Jumlah Pengunjung

Showing posts with label MBM. Show all posts
Showing posts with label MBM. Show all posts

Sunday, 4 October 2015

GELOMBANG BANJIR.. MYVOC 4X4 DAERAH BERA SIAP SEDIA UNTUK BERI BANTUAN !!!



BERA- Banjir besar yang berlaku tahun lepas di Daerah ini telah menjadi satu pengajaran berguna buat penggiat 4×4 dalam kawasan Bera dimana pelbagai langkah dan persediaan telah disusun bagi menghadapi gelombang banjir yang tidak boleh dijangka tahun ini.

Sedar tentang bencana yang mungkin berulang, Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan sokongan penggiat 4×4 Bera telah bersepakat menubuhkan skuad MyVOC 4×4 Bera bagi menghadapi bencana banjir dengan lebih tersusun dan teratur.

Melihat akan kegilaaan ramai anak muda menggunakan kenderaan Pacuan empat roda didalam Daerah ini, Majlis Belia Daerah tampil kehadapan dengan mengumpul kesemua pemilik kenderaan ini dalam Kursus Pemanduan Asas Kenderaan 4×4 di tapak perkhemahan Air Terjun Terapai.

Program berkenaan telah dirasmikan oleh YB Norol Azali Sulaiman ADUN Guai merangkap EXCO Kerajaan Negeri Pahang di Kompleks Rakan Muda Bera semalam.


Turut dirasmikan ialah lebih 60 Sukarelawan Myvoc 4X4 Bera dimana kemahiran mereka dalam penggunaan kenderaan 4×4 ini amat ditagih dalam menjayakan misi-misi tertentu termasuklah penghantaran bekalan makanan serta misi menyelamat ketika musim banjir.

Turut hadir di majlis berkenaan Tuan Zaidi Abd Aziz, Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia.

 
“Kita kena belajar dari situasi banjir tahun lepas yang melanda daerah ini. Alhamdulillah program hari ini membuktikan kita sudah belajar dan akan lebih bersedia menghadapi banjir pada kali ini,”kata YB Norol Azali Sulaiman.

Selain kurus pemanduan asas, Sukarelawan Myvoc 4X4 Bera yang dipimpin saudara saudara Othman Man akan turut menjalani latihan pengunaan radio amatur dimana penggunaan alatan berkenaan amat penting ketika bencana khususnya Banjir.



Majlis turut diserikan dengan tayangan video keadaan banjir tahun lepas di daerah Bera dan penyampaian sijil penghargaan kepada sukarelawan yang terlibat dengan bantuan kemanusiaan banjir tahun lepas.









Monday, 14 September 2015

MyVOC BANTU MANGSA BANJIR LUMPUR CAMERON HIGHLAND !!!




Sekali lagi, pasukan MyVOC membuat percaturan yang bijak dengan menghantar misi bantuan kepada penduduk Kg Raja Cameron Highland yang telah ditimpa banjir lumpur baru-baru ini. Misi bantuan yang diketuai oleh exco Majlis Belia Malaysia (Eric Chu) bersama-sama sukarelawan dari negeri Pahang memulakan perjalanan seperti berikut :
 6.45 pagi * Berkumpul di Kolej Instech, Taman Cemerlang, Gombak.

7.15 pagi * Berlepas ke Cameron Highland

11.00 pagi * Berkumpul di Shell, Ringlet

11.15 pagi * Berlepas di ke Kg. Raja

12.30 tengahari * Taklimat oleh Pengerusi Majlis Belia Daerah Cameron Highland

1.00 petang * Penyampaian Sumbangan kepada mangsa banjir lumpur dan taklimat pemakanan sihat

4.00 petang * Bergerak balik ke Kolej Instech

7.00 petang * Bersurai
 


Sebanyak 33 buah rumah telah ditimpa musibah banjir lumpur termasuk dengan kedai-kedai didalam kawasan Kg Raja Cameron Highland Pahang. Alhamdulillah, sumbangan ini dapat meringankan sedikit beban yang mereka tanggung akibat bencana dan dapat juga mereka merencanakan  kehidupan keluarga mereka semula untuk kehidupan seterusnya.

Exco Majlis Belia Malaysia
Mengulas tentang program ini, Eric Chu selaku Exco Majlis Belia Malaysia dan selaku ketua misi bantuan,” Majlis Belia Malaysia bersama pasukan MyVOC dan sukarelawan telah Berjaya sampai ke Kg Raja Cameron Highland pada hari ini (13 september 2015) untuk menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir disini yang ditimpa musibah pada baru-baru ini.  

Pasukan MyVOC ini ditubuhkan adalah untuk membantu pihak kerajaan untuk meringankan sedikit bebanan yang mangsa banjir alami dengan serta merta. Pasukan MyVOC ini terdiri dari kalangan golongan-golongan professional dan akan membantu seiapa sahaja yang ditimpa musibah tidak kira dari apa bangsa, agama dan kaum di seluruh Malaysia. 

