang berhak bertanding di mana sahaja mereka suka kerana itu dibenarkan dalam sistem demokrasi.

"Kalau rasa mereka adalah pemimpin 'touch n go', mereka buatlah apa yang disukai. Tidak mendatangkan kehairanan kepada saya kalau itu keputusan yang mereka buat," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini mengumumkan akan bertanding kerusi Parlimen sama ada di Perak atau Selangor.

Menurut Anwar, beliau belum membuat keputusan muktamad tentang kerusi Parlimen di negeri mana yang akan ditandingi tetapi sedang menimbang untuk bertanding di Perak.

Ditanya sama ada peluang BN untuk menang di Perak akan terjejas jika Anwar bertanding di sini, Zambry berkata, pihaknya tidak gentar langsung.
Katanya, tiada istilah gentar dalam dunia politik, apatah lagi apabila berada dalam suasana pilihan raya.

"Sepatutnya soalan gentar itu tidak ditanyakan kepada saya tetapi ditujukan kepada Anwar. Kenapa beliau tidak kekal di kawasannya di Permatang Pauh. Apakah beliau gentar?," soalnya.

Zambry berkata, tindakan Kit Siang bertanding di Parlimen Gelang Patah di Johor pada Pilihan Raya Umum Ke-13 mungkin menjadi pengakhiran kepada perjalanan karier politik Penasihat DAP itu.

"Mereka rasa tidak akan alami masa surut. Mereka perlu faham, apabila tiba masanya, air pasang akan surut juga dan ada sebab musababnya.
"Kamu pernah menamatkan karier politik orang lain dan siapa tahu karier politik kamu juga akan ditamatkan dengan cara sama," katanya.



Monday, 11 March 2013

Bertumbuk Dalam Majlis Perasmian !!! Giler Betulll.....



Syabas, Berita yang menggegarkan dunia politik hari ini yang memberi impak besar kepada perancangan PRU13 yang lebih mampan dan gemilang. Team Unit Media Baru (UMB) yang baru dilancarkan hari ini bakal merubah arena perang cyber di Perak!



Tun Faizal (Pengerusi UMB Pusat)


Di hotel Seri Malaysia semalam (Ahad) dengan secara rasminya UMB PERAK telah di rasmikan oleh Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak Saudara Saudara Azwan Dato Harun didalam majlis yang penuh meriah dan sederhana dihadapan 40 Pengamal Media Baru dari seluruh Negeri Perak.

Dengan ini boleh di istiharkan PERAK tidak perlu PRU13 kerana selepas ini kemenangan akan bakal berpihak kepada Barisan Nasional...Syabas Wan Bro, Khairul Anwar & Tun Faisal!!!!




Lagi berita menarik tentang BLOGGER KENA MAKI Klik Kat Sini >>> BOODAKBENTENG



Wednesday, 30 January 2013

Dato Seri Zambry Majukan Apa Di Tapah Pula Ni...!!!



Golongan berpendapatan rendah dan sederhana di seluruh negara bakal memiliki rumah sendiri apabila Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan membina sebanyak 21,000 unit Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

Pengarah Urusan SPNB Datuk Dr Kamarul Rashdan Salleh berkata, pada tahun lalu, pihaknya membina 10,000 unit rumah berharga RM65,000 setiap satu dan jumlah itu adalah dua kali ganda berbanding 5,455 unit rumah yang disiapkan pada 2010.

“Setakat ini, setiap kerajaan negeri memberi subsidi sebanyak RM20,000 bagi setiap unit rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia yang dibina dan golongan layak memohon rumah ini adalah mereka yang berpendapatan antara RM750 hingga RM3,000, berkahwin serta memiliki tanah tapak rumah sendiri,” katanya selepas majlis penyampaian kelulusan permohonan 21 pemohon yang berjaya serta majlis pecah tanah projek pembinaan 150 unit rumah di Kampung Ulu Tupai di Perak, semalam.

Hadir sama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata, pihak SPNB akan membelanjakan sekitar RM650 juta tahun ini bagi membina rumah berkenaan dengan subsidi sekitar RM200 juta ditanggung kerajaan.

“Individu yang berjaya memohon rumah ini perlu membayar RM45,000 sahaja berikutan RM20,000 adalah subsidi daripada kerajaan dan pemohon yang berjaya hanya membayar kira-kira RM150 sebulan selama 25 tahun dengan rumah berkeluasan 1,000 meter persegi yang memiliki tiga bilik serta dua bilik air,” katanya.


Member BSK