Sekali lagi, pasukan MyVOC membuat percaturan yang bijak dengan menghantar misi bantuan kepada penduduk Kg Raja Cameron Highland yang telah ditimpa banjir lumpur baru-baru ini. Misi bantuan yang diketuai oleh exco Majlis Belia Malaysia (Eric Chu) bersama-sama sukarelawan dari negeri Pahang memulakan perjalanan seperti berikut :
6.45 pagi * Berkumpul di Kolej Instech, Taman Cemerlang, Gombak.
7.15 pagi * Berlepas ke Cameron Highland
11.00 pagi * Berkumpul di Shell, Ringlet
11.15 pagi * Berlepas di ke Kg. Raja
12.30 tengahari * Taklimat oleh Pengerusi Majlis Belia Daerah Cameron Highland
1.00 petang * Penyampaian Sumbangan kepada mangsa banjir lumpur dan taklimat pemakanan sihat
4.00 petang * Bergerak balik ke Kolej Instech
7.00 petang * Bersurai
7.15 pagi * Berlepas ke Cameron Highland
11.00 pagi * Berkumpul di Shell, Ringlet
11.15 pagi * Berlepas di ke Kg. Raja
12.30 tengahari * Taklimat oleh Pengerusi Majlis Belia Daerah Cameron Highland
1.00 petang * Penyampaian Sumbangan kepada mangsa banjir lumpur dan taklimat pemakanan sihat
4.00 petang * Bergerak balik ke Kolej Instech
7.00 petang * Bersurai
Sebanyak 33 buah rumah telah ditimpa musibah banjir lumpur termasuk dengan
kedai-kedai didalam kawasan Kg Raja Cameron Highland Pahang. Alhamdulillah, sumbangan ini dapat meringankan sedikit beban yang mereka tanggung akibat bencana dan dapat juga mereka merencanakan kehidupan keluarga mereka semula untuk kehidupan seterusnya.
Exco Majlis Belia Malaysia |
Mengulas tentang program ini, Eric Chu selaku Exco Majlis
Belia Malaysia dan selaku ketua misi bantuan,” Majlis Belia Malaysia bersama
pasukan MyVOC dan sukarelawan telah Berjaya sampai ke Kg Raja Cameron Highland
pada hari ini (13 september 2015) untuk menyampaikan sumbangan kepada mangsa
banjir disini yang ditimpa musibah pada baru-baru ini.
Pasukan MyVOC ini ditubuhkan adalah untuk
membantu pihak kerajaan untuk meringankan sedikit bebanan yang mangsa banjir
alami dengan serta merta. Pasukan MyVOC ini terdiri dari kalangan
golongan-golongan professional dan akan membantu seiapa sahaja yang ditimpa
musibah tidak kira dari apa bangsa, agama dan kaum di seluruh Malaysia.
Program
sebegini akan diteruskan untuk masa akan datang melalui Maljlis Belia Malaysia
untuk mangsa bencana dan golongan kurang mampu dan pasukan MyVOC ini juga telah
bersedia untuk memberi bantuan dimana sahaja sekiranya terjadi sekali lagi
kejadian banjir besar yang berlaku sebelum ini di negeri Kelantan”
Exco Majlis Belia Negeri Pahang |
Dalam masa yang sama, En. Khairul Irwan Bin Abdul Khalid
selaku Exco Majlis Belia Negeri Pahang dan selaku Setiausaha Majlis Belia Daerah Lipis memberitahu, “ Pada
konvoi Sukarelawan Merdeka MyVOC ini, kami dari rakan-rakan dari Majlis Belia
Negeri Pahang telah menghantar wakil seramai 32 orang untuk bersama-sama Majlis
Belia Malaysia bagi menyampaikan sumbangan dari segi bentuk keperluan harian
seperti bantal, selimut dan dapur pada penduduk kampung melayu Kg Raja Cameron
Highland yang dilanda musibah banjir pada baru2 ini.
Usaha ini adalah usahasama
yang mana jentera kami akan sentiasa membantu Majlis Belia Malaysia dalam apa
jua cara berbentuk kesukarelaan yang
mana sekarang ini sukarelawan adalah sesuatu yang penting dalam keadaan cuaca
sekarang yang tidak menentu terutama di Cameron Highland.
Majlis belia Pahang
akan terus bersama majlis belia Malaysia untuk terus membentuk sukarelawan dari
kalangan belia terutama di negeri Pahang dan gabungan sukarelawan negeri Pahang
yang telah dibentuk dan diterajui oleh” Yang Amat Mulia Tengku Muda Pahang”
yang menggabungkan seluruh sukarelawan disetiap daerah negeri Pahang. Misi bantuan
ini akan berterusan tidak kira dalam misi bantuan banjir atau apa sekali pun,
sekiranya diperlukan mereka akan sentiasa bersama.
Semoga misi bantuan sebegini akan diteruskan oleh generasi kegenerasi akan datang..
No comments:
Post a Comment