Program sebegini akan diteruskan untuk masa akan datang melalui Maljlis Belia Malaysia untuk mangsa bencana dan golongan kurang mampu dan pasukan MyVOC ini juga telah bersedia untuk memberi bantuan dimana sahaja sekiranya terjadi sekali lagi kejadian banjir besar yang berlaku sebelum ini di negeri Kelantan”

Exco Majlis Belia Negeri Pahang
Dalam masa yang sama, En. Khairul Irwan Bin Abdul Khalid selaku Exco Majlis Belia Negeri Pahang dan selaku Setiausaha  Majlis Belia Daerah Lipis memberitahu, “ Pada konvoi Sukarelawan Merdeka MyVOC ini, kami dari rakan-rakan dari Majlis Belia Negeri Pahang telah menghantar wakil seramai 32 orang untuk bersama-sama Majlis Belia Malaysia bagi menyampaikan sumbangan dari segi bentuk keperluan harian seperti bantal, selimut dan dapur pada penduduk kampung melayu Kg Raja Cameron Highland yang dilanda musibah banjir pada baru2 ini. 

Usaha ini adalah usahasama yang mana jentera kami akan sentiasa membantu Majlis Belia Malaysia dalam apa jua cara berbentuk kesukarelaan  yang mana sekarang ini sukarelawan adalah sesuatu yang penting dalam keadaan cuaca sekarang yang tidak menentu terutama di Cameron Highland.

Majlis belia Pahang akan terus bersama majlis belia Malaysia untuk terus membentuk sukarelawan dari kalangan belia terutama di negeri Pahang dan gabungan sukarelawan negeri Pahang yang telah dibentuk dan diterajui oleh” Yang Amat Mulia Tengku Muda Pahang” yang menggabungkan seluruh sukarelawan disetiap daerah negeri Pahang. Misi bantuan ini akan berterusan tidak kira dalam misi bantuan banjir atau apa sekali pun, sekiranya diperlukan mereka akan sentiasa bersama.










Semoga misi bantuan sebegini akan diteruskan oleh generasi kegenerasi akan datang..

Thursday, 10 September 2015

MALAYSIAN YOUTH VOLUNTEER COMMUNITY CETUS FENOMENA BARU NEGARA !!!


Minggu lalu pada 6 september, bertempat di Taman DR Seenivasagam Ipoh telah berlangsungnya satu program SilverYouth Fest 2015. Pelbagai acara telah diadakan disana termasuklah satu pasukan yang sedang diwujudkan oleh Majlis Belia Malaysia dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan iaitu  Malaysian Youth Volunteer Community (MYVOC).



Ipoh, 6 September 2015 – Menyedari betapa pentingnya komunikasi ketika bencana alam, Majlis Belia Malaysia (MBM) mengambil langkah proaktif melahirkan sukarelawan mahir dalam mengendalikan radio amatur atau ham operator. Pasukan ini diyakini mampu dan berupaya menghulurkan bantuan sekiranya berlaku sesuatu kecemasan atau bencana alam
Kewujudan pasukan ini adalah sebahagian dari kepakaran Malaysian Youth Volunteer Community (MYVOC) yang di wujudkan oleh MBM dengan kerjasama KBS.
Ketua Penerangan MBM, Saudara Mohammad Rizan Hassan berkata, pasukan radio amatur ini merupakan perkhidmatan radiokomunikasi bagi tujuan latihan diri, perhubungan dan laporan yang dijalankan oleh sukarelawan terlatih tanpa ada kepentingan kewangan.
Menurut Rizan Hassan, pengendali radio amatur pada dasarnya menjadikan alat komunikasi itu sebagai hobi bagi berhubung dengan rakan-rakan yang lain di seluruh negara, namun mereka turut memainkan peranan penting membantu pihak berkuasa ketika kecemasan dan bencana.
“Sebagai contoh, ketika banjir besar melanda Kelantan yang lalu, kumpulan radio amatur menghulurkan bantuan dari segi komunikasi berikutan sistem talian selular mengalami gangguan,” katanya lagi.
Tambah beliau, ”MBM kini memfokuskan latihan kepada sukarelawan yang berdasarkan bidang dan kepakaran masing-masing. Ini bermakna, MBM menerusi MYVOC akan mempunyai sukarelawan yang terlatih yang akan bergerak di bawah pengawasan miimum ketika kerja lapangan nanti”.
Pasukan ini juga mendapat perhatian dan pujian YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd Razak ketika merasmikan SilverYouth Fest 2015 di Ipoh tempohari. Beliau yang melawat gerai pameran MYVOC turut memuji usaha KBS-MBM ini yang dilihat sentiasa terkehadapan dalam misi-misi bantuan kemanusiaan. Turut sama dalam lawatan itu ialah YAB Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abdul Kadir, Menteri Besar Perak dan Saudara Hasnul Fairuz, Presiden Majlis Belia Negeri Perak.
Penyertaan MYVOC di dalam SilverYouth Fest 2015 adalah dalam rangka Konvoi Sukarelawan Merdeka MyVOC sempena sambutan Hari Kebangsaan 2015. Selain dari pameran radio amatur, MYVOC turut menampilkan pasukan perubatan yang mengadakan pemeriksaan kesihatan percuma kepada para pengunjung. Pemeriksaan kesihatan meliputi pemeriksaan tekanan darah, kandungan gula dalam darah dan khidmat nasihat kesihatan dan amalan gaya hidup sihat.













Member BSK